Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO: LET'S SEE!! @KhairyKJ MAHU BEKERJA UNTUK PEMUDA LAGI!! #KJ4KP


"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Friday, October 4, 2013

PTPTN BERJAYA GELAPKAN MATA PEMBANGKANG! #ShamsulAnuar4MT


Insentif diskaun 20 peratus bagi pembayaran balik keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada mereka yang disenaraihitamkan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lepas, seramai 4,469 daripada 79,134peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenaraihitamkan.

"PTPTN menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.

"Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi yang akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini," katanya.

Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lalu hanya RM4.48 bilion atau 48.04% daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion.

Katanya, jumlah itu selepas ditolak penangguhan dan pengecualian bayaran balik berjumlah RM130 juta (RM0.13 bilion).

Beliau berkata, setakat ini seramai 887,337 atau 66.15 peratus daripada keseluruhan 1.341 juta penerima pinjaman PTPTN membayar balik pinjaman.

Shamsul Anuar berkata, peminjam masih boleh mendapat insentif diskaun 10 peratus jika memulakan bayaran balik pembiayaan PTPTN mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. "PTPTN sentiasa bersedia untuk berunding sekiranya terdapat kekangan untuk peminjam melaksanakan bayaran balik mengikut jadual dan melakukan penstrukturan semula pinjaman," katanya. - Bernama

MyMassa harap Pengerusi PTPTN, Dato' Shamsul Anuar Nasarah dapat meneruskan diskaun 20% kepada peminjam PTPTN dalam belanjawan 2014. Dengan pemberian diskaun ini bukan sahaja dapat membantu Kerajaan memperkukuh dana PTPTN, malah dapat membantu golongan muda kerana majoriti peminjam adalah di bawah umur 40 tahun. - MYMASSA

MY SLIDESHARE UPLOAD