Tuesday, April 10, 2012

#MejaBulatPTPTN : Kalau PTPTN Dihapuskan, Macam Mana Golongan Miskin Nak Ke Menara Gading??


Cadangan pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang merupakan perjuangan parti itu untuk golongan berada sahaja.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, PTPTN yang ditubuhkan sejak 1997 itu selama ini telah banyak berjasa kepada golongan kurang berkemampuan tidak boleh dimansuhkan kerana hanya saluran itu yang mampu membantu golongan tersebut.

"Saya rasa cadangan pembangkang yang mahu hapuskan PTPTN ini merupakan petanda bahawa mereka mahu memperjuangkan golongan berada seperti mereka bina rumah di Pulau Pinang di mana harganya mahal yang mampu dimiliki oleh orang miskin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 1 Tahun 2012 di sini, hari ini.

Katanya, sekiranya tiada PTPTN, pelajar-pelajar miskin yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak berpeluang untuk menyambung pengajian mereka ke menara gading.

Beliau berkata, PTPTN bukan hanya membantu anak-anak bumiputera dan Melayu sahaja, tetapi pelajar bukan bumiputera dan kaum lain turut menikmati manfaat daripada tabung berkenaan.

"PTPTN merupakan landasan masa depan pelajar-pelajar ini untuk membantu ibu bapa mereka kelak dan adalah tidak wajar sekiranya ia dihapuskan,” katanya.

Mohd Shafie, berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai apabila mencadangkan pemansuhan PTPTN itu sedangkan beliau salah seorang pengasas penubuhan tabung itu iaitu ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1997.

"Anwar tidak konsisten dan bila orang tidak konsisten dari segi kata dan perilaku, kita tidak boleh percaya dan yakin padanya,” katanya. - BERNAMA

Sunday, April 8, 2012

[VIDEO] #AmanKampus Buatkan Anak Yatim Menangis??



Sambungan daripada artikel INI


Dipetik dari blog Double-Y :

"Masyarakat hanya ingat kami pada bulan Ramadhan sahaja, selepas itu masyarakat mula lupakan kita..." - penghuni Rumah Harapan Puteri dan Puteri (YAATIM)

Kata-kata ini diluahkan kepada saya oleh salah seorang penghuni asrama anak-anak yatim Rumah Harapan Putera & Puteri yang terletak di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa Kelantan.
Jawapan yang jujur ini diluahkan apabila saya sempat bertanyakan kepada mereka ketika melawat anak-anak yatim di rumah berkenaan bersama mahasiswa Jelajah Aman Kampus. 
Mendengar kata-kata ini membuatkan saya terkedu serta sebak dan terfikir sejenak tentang apa yang dinyatakan oleh adik perempuan yang telah menetap di asrama tersebut selama 4 tahun. Jika difikirkan kembali memang ada kebenaran dengan apa yang diluahkan olehnya. 
Kita dapat melihat dengan jelas 'keghairahan' orang-orang kaya, syarikat-syarikat korporat meraikan anak-anak yatim di hotel bertaraf 5 bintang setiap kali tiba bulan Ramadhan. Tetapi selepas itu kita seolah-olah terlupa untuk meraikan dan menggembirakan mereka.

Selanjutnya klik [SINI]

#AmanKampus : Mahasiswa 'Rempuh' Rumah Anak Yatim..


Wow!! Gempak beb!! Mahasiswa Pro-Aspirasi rempuh rumah anak yatim kat Kelantan.
Sebenarnya diorang ni telah adakan program ramah mesra kat sana.. Memang terharu beb.. Murni kan? Tak macam Pro-M.. Panjat Pagar, pecahkan pintu klinik bagai.... Memalukan insan berstatus mahasiswa jer... Apa-apa pun..

AMAN KAMPUS SEMPOIIIII........









Esok gua akan uploadkan lagi gambar sampingan sepanjang Jelajah Aman Kampus Fasa 2 (Edisi pantai Timur) ini lagi.. Tunggu... 

ZASSSSSSS.......

MY SLIDESHARE UPLOAD