Sunday, March 10, 2013

#LahadDatu: Eh, Pesal Pulak Kiram Taknak Bincang Untuk Berdamai Di Malaysia?


Selepas meminta supaya diadakan gencatan senjata, kini Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan ‘perbincangan’ pula dengan Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah.

Perbincangan itu bagaimanapun ada syaratnya.

Yahoo! Southeast Asia melaporkan bahawa antara syarat tersebut ialah perbincangan itu tidak boleh diadakan Malaysia.

“Jika ada peluang untuk berbincang dengan mereka... jika mereka sudi berbincang dengan saya, pintu saya sentiasa terbuka.

“Pintu saya sentiasa terbuka, tetapi untuk saya ke Malaysia? Tidak. Mungkin di tempat lain yang neutral yang berdekatan dengan Malaysia. Mungkin Singapura, Brunei atau Hong Kong,” katanya kepada sebuah portal berita.

Kiram, 74 tahun, mendakwa Malaysia telah membayar ufti kepada waris kesultanan Sulu sejak 1964.

Katanya, koleksi resit pembayaran ‘sewa tahunan’ keluarganya dari tahun 1964, 1965, 1967, 1978, 1993 dan 2002 antara bukti yang menunjukan Malaysia mengiktiraf mereka sebagai waris sebenar kesultanan tersebut.

Cadangan Kiram untuk mengadakan gencatan senjata selepas pertumpahan darah di beberapa kawasan di timur Sabah, telah ditolak oleh kerajaan Malaysia. - AstroAwani

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive