Friday, October 11, 2013

#PemilihanUMNO: SENARAI CALON PILIHAN BAGI SAYAP WANITA DAN PUTERI. LET'S SEE!!


Akhirnya, begitu cepat masa berlalu. Tup tup, tengok-tengok hari ini dah jatuh hari terakhir sebelum menjelangnya Hari Pemilihan kepada Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Saya pasti, calon-calon pasti berdebar untuk mengetahui keputusan pada hari esok.

Rileks, tak habis cerita lagi ni. Pagi tadi, sudah saya terbitkan entru mengenai calon-calon dari Pergerakan Pemuda yang wajar diberi peluang oleh perwakilan supaya  dapat diketengahkan dalam organisasi parti berdasarkan kelebihan masing-masing. [RUJUK SINI]


Kali ini masa untuk saya senaraikan pula calon-calon dari Sayap Pergerakan Wanita dan Puteri Pula. Let's see!!


Maaf ya, bagi Pergerakan Wanita dan Puteri, saya cuma akan senaraikan dua tunggaknya sahaja, iaitu Ketua dan Naib Ketua. Ini adala kerana kekurangan sumber.


CALON-CALON INI WAJAR DIKETENGAHKAN DAN DIBERI PELUANG OLEH PERWAKILAN. TERIMA KASIH.



KETUA WANITA
YB Senator Dato' Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA
Dato' Suraya Yaakob

______________________________________________________________________


KETUA PUTERI
Jamilah Hanim Othman

CALON NAIB KETUA PUTERI

Ini saya confuse.. sebab ketiga-tiganya hebat.. so, saya senaraikan semua

Nor Sabrina Mohd Noor (No Calon 01)

Zahida Zarik Khan

\Cik Nazliah Ali (No. Calon 03)


Tadaaaa!!!


P/S: Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada CIk Nazliah, kerana misinya sangat bermakna, iaitu mahu terapkan nilai Islamik dalam Pergerakan Puteri.

GOOD LUCK SEMUA!!


#KJ4KP: FAKTOR KENAPA @KhairyKJ PATUT DIKEKALKAN. PIHAK LAWAN MAIN KOTOR? #PemilihanUMNO


Mengulas semula entri yang diterbitkan oleh Bro Jinggo Bertajuk - " #PemilihanUMNO - Last Bullet @Khairykj #KJ4KP " :
"Rugi kalau kita tukar dengan pemimpin yang baru nak cuba nasib jadi Ketua Pemuda! Buang masa beb!"
Saya SETUJU 110% dengan kenyataan yang dinyatakan dilaman Politik Harian ini, kerana seperti yang semua orang tahu, Pergerakan Pemuda sekarang sudah cukup kuat (mungkin) dan saya percaya banyak lagi misi dalam kerangkaan KJ yang perlu diselesaikan. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan oleh perwakilan supaya KJ dapat dikekalkan sebagai Ketua Pemuda.

Pertama

Seperti apa yang diperkatakan tentang perancangan KJ jika dia berjaya kekal sebagai Ketua Pemuda pada penggal ini, iaitu mahu mencetuskan fenomena 'PEREMAJAAN UMNO'. Apakah Peremajaan UMNO ini? adakah semua faham dengan simptom ayat ini? 1=Satu sahaja jalan penyelesaian, perwakilan perlu berikan peluang sekali lagi padanya untuk tunjuk kepada kita maksud perkataan ini. Letak tepi dahulu calon KP lain supaya KJ dapat membuktikan bahawa perancangannya pada penggal ini bukan RETORIK


Kedua, 

KJ merupakan jenis pemimpin KAMIKAZE. Sebagai contoh, dia berdebat dengan pembangkang dengan isu-isu hangat, seperti berdebat dengan Rafizi Ramli dalam isu PTPTN dan berdebat dengan Ambiga dalam isu BERSIH. Terbukti, Selaras dengan perkataan 'Pemuda Berani' - iaitu fenomena yang pernah tercetus suatu masa dahulu. 

Mari kita sama-sama tonton video dibawah untuk fikirkan sejenak siapa Khairy Jamaluddin sebenarnya yang patut ada ditempat sekarang, jangan hanya dengan mendengar omongan negatif dari mulut orang, anda sudah tolak habis-habisan Si KJ ini :



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan calang-calang orang, KJ merupakan seorang yang digeruni di Parlimen oleh pemimpin pembangkang. Walaupun usia muda, tapi mampu bisukan mulut Anwar Ibrahim yang paling susah nak dibisukan oleh pemimpin vateran. Saya jamin, calon KP lain, belum tentu boleh buat seperti ini.
KEHEBATAN KJ DI PARLIMEN. TONTON INI PULAK!!




Berapa kerat pemimpin muda dari UMNO berani tampil seperti ini??

Sedangkan baru bertarung dalam gelanggang 1 kapal pun dah main kotor, serang peribadi KJ. Itu maknanya calon itu PENGECUT. Macam mana nak tampil macam ini? Nak serang peribadi musuh juga?

  " Bila ditanya tentang kehangatan Pemilihan UMNO kali ni... aku rasa suam-suam je... tak la seHANGGAT yang aku jangkakan.

Mungkin juga kerana kita tahu akan kekuatan atau kelebihan yang ada pada KJ?

Dan mungkin juga kerana pihak lawan KJ tak ada sengggaaaattttttt! (bacol) guna serangan peribadi terhadap KJ dan keluarga KJ bila tak ada isu!

Tapi kami tak main politik kotor beb! lu orang nak buat... buat la... Jangan malukan Dato' Sri Najib sudah la! Korang boleh baca di sini dan di sini...

OK....

Bukan nak cari pasal tapi nak cerita sikit pasal blogger tempang... (dah tua dah) OutSyed The Box! Beliau merupakan blogger yang menyokong Akhramsyah! Dan membuat serangan yang tidak sepatutnya kepada KJ! Haiiii Akhram dah terdesak sangat ke brader?

Kalau nak menang pun tak payah la nak buat fitnah dan buat serangan peribadi yang tak ada kena mengena dalam Parti... Perjelaskan la apa misi dan visi Akhram! buktikan la kekuatan yang Akhram ada dalam Pemuda! supaya jangan besok bila masuk ke gelanggang lawan/pembangkang kena gelakkan je! hehehe! Kat sini kita dapat perbezaan diantara KJ dangan Akhram! "


SELANJUTNYA

SERANG PERIBADI: Dalam politik, jika pihak lawan sudah mula serang peribadi, maka pihak lawan sudah kalah. Mati akal, sebab pihak sini sudah tiada apa-apa cacat cela lagi.

CONTOH: 

DIPETIK DARI DOUBLE-Y:

Di bawah antara contoh serangan politik bodoh, bangang. Banyak lagi jika hendak ditampal di sini, tapi cukuplah dengan satu contoh di bawah : 

 
Kenapa saya kata bodoh ditambah dengan perisa bangang? 
Sebab mula-mula dia beristigfar panjang-panjang tetapi selepas itu mengutuk (baca mengumpat) mengenai kangkang isteri kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. 
Seterusnya...

DIHARAP PERWAKILAN MEMBERI PELUANG KEPADA KJ UNTUK KEKAL SEBAGAI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. #KJ4KP

MY SLIDESHARE UPLOAD