Sunday, February 24, 2013

NIK AZIZ MENGAKU DIRINYA HAIWAN? #BR1M


Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa terdapat pemimpin Pas tergamak memperlekeh ke tahap menghina rakyat yang menerima segala bentuk bantuan oleh kerajaan ketika parti itu tidak pula berbuat apa-apa bagi membela nasib dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.

Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.

Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.

Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.

''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.

''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya. - Utusan

Saturday, February 23, 2013

[VIDEO] #SKT2013 : BUKTI ANAK MUDA KELANTAN MAHU TUKAR!! #TukarKelantan #BoLaWeii


INI ADALAH VIDEO SKUAD KEMBARA TUKAR YANG BARU MULA MENJELAJAH SEKITAR NEGERI KELANTAN BERMULA SEMALAM.



APA LAGI? INI KALI LAH.. ACU TEST SEPENGGAL! JOM TUKAR!


BO LA WEII PAS KELATE!!!

CREDIT TO RZ 

LAGU KHAS UNTUK PUAK 'R' HUSAM MUSA!!


Peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh aktivis Ngok R Jeming Comel....


Bertempat di Dewan Jubli Perak pada 8 Februari yang lepas pukul 10.00 pagi telah diadakan Program R bersama Mahasiswa dimana selain dari Jeming Hasan Balaghoh dan Aduka Taruna dan beberapa orang-orang besar PAS sebagai penceramah, telah diundang juga bintang-bintang antarabangsa seperti Adam Adli dan Bawani (Listen!Listen!Listen!)

Program yang dijangka menerima kehadiran lebih 500 orang itu telah mengundang kemarahan melampau dari Husam kambing kerana hanya 30 orang yang hadir. Yang hadir itu pun memang dari kelompok ada pertalian darah dengan orang2 kuat PAS. bermakna jumlah banting yang dipasang di tiang-tiang lampu di sekitar Kota Bharu adalah lebih banyak dari orang yang hadir.


Menurut kata penganjur, 100 peserta pertama yang hadir akan diberi mafla percuma setiap seorang. jadi setiap seorang daripada mereka yang hadir hari itu amat bertuah kerana setiap seorang mendapat lebih kurang 3 helai mafla secara percuma.



Dan kami dari pihak pembangkang (negeri Kelantan) amat bersyukur dan bertuah kerana trdapat watak seperti Jeming Hasan dlm PAS krn dia berjaya menambahkan busuk PAS yang telah sememangnya semakin busuk sejak berpakat dgn DAP dan PKR.

Disebabkan kemarahan yang melampau dan juga dimarah dengan melampau oleh Huse kambing, pada sebelah petang pada hari yang sama Jeming telah melepaskan perasaannya dengan merotan patung yang diletak gambar Dato Pa.

Sebagai mengenang kebengongan Jeming sebuah video disediakan sebagai balasan kepada video biadap Jeming Hassan khusus untuk tontonan Jeming sendiri dan juga penyokong-penyokong gerakan Royaltiti - Perigi Timur

MY SLIDESHARE UPLOAD