Ingatlah.. setiap semester, bilangan pelajar yang mendaftar masuk ke universiti tak pernah berkurang.. Golongan cerdik pandai dah bertambah dari semasa ke semasa.. Fikirkan balik, kalau PTPTN ni dimansuhkan dan setiap mahasiswa diberi pendidikan percuma... Apa yang akan jadi? Adakah ekonomi Malaysia akan bertambah kukuh? Renung-renungkan...........
Thursday, April 12, 2012
Perlu Ke Demo #PTPTN? Disini Ada Ulasannya!!
PTPTN ialah satu pinjaman daripada sebuah PERBADANAN, iaitu pinjaman yang BUKAN DIPAKSA dan PELAJAR BERHAK MEMILIH sama ada mahu pinjam atau tidak ataupun mahu gunakan alternatif lain seperti MARA. So, pinjaman perlulah dibayar. Itu hukum alam, kenapa nak melawan? Simple kan?
Interest?? Tu biasalah kawan... Kalau takda interest.. Macam mana GLC ni nak hidup? Alaaaa, keuntungan yang diorang ni pun bukannya diguna pakai untuk buat benda yang tak sepatutnya. Duit ini semua dibuat sebagai 'rolling modal' supaya ganerasi akan datang tak terkecuali untuk mendapat manfaat daripada pinjaman yang sama. Kalau taknak interest, siapa2 yang ada buat loan bank, atau mana-mana agensi pinjaman, kenapa tak pergi buat demo minta mansuhkan pinjaman korang tu? Ada beran? Kenapa PTPTN juga yang dibantah?
#AmanKampus 'Langgar' Kawasan @NajibRazak Dan @DatoSahol ??
Setelah berakhirnya Jelajah Aman Kampus Edisi Pantai Timur (Terengganu & Kelantan) pada 9hb lepas.... Tanpa mengenal erti penat, Jelajah Aman Kampus telah melanjutkan lagi kembara mereka ke negeri Pahang dan Selangor pula bermula hari ini. Lebih kurang pukul 11 pagi tadi, Jelajah Aman Kampus telah bertolak ke destinasi pertama mereka, iaitu Institut Kemahiran Mara Pekan, Pahang dan mereka dianggarkan sampai pada pukul 5 petang ini.
Banyak program menarik yang menerapkan nilai-nilai murni dikalangan masyarakat dan mahasiswa akan diadakan sepanjang Jelajah Aman Kampus ini berlangsung...
Inilah 'MAHASISWA' yang sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan... Bukannya 'MAHASISWA' yang panjat pagar dan guling-guling atas jalan tu... SYABASSS!!
Jom rujuk balik jadual :
12-13 April 2012 (IKM PEKAN)
13-14 April 2012 (POLISAS KUANTAN)
14-15 April 2012 (UiTM SHAH ALAM)
Jom ikuti update terbaru tentang Aman Kampus lagi selepas ini... Tungggguuuuuuuuuuuuu.....
Wajib Baca!! Resolusi Penuh #mejabulatPTPTN ...
Dipetik dari blog TUN FAISAL
RESOLUSI MEJA BULAT
10-11 APRIL 2012
SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT
DARI ASPEK PINJAMAN
1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN
2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA
3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN
4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DITIMUR TENGAH
5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN
DARI ASPEK PEMBAYARAN
6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :
1. BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.
2. KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.
3. INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.
4. KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.
DARI SEGI TABUNGAN SSPN
7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN
DARI ASPEK KOMUNIKASI
8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA
9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI
10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN
11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
Subscribe to:
Posts (Atom)