Showing posts with label HAIWAN. Show all posts
Showing posts with label HAIWAN. Show all posts

Friday, March 1, 2013

#BR1M : NIK AZIZ KATA HAIWAN, BOB LOKMAN KATA IBLIS!!


Pembangkang terutama Pas tidak sudah-sudah menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai gelaran hina yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.

Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis".

Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .

Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.

"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.

"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.

Yang turut memberi ceramah ialah Ishak Shaari iaitu pemimpin yang disebut-sebut bakal calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah; Yang Dipertua Pas Pasir Salak, Muhaimin Sulam dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim. - UTUSAN

Wednesday, February 27, 2013

[VIDEO] #BR1M : Nik Aziz Kata Rakyatnya Haiwan!!!

Video ini mungkin akan menaikkan kemarahan semua orang. Nik Aziz patut minta maaf kepada rakyat jelata. Jom saksikan :


P/S  : Nik Aziz Jangan Buat Muka Kesian. You Patut Resign Selalu!!

Sunday, February 24, 2013

NIK AZIZ MENGAKU DIRINYA HAIWAN? #BR1M


Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa terdapat pemimpin Pas tergamak memperlekeh ke tahap menghina rakyat yang menerima segala bentuk bantuan oleh kerajaan ketika parti itu tidak pula berbuat apa-apa bagi membela nasib dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.

Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.

Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.

Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.

''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.

''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya. - Utusan

MY SLIDESHARE UPLOAD