Friday, March 23, 2012

@anwaribrahim Pasti Marah Dgn Undang-Undang Yg Bakal Ditubuhkan Ini...


''Kerajaan serius tangani gejala LGBT''

Tiada peruntukan undang-undang atau agama di negara ini yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan perkahwinan sejenis, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa agama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasa peringkat negeri.
Katanya, undang-undang memperuntukkan secara jelas mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) yang boleh dikuatkuasa kepada umat Islam.

Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan psikologi dan mental. - Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana MenteriAntara undang-undang itu ialah Seksyen 21 Akta 559 bagi kesalahan pelacuran, Seksyen 22 akta sama bagi kesalahan ‘muncikari’ (ibu ayam atau bapa ayam), Seksyen 25 (kesalahan liwat) dan Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan (lesbian).

Peruntukan lain adalah Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam yang membawa maksud mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam).

“Kerajaan secara berterusan menangani pelbagai masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menular di kalangan masyarakat terutama masyarakat Islam.

“Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan psikologi dan mental,” katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit). 
Mohd Nizar meminta penjelasan mengenai langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang dianggap berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini.

Mashitah berkata, kerajaan mengambil dua pendekatan iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam aspek pencegahan, pelbagai usaha sudah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO), antaranya menyokong dan menyebarluaskan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang jelas menentang LGBT.

Selain itu, memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT termasuk mengadakan seminar dan forum serta akan menerbitkan risalah isu LGBT.

Katanya, kerajaan juga sedang menyediakan dan menggubal modul LGBT – Mak Nyah yang mengandungi pengisian kepada golongan berkenaan termasuk maklumat berkaitan kesihatan.

“Program pencegahan juga ditumpukan pada program Mukhayyam Komuniti Disayangi Bersama Mak Nyah yang diadakan tiga kali pada 2011,” katanya. 

SUMBER : BH Online

[VIDEO] PANAS!! Aksi Ekstrim Anwar Ibrahim Didedahkan !!




Jika aksi rakus Anwar Ibrahim bersama chinadoll, siamdoll, jantandoll atau dildo merupakan satu dosa besar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Video di bawah lebih hina malah lebih besar dosanya kerana ianya melibatkan soal akidah seseorang yang beragama Islam.


  

 Saya amat bersetuju dengan sahabat blogger PPC yang memberi komen ringkas :
"Jika melibatkan akidah seperti menghina Islam dan membela pelakunya seperti Salman Rushdie seperti di atas, ia lebih lucah dari segi moral pada pandangan Panglima. Kerana ia lebih rosak dari semua jenis video lucah yang ada di dunia kerana melibatkan akidah dan dikira bersubahat dengan pihak yang menghina Nabi saw dan Allah Tuhan sekelian Alam."
Blogger Dr.MiM turut menyatakan persetujuan beliau bahawa kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Salman Rushdie lebih bahaya kesannya berbanding dengan video seks Anwar Ibrahim :
"Di akhir video itu, Anwar Ibrahim menyebut quotation Edmund Burke iaitu undang-undang tentang kemanusiaan, keadilan dan sama rata. Equity atau sama rata membawa pelbagai definasi dan persepsi serta melanggar tuntutan agama. Equity atau sama rata mencintai seseorang jantina yang sama adalah salah satu perkara itu."
Selanjutnya [KLIK SINI] dan [SINI]




SUMBER : DOUBLE Y

Thursday, March 22, 2012

Tahniah! @NajibRazak Berikan Harapan Baru Kepada Mahasiswa!! #YSS @khalednordin @DatoSahol @SaifuddinAbd





Bergema UiTM Shah Alam dengan laungan "We Love PM!", "Keranamu PM!"dan "1Malaysia!" oleh 10,000 mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia ketika Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan amanat PM bersama warga kampus malam tadi.

Sambutan luar biasa dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari pelbagai IPTA kepada DS Najib Tun Razak malam tadi jelas membuktikan bahawa dakwaan pelajar pro-pembangkang kononnya anak muda hari ini menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak hanyalah omong kosong yang disokong oleh MINORITI pelajar yang sudah diresapi oleh fahaman politik pembangkang


Baca sambungan artikel di SINI 

SUMBER : DOUBLE Y

MY SLIDESHARE UPLOAD