Tuesday, March 19, 2013

#LahadDatu: Senarai Yang Patut Disaman @anwaribrahim Selain @tv3malaysia Dan UTUSAN.


Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.\

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

Laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

Malah, Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.

Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan. - MY MASSA

#PRU13: PEGUAM KES SCORPENE DITEMUI MATI. BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH??


Peguam Perancis Olivier Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam satu inkuiri kehakiman, ditemui mati dalam satu kejadian didakwa sebagai kes bunuh diri.

Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suaram.

Mayat Metzner ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis semalam. Polis menemui satu nota bunuh diri.

Reputasi Metzner terserlah melalui anak guamnya yang terdiri dari golongan ternama seperti bekas diktator Panama Manuel Noriega dan bekas perdana menteri Perancis Dominique de Villepin serta Continental Airlines berhubung kejadian pesawat Concorde yang terhempas pada tahun 2000.

Bloomberg melaporkan, Metzner memulakan kerjayanya dengan mewakili anggota gengster dan menjadi popular kerana berjaya membebaskan anak guamnya atas alasan teknikal.

Pada tahun 1980-an, beliau memperkembangkan kepakaran dalam perundangan kewangan dan mewakili ahli perniagaan dan pemimpin politik yang terlibat dalam kes pembiayaan parti.

Metzner juga mewwakili kepentingan DCNS – syarikat yang menjual dua buah kapal selam Scorpene kepada Malaysia, 10 tahun lalu.

Suaram memfailkan inkuiri kehakiman di mahkamah Perancis pada 2009 mengenai kemungkinan berlakunya rasuah dalam urusniaga Scorpene.
"KEGAGALAN METZNER membawa kes Scorpene ke mahkamah antarabangsa amat mengecewakan pembangkang Malaysia terutamanya Anwar Ibrahim" 
Meskipun Metzner meminta sedikit masa untuk membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa, namun Anwar tidak mahu berlengah lagi. Tambahan pula dengan kes pengelibatan Anwar dengan pencerobohan di Lahad Datu semakin jelas dan juga dengan kes terbaru Anwar bercumbuan dengan jantan yang sedang hangat diperkatakan.

Tekanan seperti ini amat membuatkan Anwar tidak senang duduk. Lantas Anwar mengugut Metzner mempercepatkan kes Scorpene. Akan tetapi tindakan Anwar itu dikhianati oleh Metzner yang mengambil kesempatan meminta bayaran yang lebih tinggi jika mahu kes ini dipercepatkan. Berang dengan tindakan Metzner, Anwar telah mengarahkan 'perisiknya' mengugut bunuh Metzner.

Metzner tiada pilihan lain, maka bunuh diri adalah pilihan terakhir. 

SUMBER: KELATE TODAY

#TukarKelantan: PAS KELANTAN TAK BERI KESELESAAN KEPADA RAKYATNYA!!!


Nampak sangat yang rakyat Kelantan ni hidup dalam keadaan tidak selesa dalam pemerintahan PAS. Sorry to say, saya pun tinggal di Kelantan dan saya sendiri rasai apa yang terjadi. Seperti apa yang ditawarkan oleh kerajaan pusat semasa Lawatan PM minggu lepas, iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) sangat memberi impak yang berkesan terhadap rakyat setempat apabila borang yang diedarkan 'licin' sekelip mata sahaja. Ternyata mereka mahukan perubahan. Sila  baca kenyataan dibawah:


KOTA BHARU - Sebanyak 20,000 borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu habis diedarkan dalam masa beberapa minit sahaja, membuktikan rakyat negeri ini amat memerlukan kemudahan itu untuk keselesaan keluarga masing-masing. 
Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada borang yang telah diedarkan selepas Majlis Pecah Tanah projek itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wakaf Mek Zainab dekat sini semalam. 
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan rumah tersebut berkeluasan 213 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit itu hanya akan dijual pada harga RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000. 
Kemudahan rumah rakyat mampu milik sememangnya menjadi idaman hampir seluruh rakyat ini sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak kesampaian apabila kemudahan itu tidak pernah disediakan oleh kerajaan negeri meskipun diberi mandat memerintah selama 22 tahun. 
Sambungan..