Friday, May 11, 2012

#JDAB2012 : Sambutan Luar Biasa Oleh Orang Johor.. Terbaik Beb!!


Tadi baru sahaja selesai Jelajah Destini Anak Bangsa untuk hari kedua di Johor. Program ini disambut meriah oleh masyarakat disana. Mungkin semua pasti akan fikirkan disana ialah kubu kuat UMNO. Kann? Honestly aku nak tekankan kat sini PELAJARAN BUKAN ANASIR POLITIK TETAPI IANYA ADALAH HAK SEMUA. So, tak kisahlah sama ada kamu ni pembangkang atau kerajaan.. Ayuh! Sertai program ini...

Tadi semasa disana, mereka sempat singgah di sekitar bandar Segamat, Muar, Pagoh, dan juga sempat melawat tapak kampus UiTM Pasir Gudang untuk hadiri program bersama Menteri JPM. Untuk foto-foto sekitar program hari ini sila klik SINI.


Sokongan penuh telah diberikan oleh setiap hadirin yang hadir. Mereka berjaya mengesan ramai masyarakat yang berkelayakan supaya apply program ni. Tahniah aku ucapkan!

Meh aku citer skit penerangan pasal program ni :


Program ini memberikan pendidikan percuma kepada yang berkelayakan dan memenuhi syarat. Salah satu syarat yang paling simple ialah Sekiranya keputusan SPM pelajar tersebut tidak cemerlang tetapi pendapatan keluarga dibawah RM2,000 dan sanggup mengikuti program ini.. Maka, pelajar tersebut LAYAK. Selanjutnya di SINI.

PM kita telah ilhamkan program ini agar tiada bumiputera yang tercicir dalam pelajaran. Sape yang nak masa depan yang cerah, aku syorkan korang join program ini. Sekian....

Thursday, May 10, 2012

UPDATE #JDAB2012 : Lagi Pelajar Tidak Berkemampuan Dikenalpasti!

Pada awal pagi tadi sekitar jam 7.30AM, Jelajah Destini Anak Bangsa telah bergerak dari UiTM Segamat ke Pekan Segamat.

Semasa disana, mereka telah mengadakan survey untuk mengenalpasti pelajar tidak berkemampuan sambung pelajaran ke pengajian tinggi.

Untuk pengetahuan anda, Puteri UMNO dari daerah berkenaan juga turut memberi sokongan. Mereka telah mengiring peserta untuk membuat survey ini bersama-sama. Demi anak bangsa, "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing".

Selain itu, Rektor daripada UiTM juga turut berganding bahu menggalas tanggungjawab ini bersama-sama. Terima kasih diucapkan kepada beliau.

Untuk maklumat penuh mengenai program MDAB ini, sila layari : www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini

P/S : MELAYU DAH MAKIN TERTINDAS SEKARANG, RAMAI YANG TAK SEDAR. PROGRAM NI CUKUP MEMBANTU UNTUK PASTIKAN BANGSA KITA SENTIASA DIHADAPAN.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 9, 2012

#JDAB2012 : Kronologi Hari Pertama


Hari ini telah berakhirlah sudah program Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa 2 (JDAB 2012) untuk hari pertama pada hari ini.

Pada pagi tadi lebih kurang jam 9.00 pagi, telah diadakan sidang media dan 'flag-off' oleh setiausaha politik menteri pengajian tinggi, Tuan Haji Khairy Malek di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam.

Konvoi memulakan perjalanan ke checkpoint pertama di Terminal 1, Seremban untuk mengedarkan 'flyers' supaya dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kemudahan yang telah diberikan oleh MDAB ini.


Sesi fotografi bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah

Wakil dari Skuad Sayang memberikan taklimat sebelum membuat 'terjahan' memasuki kampung-kampung berdekatan

Skuad Sayang menyambut meriah kedatangan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa di UiTM Kuala Pilah.

Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan lagi ke SMK Dato Mohd Yusoff, Linggi. Ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada calon-calon SPM di sekolah tersebut.

Kemudiannya, jelajah diteruskan lagi ke Dewan Sri Rembau untuk program bersama ADUN Chembong.

Untuk pengetahuan anda, JDAB2012 telah menerjah kawasan perkampungan sekitar Kuala Pilah. Yang lebih mengharukan ialah ianya disokong padu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO. Tahniah diucapkan buat semua yang menjayakan program ini!

Lagi gambar-gambar sekitar program hari ini :


Program di Dewan Sri Rembau bersama ADUN Chembong.

Peserta baru sampai di SMK Datuk Yusoff, Linggi.

Gelagat calon SPM yang diberikan pendedahan tentang JDAB.

Reaksi pelajar di Terminal 1, Seremban.

Peserta baru tiba di Terminal 1, Seremban.

Sidang media di Bangunan Canselori, UiTM Shah Alam.



Untuk maklumat lanjut : www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow Twitter @JelajahDestini

MY SLIDESHARE UPLOAD