Sunday, February 10, 2013

SANTAI : Jom Kita Ramah Mesra Dengan Tok Pa Malam Ni!!


Kepada sesiapa yang berkenan atau berminat untuk bersama Dato' Seri Mustapa Mohamed A.K.A Tok Pa, anda semua dijemput untuk bertemu beliau malam ni. Saya ulangi MALAM INI di MAJLIS RAMAH MESRA RAKAN ONLINE anjuran RAKAN TOK PA .... Untuk maklumat lanjut : 


  • Tarikh : 10 Februari 2013 (Ahad)
  • Masa : 8.30 malam
  • Tempat : Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan
  • Tema pakaian : Merah

Jika anda berminat untuk hadir, sila berikan nama dan nombor kad pengenalan kepada Eizwan Abdullah atau Jogho Kelate.

Jangan lepaskan peluang!!

Saturday, February 9, 2013

#TukarKelantan : Tok Pa 'Lemas' Dibawa Arus #GelombangMerah Di Pengkalan Chepa!! @Mustapa_Mohamed


Tahniah rakyat Pengkalan Chepa! Program Semarakkan Gelombang Merah berjaya gempur kubu kuat Nik Aziz malam ini dengan dibanjiri lebih 5,000 rakyat setempat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa oleh Ustaz Rujhan.
Dato' Sri Mustapa Mohamed juga turut sama menyertai untuk bersama penduduk disini.
Nampaknya gelombang TUKAR semakin hangat dirasai di Kelantan.

Ayuh TUKAR! TUKAR! TUKAR!

[FOTO] #TukarKelantan : Lebih 200 Buah Kereta Sertai Konvoi Bantah Ladang Rakyat!!



Satu konvoi bagi membantah Ladang Rakyat yang lebih sesuai dikenali sebagai Ladang Wakil Rakyat telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara pada 8 Februari 2013. Konvoi bermula dari Kota Bharu ke Gua Musang. Pelepasan peserta-peserta konvoi dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, YB Dato Ibrahim Ali di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Sebanyak 400 buah kereta dan 100 buah motosikal menyertai konvoi ini. Para peserta berkonvoi ke Kampung Lalang, Kuala Betis. Setibanya di sana, para peserta dijamu oleh masyarakat orang asli. Ucapan pemimpin-pemimpin Perkasa dan MTRK serta gimik pelancaran konvoi diadakan di sana. Kira-kira 2000 orang peserta terlibat dalam konvoi ini. Sesudah majlis di Kampung Lalang, peserta-peserta konvoi bergerak ke Jeli bagi menjamu selera. Jamuan nasi kerabu disediakan oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamed dan Perkasa Bahagian Jeli. Konvoi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam.




Credit to : TUKAR KELATE!

MY SLIDESHARE UPLOAD