Wednesday, May 22, 2013

#RCISabah: WARGA ASING BERHUTANG RM 20 JUTA DENGAN MALAYSIA? KENAPA?


Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

"Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi," katanya.

Saksi ke-75 itu berkata jumlah kos rawatan itu memang banyak berbanding jumlah RM7,723,839.23 yang sepatutnya dibayar rakyat tempatan di negeri ini dalam tempoh yang sama.

Dr Maria berkata jabatan itu juga membelanjakan RM200,000 pada 2011 bagi mengawal penyakit berjangkit di dua petempatan sementara di Kinabatangan dan Beluran bagi warga Filipina.

Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi itu berkata antara tahun 2000 hingga 2011 seramai 1.3 juta iaitu 53.41 peratus warga asing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital di Sabah.

Dr Maria juga berkata sejumlah 295,053 orang warga asing dalam tempoh 10 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit dalam iaitu pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.

Membacakan statistik dari Jabatan Kesihatan Sabah itu, Dr Maria berkata di klinik kesihatan di seluruh negeri ini pula seramai 327,302 orang pesakit luar warga asing mendapat rawatan manakala ibu mengandung pula seramai 491,071 dan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun seramai 472,452 dari 2000 hingga 2011.

Dr Maria yang berkhidmat di jabatan itu selama 22 tahun juga berkata seramai 122,882 kelahiran warga asing direkodkan jabatan itu pada tempoh sama.

Beliau berkata warga Indonesia yang paling ramai mendapatkan rawatan pesakit luar dan dalam di hospital antara 2010 dan 2011 iaitu 54,283 berbanding warga Filipina 45,790 orang.

Kepada soalan Azmi, saksi itu berkata jumlah pesakit warga asing yang ramai ini amat membimbangkan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada Jabatan Kesihatan Sabah.

"Jumlah pesakit yang ramai ini amat membimbangkan selain membebankan kami (Jabatan Kesihatan Sabah). Kos rawatan juga meningkat. Ia juga membebankan kami kerana kami kekurangan doktor dan jururawat bagi merawat mereka," katanya.

Beliau berkata jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit sehingga pihak hospital terpaksa memasang katil sementara.

Selain itu katanya kebanjiran warga asing ini juga mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit antaranya campak, taun dan hepititis B.

Ditanya apakah dokumen yang warga asing itu bawa semasa mendapatkan rawatan, saksi itu berkata mereka mengemukakan pasport, permit kerja, IMM13 iaitu resit pengenalan sementara tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menjawab soalan peguam pemerhati daripada Persatuan Undang-Undang Sabah John Sikayun mengapa hospital masih memberikan rawatan kepada warga asing sama yang tidak membayar kos, Maria menegaskan sebagai doktor, pihaknya tidak akan menolak pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Beliau berkata jika hospital tidak memberikan rawatan ketika itu, pesakit akan bertambah sakit dan kos rawatannya pula meningkat.

Terdahulu, Suruhanjaya itu juga diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM614,355 bagi menanggung kos pengurusan tahanan juvana pendatang asing sejak 2007 hingga 2012.

Timbalan Penguasa Penjara Kota Kinabalu Kalbin Mohd Said memberitahu bahawa jumlah itu merupakan kos purata pengurusan tahanan juvana dari Filipina dan Indonesia di Sekolah Henry Gurney Keningau yang menempatkan juvana lelaki dan di Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

Saksi ke-62 yang dipanggil semula itu berkata bagi Sekolah Henry Gurney Keningau, kos keseluruhan bagi menanggung juvana itu dalam tempoh berkenaan ialah RM566,115 manakala di Sekolah Henry Gurney Wanita pula sebanyak RM48,180.

"Kos itu meliputi makanan, rawatan perubatan, tempat tinggal, pakaian, elektrik, air dan program-progam pemulihan bagi tahun 2007 hingga Oktober 2012," katanya pada prosiding RCI bagi menyiasat pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata kos pengurusan itu bagi menanggung seramai 47 juvana lelaki dan 80 juvana wanita berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Bagi juvana tempatan pula, Kalbin berkata seramai 861 ialah lelaki manakala 76 wanita yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney sejak 2006 hingga Oktober 2012.

