Saturday, May 5, 2012

#Bersih 3.0 : Surat Balas Buat Keluarga Anggota Polis


Assalamualaikum... Tersentuh hati bila terbaca sebuah warkah daripada seorang anak warga polis yang begitu tersentuh hatinya apabila bapanya seorang anggota polis digelar sebagai anjing oleh beberapa orang peserta Bersih. Hatinya begitu tersinggung kerana bapa beliau telah banyak berkorban demi keamanan negara, tetapi digelarkan dengan panggilan anjing, yang sudah pasti penghinaan itu turut mengheret beliau dengan gelaran sebagai anak anjing.
 
Dapat saya rasakan betapa pilu dan terhinanya beliau dengan penggilan tersebut. Hati anak manakah yang tidak pilu bila bapa yang disayangi dihina dengan begitu keji. Sebagai seorang anak dan juga seorang ayah sudah pasti saya tidak dapat untuk membendung perasaan apabila dihina dengan begitu rupa. Pastinya jiwa menjadi remuk dan air mata tercurah berderai tanpa boleh tertahan-tahan. 
Manusia telah diciptakan oleh Allah memiliki fitrah inginkan kegembiraan, kedamaian, ketenangan dan jiwa yang murni dari segala penghinaan. Bukan sahaja polis tetapi begitu juga peserta bersih, mereka manusia yang memiliki naluri yang sama, kerana semua manusia diciptakan oleh Allah dari unsur yang sama. 
Jika pihak polis dan keluarganya tersinggung dengan gelaran anjing yg dilemparkan kepadanya, begitulah juga peserta Bersih yang pastinya lebih hebat tekanan perasaannya. Pihak polis hanya digelarkan sebagai anjing, tetapi mereka diperlakukan seperti seekor anjing, yang seolah-olah mereka bukan seorang manusia, disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan. 
Mereka seperti makhluk yang tiada harga lansung pada pandangan pihak polis. Dipukul beramai-ramai, bertubi-tubi bukan sahaja dengan tangan,kaki malahan besi yang dihayunkan ketubuh mereka tanpa belas kasihan, jeritan kesakitan, air mata dan darah yang mencurah tidak sedikit pun melahirkan rasa kasihan belas dihati polis. Mereka memukul dan terus memukul, seperti tercabut perasaan kasihannya, seperti hilang akalnya, bertindak bukan seperti seorang manusia. 
Jika keluarga polis tersinggung dengan gelaran anjing, bagaimana pula keluarga peserta Bersih? Bagaimana pula hati ayah ibu yang melahir dan membesarkannya apabila melihat anak yang mereka kasihi disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan? Sudah pasti hancur luluh hatinya, remuk jiwanya, mengalir air mata kesedihan dan kasihan apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Bagaimana perasaan seorang isteri apabila suaminya disepak terajang, bagaimana pula hati seorang anak apabila melihat ayahnya yang telah tua dipukul tanpa belas kasihan?
Cuba juga bayangkan apakah perasaan kita sekiranya kita melihat adik,abang atau kakak kita yang sosok tubuhnya melambung dirempuh kereta, menjadi kaku, tak mampu bergerak dengan tubuh berlumuran darah?
 
Sebagai seorang peserta Bersih, saya tegaskan bahawa tujuan kita adalah untuk menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysia dibersihkan dari segala penipuan. Kami tidak berhajat untuk bertembung dengan pihak polis, kerana polis bukan musuh kami. Kami kehendaki berhimpun secara aman supaya SPR berlaku adil dalam pilihanraya, tetapi BN telah menggunakan pihak polis untuk melakukan provokasi kpd himpunan kami. Polis diarahkan menghalang kami dengan menggunakan kekasaran, polis melepaskan bom asap pemedih mata kepada kami yang tak bersalah. BN gunakan polis, tetapi mereka berlepas tangan. Akhirnya pihak kami dan pihak polis yang bertelingkah. 
Kami juga tidak mahu bertembung dengan polis kerana sebahagiannya adalah seagama dan sebangsa dengan kami. Ada juga polis dari kaum keluarga kami. Tetapi pertembungan pasti tidak boleh dielakkan selagi pihak polis tidak bersifat berkecuali, memihak kepada BN. Kami menentang penipuan BN, pihak polis pula mengikut arahan BN supaya menentang kami. Maka pastinya berlaku pertembungan.
Saya menyeru agar kita semua berlapang dada, bermuhasabah dan beriltizam untuk memilih pemerintah yang adil dan jujur dalam melayani seluruh rakyatnya.
 
Kakitangan kerajaan seperti polis tidak digunakan untuk kepentingan politik tetapi berkhidmat untuk rakyat. Saya yakin pada ketika itu tidak ada polis yang digelarkan dengan anjing, dan juga tidak ada polis yang menyepak rakyat seperti anjing. Saya sangat yakin hubungan polis dan rakyat akan lebih baik dan imej polis akan pulih tanpa BN. 
Akhirnya, jika polis ingin supaya peserta Bersih memohon maaf kerana menggelarkannya sebagai anjing, pihak polis juga mesti memohon maaf kepada peserta Bersih kerana memperlakukan mereka lebih daripada anjing... - Sumber

Apakah komen anda sebagai rakyat Malaysia? Siapa salah? 

P/S : Dah salah tu buatla cara salah wahai puak Ambiga, sampai bila nak jadi kuda??

6 comments:

Anonymous said...

Polis menjalankan tugas dan amanah dari RAKYAT, puak binatang BERSIH pula menghuru-harakan negara. Jadi kapada mak bapak yang anak-anak mereka jadi binatang BERSIH tu jangan sekadar tau buat anak sahaja. Bimbing lah anak anda supaya jadi MANUSIA dan bukan binatang. Lebih-lebih lagi binatang tunggangan BERSIH.

Anonymous said...

Betul tu

Anonymous said...

Polis hanya menjalankan tugas... aku tau cara mereka beroperasi, mereka tidak akan bertindak jika tidak diprovok...

Soalan aku senang je, dalam ribu2 peserta BERSIH 3.0, berapa kerat yang mahu berhimpun secara aman? Dan korang boleh jamin ke tidak akan berlaku sebarang kekecohan kalu dah beribu2 orang berhimpun?

Kepada peserta BERSIH yang tercedera, aku mmg simpati la kat korang, tapi sapa yang suruh korang pergi? Penganjur ada bayar tak kos rawatan korang? Ada pergi melawat korang? Yang pasti, dah la kena kutuk dengan hampir seluruh rakyat Malaysia, dapat sakit lagi... kesian, kesian...

Anonymous said...

payohlah puak-puak BERSIH ni.POLIS menjalankan tugas,nak salahkan polis lagi,lain kali jangan dok kata kat polis anjing,itu namanya PROVOK,tak payah nak bantah-bantah,sampai masa mengundi pangkah yang mana saudara rasa baik,nak kata UMNO menipu ,kenapa 4 negeri PR sapu,cukup-cukuplah saudaraku marilah kita bersatu.

Anonymous said...

Sebab tu laa lain kali bila dah diarahkan jangan berhimpun di situ...SILA PATUH....tapi puak bershit ni suka ikut arahan orang yang dah tentu tak boleh menjamin keselamatan dan kebajikan korang bila kena tahan...Bila jadi kes macam ni POLIS jugak yg kena .....Hei kami rakyat Malaysia yang tak pergi demo bershit tempoh hari dah masak sangat dengan alasan peserta bershit.....dah 3 kali bukan sekali nak oiiii.....naik bosan dengar alasan korang bila dah jadi camni....kami cuma boleh terfikir padan dengan muka korang.....Lain kali pergi laa lagi...

Anonymous said...

Hari ini bn memerintah menggunakan polis..esok bila pr memerintah pulak akan menggunakan polis jugak...sebenarnya sama saje...cuma kalau pr yg memerintah pasti lebih teruk keadaannya..sekarang ni pun pr byk ckp tak serupa bikin...

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive