Tuesday, February 12, 2013

[VIDEO] : EKSKLUSIF!! PEMBONGKARAN MISTERI ISTANA HIJAU BELAKANG RUMAH NIK AZIZ!!


MANTAP! Tak sangka akhirnya 'filem ZUHUD' lakonan Nik Aziz dan puak-puak PAS kantoi juga setelah di-CREKKK!! oleh blogger Gelombang Kick menerusi video yang dirakamnya ini.

Pencacai PAS cakap Nik Aziz tinggal di rumah papan semata-mata untuk mengaburkan pandangan rakyat bahawa Nik Aziz ini seorang yang ZUHUD dibandingkan dengan PM Najib Razak. Yang bestnya, diorang siap buat 'bukti' video dan gambar palsu. Jeng jeng jeng.. tapi video ini jelas membuktikan bahawa itu semua bohong. Pada hakikat sebenar, di belakang rumah papan Nik Aziz itu terselindung satu 'mahligai hijau' yang diubahsuai khas untuk main aci menyorok dengan kamera paparazzi. Inilah sifat hodoh manusia yang tak patut ada pada seorang MENTERI BESAR. ZUHUD ke macam tu? HAHAHA!!


Dari laman blog DOUBLE-Y :

[VIDEO] : Bangunan Misteri di Belakang Rumah TG Nik Aziz - Rumah Atau Istana?
Rumah kayu berwarna hijau yang terletak di Pulai Melaka antara 'produk' yang dijual oleh PAS bagi membuktikan bahawa pemimpin mereka semuanya hidup dalam keadaan yang zuhud.
Keadaan rumah kayu tersebut dibandingkan pula dengan rumah milik kerajaan iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semata-mata mahu menunjukkan jurang perbezaan di antara pemimpin PAS dengan pemimpin BN. seterusnya ...

ini pula ulasan blogger GELOMBANG KICK :

Video Bongkar Bangunan Batu Belakang Rumah Nik Aziz Banglo Terselindung Di Balik Kayu
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya terkenal dengan kezuhudannya, biarpun zuhud itu hanya bertopeng, namun masih ramai yang percaya bahawa beliau seorang yang benar-benar zuhud.
Pada Januari tahun lalu Gk pernah mendedahkan mengenai misteri bangunan batu dibelakang rumah Nik Aziz, namun terdapat ramai pentaksub yang menafikan akan wujudnya bangunan batu tersebut, tidak kurang juga yang mendakwa bangunan itu adalah asrama pelajar tahfiz serta pelbagai lagi penafian yang diada-adakan demi membela Tok Guru mereka. 
Demi menyatakan kebenaran, misi khas membongkar penipuan Nik Aziz yang berlagak zuhud dengan mendakwa hanya tinggal dirumah papan itu dilancarkan bersama rakan-rakan, pada mulanya cakap-cakap mengenai pentaksub sanggup mati kerana Nik Aziz agak menggetarkan kami jika kami kantoi semasa membuat tinjauan, begitu juga dengan jin peliharaan Nik Aziz yang sentiasa mengawasi kediamannya. Seterusnya ...

P/S : SUDAH-SUDAH LA MENIPU... TAKKAN PASAL RUMAH PUN NAK KENCING SATU DUNIA.........

Monday, February 11, 2013

[LIVE] : PSY Gangnam Dan PM @NajibRazak Di Penang!!

Jom kita saksikan tayangan live lagat PSY yang baru tiba di Pulau Pinang untuk konsert Chinese New Year sebentar lagi.

Tidak ketinggalan juga tabyabgan siran langsung aktiviti-aktiviti Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan beliau sempena sambutan tahun baru cina di Pulau Pinang. Selamat menonton!

Sila klik link ini : WARTA RAKYAT http://is.gd/J5xDmh

Sunday, February 10, 2013

Opsss!! Majlis Syura Tolak Anwar????


Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin Pas menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' Pas untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun Pas tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD