Sunday, March 10, 2013

#TukarKelantan: PANAS BERAPI!! MAK NYAH SEBAGAI GRO DI KARAOKE HARAM?


Alamak! Apa sudah jadi dengan negeri Islam ni? Seperti mana yang kita tahu, di Kelantan ini setiap signboard wajib ditulis dalam tulisan jawi dan beratus-ratus masjid didirikan (warna hijau-putih) sebagai lambang kemegahan Islam disini. Selain itu, tidak ketinggalan juga ibu negerinya, Kota Bharu diberi nama khas iaitu Bandaraya Islam, TETAPI tak sangka pula disini terselit puak Mak Nyah untuk habuan lelaki hidung belang di pusat karaoke? Mengapa berselindung disebalik motto 'Membangun Bersama Islam' tetapi tidak dapat tangani hal sebegini rupa? Nampaknya memang salahlah apa yang diwar-warkan di media perdana (Harakah & Suara Keadilan) dan setiap pelusuk kampung bahawa negeri Kelantan ini adalah negeri yang sifar maksiat. Ternyata, PAS di Kelantan ambil sikap sambil lewa dengan apa yang terjadi di sekeliling mereka.

Apa-apa pun, sebelum cerita panjang, kita layan video dulu:


Lokasi: Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan
Jarak Dari Rumah MB Kelantan: Lebih Kurang 7KM SAHAJA?

Persoalan untuk MPKB dan Nik Aziz:
  • Apakah yang dibuat oleh Nik Aziz dan sekutunya? 
  • Kenapa ini semua berlaku walaupun sudah 23 tahun memerintah Kelantan? 
  • Apakah benar sangkaan aku bahawa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terima sogokan wang setiap bulan? 
Walau apa pun terjadi, MPKB dan Nik Aziz perlu tampil berikan penjelasan tentang persoalan diatas.

Sebelum ini Nik Aziz terkejut beruk setelah dikejutkan dengan  pendedahan oleh blog Tukar-Kelate bahawa terdapat karaoke haram yang 'menghidangkan' tarian gerudi ala Inul oleh wanita seksi aktif beroperasi.. Jom kita tonton pendedahan-pendedahan berikut dibawah:

Pendedahan pertama:



Lokasi: Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan (Mukim Rumah Nik Aziz)
Jarak Dari Rumah MB Kelantan: 600 meter SAHAJA?


Pendedahan Kedua:


Lokasi: Panji, Kota Bharu, Kelantan
Jarak Dari Rumah MB Kelantan: 2.6 KM SAHAJA?

Snap Shot Dari Google Map:



Ini pula screenshot kenyataan dari akhbar UTUSAN tentang pendedahan tersebut:

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130228/po_16/Kedai-makan-tukar-jadi-'tarian-punggung'-600m-dari-rumah-Nik-Aziz

Kenyataan blog Tukar Kelate tentang pendedahan ketiga ini:

"Marah dengan tajuk kami? 
Marah atau tidak itulah hakikatnya, jika dulu PAS kerap melaungkan slogan 'Membangun Bersama Islam' di mana Nik Aziz Nik Mat setiap hari mendabik dada kononnya negeri yang ditadbir olehnya selama 23 tahun lebih Islamik jika dibandingkan negeri-negeri lain. 
Disebabkan Tok Guru enggan menunaikan hasrat kami iaitu mendoakan 'pecah perut' ke atas penceroboh Sulu di Lahad Datu, kami terpaksa pecahkan rakaman ketiga kami yang dirakam di Pantai Cahaya Bulan iaitu hanya 11.5 kilometer dari Kota Bharu. 
Aksi melibatkan perlakuan maksiat malah lebih menjijikkan ia adalah aksi lelaki yang menyerupai wanita. 
Rakaman video di atas adalah aksi yang dirakam dalam sebuah resort di mana pihak penganjur secara terbuka menganjurkan acara pertandingan Ratu Cantik melibatkan 'Mak Nyah', lebih hebat ia setiap minggu diadakan. Selain itu ia turut diselitkan dengan acara nyanyian serta pergaulan bebas melibatkan wanita dan lelaki. 
Lebih memalukan lelaki bergaul sesama lelaki. 

