Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.
Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan ‘anak didik politik’ kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya menegaskan bahawa beliau mengamalkan politik mengikut ajaran Islam.
“Saya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama diajar oleh agama untuk berpolitik secara damai.
“Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa, tapi diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menggunakan ‘faktor Azizan’ sebagai modal meraih sokongan pengundi dalam usaha mengekalkan kemenangan Azizan sejak lima penggal lalu di DUN Sungai Limau.
Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Mengulas lanjut Mohd Azam bagaimanapun berkata, beliau berjanji akan meneruskan amalan politik secara sihat yang dipraktikkan Azizan sejak memenangi kerusi DUN Sungai Limau sejak 1995.
“Sebenarnya legasi berpolitik secara damai telah lama diamalkan PAS, kita tak pernah amalkan cara politik yang melampau.
“Buktinya rakyat mahu memberi peluang untuk PAS mentadbir menggunakan kaedah politik yang bukan sahaja dimulakan oleh Azizan, malah ia diambil oleh seluruh kepimpinan terdahulu,” katanya.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi - AIDC
Thursday, October 24, 2013
#PRKSgLimau: APA YANG ANDA PERLU TAHU, DAN PATUT TAHU!! #N20SgLimau #BeraniHijrah
![]() |
| CALON BARISAN NASIONAL PRK DUN (N20) SUNGAI LIMAU |
Daripada petikan akhbar...
KEMPEN SECARA BERHEMAH DAPAT TARIK MINAT PENGUNDI..
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) akan berkempen secara berhemah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Mukhriz yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Sungai Limau berkata, pendekatan berhemah dan kempen secara tersusun akan dilakukan dalam usaha menawan hati pengundi di DUN berkenaan.
"Saya juga menasihatkan jentera dan penyokong BN supaya tidak bertindak agresif sebagai menghormati arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas wakil rakyat yang dihormati di kawasan ini.
"Ketika berkempen, kita perlu menunjukkan sikap menghormati pengundi di sini dan tidak terikut-ikut dengan sikap pihak lain," katanya selepas majlis penamaan calon pilihan raya itu di sini hari ini.
Ditanya mengenai tawaran BN terhadap pengundi di situ, Mukhriz menjelaskan, kehendak penduduk setempat akan diambil kira sebelum melaksanakan sebarang projek pembangunan.
Sementara itu, jentera Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak terlalu ghairah berkempen sehingga melupakan nilai-nilai murni mereka.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu jentera tersebut berkempen secara tertib dan berhemah sesuai dengan keadaan hidup masyarakat di situ.
"Jentera BN kena ingat DUN Sungai Limau adalah kawasan luar bandar dan mereka kena rajin jumpa serta menegur orang lama terutama di surau dan masjid, jangan sombong.
''Kena jaga ketertiban, jangan maki orang dalam ceramah, jangan serang peribadi," katanya ketika hadir mengiringi calon BN hari ini.
Menurut Khairy, sebanyak 1,000 ahli Pemuda akan menjalankan kempen secara sepenuh masa termasuk melakukan program mirip orang muda seperti sembang santai, program agama dan ilmu secara skala kecil.
"Kita akan sedaya upaya menarik sebanyak boleh golongan muda di DUN ini supaya memihak kepada BN," ujarnya. - UTUSAN
LIHAT SENDIRI BETAPA 'GEMPAK' NYA SITUASI SEMASA PROSES PENAMAAN CALON PAGI SEMALAM. BOLEH RASA AURA KEMENANGAN BN TAK?






KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
Credit to Abang Minaq Jinggo
-
-
Let's See!!
KALAU MENANG PUN TAK RUGI.. SEBAB...
-
-
APA REAKSI DARIPADA PENDUDUK SETEMPAT (PDM) TERHADAP CERAMAH SULUNG PAS MALAM TADI?
-
-
-
-
KOSONG...??
-
-
-
-
SUNYI..??
-
-
-
-
KAH, KAH, KAH!!!
-
-
-
-
INI MEMBUKTIKAN BAHAWA.....
-
-
-
-
-
PENDUDUK SUNGAI LIMAU MAHU HIJRAH KEPADA BARISAN NASIONAL!!
-
-
-
-
SEMOGA BERJAYA KEPADA Dr AHMAD SOHAIMI LAZIM!!
-
-
PERBANDINGAN DIANTARA KEDUA-DUA CALON

PESANAN DARI PENAJA..
Subscribe to:
Posts (Atom)















