Sunday, March 10, 2013

#TukarKelantan: Tun M Anjurkan Himpunan Tentang Nik Aziz? Adehh....

Gambar hiasan
Pasir Mas - Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' anjuran PERKASA Kelantan yang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri dihadiri oleh 20,000 rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini

Untuk foto-foto menarik sekitar perhimpunan Klik Sini!!

Saturday, March 9, 2013

SILA AMBIL PERHATIAN!! INI ADALAH BERITA ORANG HILANG!!


Jika punyai apa-apa maklumat boleh hubungi no telefon yang tertera...

GEMPAR!! Misuari Diupah Anwar Jadi Cybertrooper?


Agak memelikkan dengan link yang telah dikongsikan di page facebook Misuari ini. Yang menjadi peliknya adalah beliau 'mempromosikan' link yang berkaitan bapa Saiful Bukhari iaitu tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Kenapa sebelum ini beliau hanyalah menggunakan fb beliau sebagai platform untuk menyuarakan 'hak' MNLF dan politik Filipina, tetapi kenapa kini kes liwat yang dipromosikan? Hal ini berkaitan dengan ANWAR IBRAHIM dan PAKATAN RAKYAT.

Mengikut analisis saya, kemungkinan besar Misuari digunakan Anwar untuk mengalihkan isu 'Dalang' yang sedang hangat dikatakan ini. Berapa upah yang dia dapat? Baiklah, kita akan siasat selepas ini. Tunggu dan lihat.