Saturday, May 5, 2012

Demi Ambiga, SUHAKAM Keluarkan Kenyataan Bahawa @PDRMsia Langgar Hak Asasi Manusia..

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengeluarkan kenyataan didalam Malaysiakini melalui timbalannya Dr Khaw Lake Tee yang mengatakan bahawa tindakan polis melepaskan gas pemedih mata melanggar hak asasi manusia kerana membahayakan keselamatan orang awam.

SUHAKAM juga mengatakan bahawa tembakan gas pemedih mata di sepanjang Jalan Pudu itu walau pun tidak disasarkan kepada hospital serta kemudahan awam lain ianya tetap melanggar hak asasi.

Itu adalah kenyataan SUHAKAM, tetapi bagaimana pula dengan berarak di sepanjang jalan tersebut? Tidakkah ianya melanggar hak asasi manusia? Adakah peserta-peserta BERSIH 2 sahaja yang disifatkan sebagai manusia dan orang yang berada di sekeliling kawasan berkenaan bukan manusia yang mana mereka juga mempunyai hak asasi?

Penganjur BERSIH 2.0 dan 3.0 perlu dikenakan tindakan melanggar hak asasi manusia kerana menganggu ketenteraman awam dan ianya melebihi dari peserta himpunan.

Dalam kes ini, SUHAKAM diminta untuk tidak mengambil tindakan berat sebelah dengan hanya mengatakan bahawa pihak berkuasa salah dan melanggar hak asasi, SUHAKAM juga perlu mengetahui bahawa anggota keselamatan itu adalah manusia, bukannya haiwan.

Bagi aku, SUHAKAM dilihat menghina hak asasi manusia dengan sokongan berat sebelah yang di tunjukkan semasa himpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.

SOURCE : http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/05/suhakam-menghina-hak-asasi-manusia.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Takkan Sebab Nak Bunuh Polis Jer Khalid Ismath Dibuang Universiti??


Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.

Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.

Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.

"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. - PH

#Bersih 3.0 : Surat Balas Buat Keluarga Anggota Polis


Assalamualaikum... Tersentuh hati bila terbaca sebuah warkah daripada seorang anak warga polis yang begitu tersentuh hatinya apabila bapanya seorang anggota polis digelar sebagai anjing oleh beberapa orang peserta Bersih. Hatinya begitu tersinggung kerana bapa beliau telah banyak berkorban demi keamanan negara, tetapi digelarkan dengan panggilan anjing, yang sudah pasti penghinaan itu turut mengheret beliau dengan gelaran sebagai anak anjing.
 
Dapat saya rasakan betapa pilu dan terhinanya beliau dengan penggilan tersebut. Hati anak manakah yang tidak pilu bila bapa yang disayangi dihina dengan begitu keji. Sebagai seorang anak dan juga seorang ayah sudah pasti saya tidak dapat untuk membendung perasaan apabila dihina dengan begitu rupa. Pastinya jiwa menjadi remuk dan air mata tercurah berderai tanpa boleh tertahan-tahan. 
Manusia telah diciptakan oleh Allah memiliki fitrah inginkan kegembiraan, kedamaian, ketenangan dan jiwa yang murni dari segala penghinaan. Bukan sahaja polis tetapi begitu juga peserta bersih, mereka manusia yang memiliki naluri yang sama, kerana semua manusia diciptakan oleh Allah dari unsur yang sama. 
Jika pihak polis dan keluarganya tersinggung dengan gelaran anjing yg dilemparkan kepadanya, begitulah juga peserta Bersih yang pastinya lebih hebat tekanan perasaannya. Pihak polis hanya digelarkan sebagai anjing, tetapi mereka diperlakukan seperti seekor anjing, yang seolah-olah mereka bukan seorang manusia, disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan. 
Mereka seperti makhluk yang tiada harga lansung pada pandangan pihak polis. Dipukul beramai-ramai, bertubi-tubi bukan sahaja dengan tangan,kaki malahan besi yang dihayunkan ketubuh mereka tanpa belas kasihan, jeritan kesakitan, air mata dan darah yang mencurah tidak sedikit pun melahirkan rasa kasihan belas dihati polis. Mereka memukul dan terus memukul, seperti tercabut perasaan kasihannya, seperti hilang akalnya, bertindak bukan seperti seorang manusia. 
Jika keluarga polis tersinggung dengan gelaran anjing, bagaimana pula keluarga peserta Bersih? Bagaimana pula hati ayah ibu yang melahir dan membesarkannya apabila melihat anak yang mereka kasihi disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan? Sudah pasti hancur luluh hatinya, remuk jiwanya, mengalir air mata kesedihan dan kasihan apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Bagaimana perasaan seorang isteri apabila suaminya disepak terajang, bagaimana pula hati seorang anak apabila melihat ayahnya yang telah tua dipukul tanpa belas kasihan?
Cuba juga bayangkan apakah perasaan kita sekiranya kita melihat adik,abang atau kakak kita yang sosok tubuhnya melambung dirempuh kereta, menjadi kaku, tak mampu bergerak dengan tubuh berlumuran darah?
 
Sebagai seorang peserta Bersih, saya tegaskan bahawa tujuan kita adalah untuk menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysia dibersihkan dari segala penipuan. Kami tidak berhajat untuk bertembung dengan pihak polis, kerana polis bukan musuh kami. Kami kehendaki berhimpun secara aman supaya SPR berlaku adil dalam pilihanraya, tetapi BN telah menggunakan pihak polis untuk melakukan provokasi kpd himpunan kami. Polis diarahkan menghalang kami dengan menggunakan kekasaran, polis melepaskan bom asap pemedih mata kepada kami yang tak bersalah. BN gunakan polis, tetapi mereka berlepas tangan. Akhirnya pihak kami dan pihak polis yang bertelingkah. 
Kami juga tidak mahu bertembung dengan polis kerana sebahagiannya adalah seagama dan sebangsa dengan kami. Ada juga polis dari kaum keluarga kami. Tetapi pertembungan pasti tidak boleh dielakkan selagi pihak polis tidak bersifat berkecuali, memihak kepada BN. Kami menentang penipuan BN, pihak polis pula mengikut arahan BN supaya menentang kami. Maka pastinya berlaku pertembungan.
Saya menyeru agar kita semua berlapang dada, bermuhasabah dan beriltizam untuk memilih pemerintah yang adil dan jujur dalam melayani seluruh rakyatnya.
 
Kakitangan kerajaan seperti polis tidak digunakan untuk kepentingan politik tetapi berkhidmat untuk rakyat. Saya yakin pada ketika itu tidak ada polis yang digelarkan dengan anjing, dan juga tidak ada polis yang menyepak rakyat seperti anjing. Saya sangat yakin hubungan polis dan rakyat akan lebih baik dan imej polis akan pulih tanpa BN. 
Akhirnya, jika polis ingin supaya peserta Bersih memohon maaf kerana menggelarkannya sebagai anjing, pihak polis juga mesti memohon maaf kepada peserta Bersih kerana memperlakukan mereka lebih daripada anjing... - Sumber

Apakah komen anda sebagai rakyat Malaysia? Siapa salah? 

P/S : Dah salah tu buatla cara salah wahai puak Ambiga, sampai bila nak jadi kuda??

MY SLIDESHARE UPLOAD