Friday, March 23, 2012

@anwaribrahim Pasti Marah Dgn Undang-Undang Yg Bakal Ditubuhkan Ini...


''Kerajaan serius tangani gejala LGBT''

Tiada peruntukan undang-undang atau agama di negara ini yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan perkahwinan sejenis, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa agama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasa peringkat negeri.
Katanya, undang-undang memperuntukkan secara jelas mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) yang boleh dikuatkuasa kepada umat Islam.

Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan psikologi dan mental. - Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana MenteriAntara undang-undang itu ialah Seksyen 21 Akta 559 bagi kesalahan pelacuran, Seksyen 22 akta sama bagi kesalahan ‘muncikari’ (ibu ayam atau bapa ayam), Seksyen 25 (kesalahan liwat) dan Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan (lesbian).

Peruntukan lain adalah Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam yang membawa maksud mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam).

“Kerajaan secara berterusan menangani pelbagai masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menular di kalangan masyarakat terutama masyarakat Islam.

“Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan psikologi dan mental,” katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit). 
Mohd Nizar meminta penjelasan mengenai langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang dianggap berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini.

Mashitah berkata, kerajaan mengambil dua pendekatan iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam aspek pencegahan, pelbagai usaha sudah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO), antaranya menyokong dan menyebarluaskan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang jelas menentang LGBT.

Selain itu, memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT termasuk mengadakan seminar dan forum serta akan menerbitkan risalah isu LGBT.

Katanya, kerajaan juga sedang menyediakan dan menggubal modul LGBT – Mak Nyah yang mengandungi pengisian kepada golongan berkenaan termasuk maklumat berkaitan kesihatan.

“Program pencegahan juga ditumpukan pada program Mukhayyam Komuniti Disayangi Bersama Mak Nyah yang diadakan tiga kali pada 2011,” katanya. 

SUMBER : BH Online

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive