Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tempoh rayuan itu bagi memberi peluang kepada pemohon untuk mendapat bantuan berkenaan. - UTUSAN
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Monday, April 28, 2014
BERITA BAIK KEPADA YANG GAGAL MENERIMA #BR1M !!!
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tempoh rayuan itu bagi memberi peluang kepada pemohon untuk mendapat bantuan berkenaan. - UTUSAN
Tuesday, March 4, 2014
@UstazAzharIdrus KATA #BR1M TIDAK SETIMPAL KERANA TAK MAMPU NAK BAYAR ROADTAX FERRARINYA LAGI?
Bila tidak ada BR1M, Ustaz ni diam membisu, bila ada BR1M sahaja tiba-tiba Ustaz Azhar Idrus ni muncul. Siap buat 'statement' orang yang tak reti bersyukur lagi. Sepatutnya dia sebagai seorang 'USTAZ' haruslah menunjukkan contoh yang baik. Ucap terima kasih pada pihak yang hulurkan bantuan. ini.. Boleh pulak cakap tak cukup? Naj berapa ribu Ustaz?? RM50,000 sekepala ke?
Dipetik dari SELANGORKU:
Kerajaan Pusat patut memberikan lebih keselesaan kepada rakyat yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) semata-mata.
Penceramah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan pemberian BR1M yang diberikan Kerajaan Pusat tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima.
“Harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata. Ia jadi kewajipan kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata.
“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tetapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja. Betul ke cara macam itu?” katanya dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.
Rakyat wajar menerima BR1M berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.
Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.
Pada Februari 2013 – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.
Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.
Selanjutnya [klik SINI]
Bila kata bodoh, marah... Tapi memang pun... Nak kaitkan dengan manifesto konon, padahal dalam manifesto Barisan Nasional kata BR1M akan dinaikkan secara berperingkat dalam masa 5 tahun. Bukannya "GEDEBUK!!" RM1200 terus...
Ikut suka dia jer. Dah lah ucap terima kasih pun tak, lepas tu nak 'condemnkan' kerajaan. Ustaz jenis apa ni?
Ikut suka dia jer. Dah lah ucap terima kasih pun tak, lepas tu nak 'condemnkan' kerajaan. Ustaz jenis apa ni?
Pada musim pemberian BR1M tahun lepas, Ustaz ni bagi hukum hakam ikut sedap dia sahaja. Dah la bagii ceramah dalam masjid.
VIDEO:
JENG JENG JENG
The Malaysian Insider, 1 Mac 2014 - (Link) |
Tidak cukup dengan itu, rupanya ada lagi..............
Subaru Impreza RM 180 hingga RM280 ribu
Harga VW Golf Gti ini RM 210 ribu (dah kemalangan) |
Harga Vespa ini RM25 ribu
Harga kamera ini dalam RM 30 ribu
Tak sangka zuhud sungguh dia ni kan? Kalah Pak Menteri... Tapi bebal.... sikit-sikit salahkan kerajaan...
Wednesday, October 2, 2013
#BR1M: MAAF TUN M. INI KALI SAYA TAK SOKONG.
Kenyataan Tun M bahawa BR1M tak perlu diteruskan lagi bagi saya sebagai rakyat berpendapatan sederhana adalah TIDAK WAJAR. Ini adalah kerana ia seolah-olah tidak mementingkan kepentingan rakyat. Saya akui bahawa saya tidak searif Tun M untuk membuat penafian seperti ini, tetapi biarlah ianya sejagat dengan apa yang diperlukan rakyat sekarang.
Seperti apa yang diwar-warkan, Amaun BR1M akan ditingkatkan sehingga RM2,000 dan akan dibayar 2 kali dalam masa setahun. Pembelanjaan ini akan menelan berbillion ringgit dan berkemungkinan akan merudumkan ekonomi negara kita. Kita patut puji langkah berani yang diambil kerajaan ini demi kesenangan rakyatnya.
Jika merasakan BR1M adalah satu bebanan, kita ada solusinya. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai banyak alternatif lain bagi mengekalkan kestabilan ekonominya. Salah satu produknya ialah, Kedai 1 Malaysia. Ianya boleh digunakan sebagai distributor sampingan bagi menyokong kestabilan ekonomi negara kita.
Sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengesahkan bahawa BR1M akan diteruskan kepada golongan yang memerlukan.
The government wants to continue giving 1Malaysia People's Aid (BR1M) handouts to needy groups, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.
He said the BR1M scheme can help local economies as the cash handouts are used to buy goods, benefiting sundry shops, pasar tani, night markets and shoppping centres.
"BR1M is not just a cash handout to ease the people's burden but can also bring positive impacts to domestic economic growth and consumption," he told reporters after opening the BankTech Asia Congress 2013 here today.
He was responding to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's suggestion yesterday that BR1M payments be discontinued in Budget 2014 and for ways to be found to reduce the people's dependence on the government, such as by equipping them with income-generating skills.\
Ahmad said the government has provided various skills training courses at such centres as Industrial Training Institutes (ILP), MARA Skills Institutes (IKM), National Youth Skills Institutes (IKBN) and GiatMara. - MALAYSIAN DIGEST
Daripada apa yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, ternyatalah bantuan ini sangat positif kepada sosioekonomi negara kita, dan ianya membuktikan bahawa kerajaan mendahulukan rakyat seperti prinsip yang DS Najib tekankan, iaitu 1Malaysia.
\
Monday, September 30, 2013
#BR1M: AKAN DIBERI DUA KALI SETAHUN DAN CUMA TUNGGU DEPAN ATM SAHAJA!!
Dipetik dari ASTRO AWANI:
kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.
Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.
"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.
"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.
Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.
"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.
Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.
Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.
Friday, March 1, 2013
#BR1M : NIK AZIZ KATA HAIWAN, BOB LOKMAN KATA IBLIS!!
Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.
Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis".
Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .
Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.
"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.
"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.
Yang turut memberi ceramah ialah Ishak Shaari iaitu pemimpin yang disebut-sebut bakal calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah; Yang Dipertua Pas Pasir Salak, Muhaimin Sulam dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim. - UTUSAN
Wednesday, February 27, 2013
[VIDEO] #BR1M : Nik Aziz Kata Rakyatnya Haiwan!!!
Video ini mungkin akan menaikkan kemarahan semua orang. Nik Aziz patut minta maaf kepada rakyat jelata. Jom saksikan :
P/S : Nik Aziz Jangan Buat Muka Kesian. You Patut Resign Selalu!!
Sunday, February 24, 2013
NIK AZIZ MENGAKU DIRINYA HAIWAN? #BR1M
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.
Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.
Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.
Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.
Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.
''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.
''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya. - Utusan
Friday, February 22, 2013
[VIDEO] BR1M : MELETUP!! PAS PERAS WANG DARIPADA RAKYAT!!!
Tudia.. tengok la sendiri, inilah sifat manusia yang tak reti bersyukur. TAKBUR! Tapi ingatkan hebat sangat. kenapa minta duit BR1M tu daripada orang yang memerlukan? Aduh, ingat dosa woi!!
JOM TUKAR!!
Thursday, March 15, 2012
Pemimpin PAS Terima BR1M. Wang Yang @nikabdulaziz Kata Haram.
Dipetik dari sel13.com |
1 - Perhatikan nama dalam bulatan hitam
2 - Perhatikan kotak nama jawatan di sebelah kiri bulatan hitam
3 - Perhatikan kotak nama organisasi dalam kotak nombor dua dari kiri.
Ok ?
Semua dah ok ?
Dah ok lah tu.....
Sekarang anda dah tahu siapa dan apa jawatan insan tersebut......
Perhatikan pula gambar dibawah ini
Dipetik dari sel13.com |
1 - Perhatikan nama yang ditunjukkan oleh jari berwarna merah.
2 - Perhatikan perkara di bawah Tuan / Puan
3 - Tolong eja perkataan kelima dalam kandungan surat yang berhuruf P.E.R.M.O.H.O.N.A.N
4 - Tolong eja perkataan kesembilan dalam kandungan surat yang berhuruf D.I.L.U.L.U.S.K.A.N
Dah dapat jawapannya kan ?
Jangan lupa juga klik di sini....
Mereka yang kecoh-kecoh kata ini wang haram, rasuah dan sebagainya, dalam diam-diam mereka pun pergi pohon juga.
P/S : Habis semua pengikut PAS kena kencing hidup-hidup.
SUMBER SAH : RBF
Subscribe to:
Posts (Atom)