Tak perlu kata apa-apa lagi, kita sebagai rakyat kena bijak memilih. Dah 23 tahun PAS memerintah Kelantan, tapi tiada apa-apa perubahan pada kendaliannya. Sejujurnya saya juga seorang yang mencari nafkah di Kelantan, dan saya nak TUKAR!!


Bo La Weii PAS!! Bo La Weii Nik Aziz!! 


#LahadDatu: Eh, Pesal Pulak Kiram Taknak Bincang Untuk Berdamai Di Malaysia?


Selepas meminta supaya diadakan gencatan senjata, kini Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan ‘perbincangan’ pula dengan Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah.

Perbincangan itu bagaimanapun ada syaratnya.

Yahoo! Southeast Asia melaporkan bahawa antara syarat tersebut ialah perbincangan itu tidak boleh diadakan Malaysia.

“Jika ada peluang untuk berbincang dengan mereka... jika mereka sudi berbincang dengan saya, pintu saya sentiasa terbuka.

“Pintu saya sentiasa terbuka, tetapi untuk saya ke Malaysia? Tidak. Mungkin di tempat lain yang neutral yang berdekatan dengan Malaysia. Mungkin Singapura, Brunei atau Hong Kong,” katanya kepada sebuah portal berita.

Kiram, 74 tahun, mendakwa Malaysia telah membayar ufti kepada waris kesultanan Sulu sejak 1964.

Katanya, koleksi resit pembayaran ‘sewa tahunan’ keluarganya dari tahun 1964, 1965, 1967, 1978, 1993 dan 2002 antara bukti yang menunjukan Malaysia mengiktiraf mereka sebagai waris sebenar kesultanan tersebut.

Cadangan Kiram untuk mengadakan gencatan senjata selepas pertumpahan darah di beberapa kawasan di timur Sabah, telah ditolak oleh kerajaan Malaysia. - AstroAwani

DIG @PDRMsia Umumkan Akan Tambah Bilangan Anggota Di #LahadDatu!!


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang berbincang berkaitan penambahan anggota untuk mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan terbabit. "Kita akan menaikkan jumlah anggota keselamatan kita di sana. Sebelum ini, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) di Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

"Jadi kita sedang berbincang mengenai bagaimana kita hendak menubuhkan kawasan keselamatan khas itu dan bagaimana kita hendak mengambil pendekatan dalam mewujudkan kawasan keselamatan khas tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek kepada perwira negara Lahad Datu, Sabah di sini Sabtu.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) di Sabah bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Kawasan Keselamatan Khas yang berpusat di Lahad Datu itu akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara agar dapat berfungsi segera.

Beliau turut berkata moral anggota PDRM yang berada di sana amat tinggi, dan rata-ratanya berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian pasukan keselamatan itu untuk berjuang dan menyelamatkan Sabah.

Pada majlis itu, Khalid menerima cek bernilai RM30,000 daripada Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis DSP Mender Singh untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Dalam ucapannya, beliau berkata sumbangan itu merupakan satu sokongan moral yang sangat tinggi, bukan sahaja kepada waris yang terkorban, tetapi menjadi suntikan semangat kepada para pejuang. "Mereka (pasukan keselamatan) sedang menyerahkan jiwa raga dalam mencurah khidmat bakti dan berjuang bagi mendaulatkan negara di Sabah. "Saya yakin sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia tanpa batasan agama, bangsa dan budaya tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan 'Op Daulat' dalam menghapuskan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita," katanya.

Khalid mengakhiri ucapan dengan harapan Sabah kembali aman sejahtera dan berharap rakyat negeri itu boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Kira-kira 400 orang hadir pada majlis itu, antaranya, kaum Sikh, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kaum Sikh dari seluruh Gurdwara di Malaysia mengadakan upacara doa yang bermula semalam hingga 17 Mac ini agar tiada lagi episod pertumpahan darah melibatkan anggota pasukan keselamatan, dan berharap krisis di Sabah dapat diselesaikan segera.

Turut hadir Pengerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. -BERNAMA