"Mereka ditahan di situ atas beberapa kesalahan antaranya di bawah Akta Dadah Berbahaya, kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api dan kesalahan lain,' katanya.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh itu, tiada kematian direkodkan oleh juvana warganegara asing dan juvana warganegara Malaysia.

"Mereka juga diberikan program berbentuk akademik, vokasional dan industri," katanya.

Beliau menjelaskan apabila tempoh tahanan bagi rakyat tempatan tamat, mereka akan dibebaskan tanpa syarat manakala warga asing pula dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.

Prosiding di hadapan lima anggota panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu bersambung esok.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. - mstar

Tuesday, May 21, 2013

"ANWAR INGAT ITU NEGERI BAPA DIA PUNYA KA??" - MENTERI DALAM NEGERI


Sudah kerap kali Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekeh pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri.Beliau betul-betul ‘ambil kesempatan’ hentam mana-mana menteri atau pemimpin UMNO kerana bukan ramai yang mahu melayan mulut Anwar yang‘tiada insurans’ itu.

Sebab itu, Anwar rasa beliau semakin hebat dan terus melolong lebih-lebih lagi sejak pembangkang kalah pada PRU 13 sekaligus impiannya jadi Perdana Menteri turut terkubur.

Macam orang yang makan cili dan sendiri rasa pedas, Ketua Umum PKR itu tak boleh tahan marah kepada Datuk Seri Zahid Hamidi yang gesa rakyat tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar darinegara ini.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam ucapannya dalam perhimpunan di Seremban, 18 Mei lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga anggap kenyataan Menteri Dalam Negeri itu satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikutkaedah mereka suka.

Jika Anwar fikir Zahid pengecut dan tidak berani jawab bahasa kesatnya itu, beliau silap besar.

Pada Isnin, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO ‘pulang paku buah keras’ kepada Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia,” kata Zahid sambil minta Malaysiakini tulis apa yang dicakapnya itu.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal pro pembangkang tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti dituntut setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius dalam sidang media pada hari pertamanya di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Dalam pada itu, Zahid menghantar ‘signal’ jelas kepada mana-mana pihak yang merancang menimbulkan huru hara atau melakukan perbuatan menyalahi undang-undang supaya bersedia menerima akibatnya.

Maksudnya, berani buat berani tanggung kerana kata Zahid “No more warning.”

Sehubungan itu, tegas Zahid, pendekatan baru KDN yang diterajuinya adalah dengan memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Polis Negara dan ketua-ketua jabatan bertindak berlandaskan
undang-undang yang diperuntukkan terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan huru hara dan lain-lain kesalahan..

“Apa juga tindakan tidak ada motif politik tetapi asas perundangan sedia ada. Saya dan timbalan (Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar) tidak akan campur tangan (politik).”.

“Jangan marahkan kami atau KDN jika kena tindakan,” ujarnya.

Menjawab soalan mengenai pemimpin pembangkang yang mahu polis tumpu kepada soal keselamatan dan bukan menangkap orang politik, Zahid menegaskan, “ itu tafsiran orang politik. Kita berjumpa tetapi bukandi jalanan atau gelanggang terbuka tetapi di Dewan Rakyat..jawab di Dewan Rakyat,,”.

Beliau menyelar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang yang tidak tahu membezakan langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang.

Katanya, pihak terbabit yang masih menentang undang-undang kena‘bersedia membayar harga yang mahal’ .

“Saya tidak akan campur tangan apa dilakukan Ketua Polis Negara.

Jangan fikir tindakan polis adalah tindakan politik sebaliknya polis akan melaksanakan tindakan ikut undang-undang yang sedia ada,”tegasnya.

Selain Wan Junadi hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.- AGENDA DAILY

Sunday, May 19, 2013

@AdamAdli DITAHAN @PDRMsia KERANA MENGHASUT. INI BUKTI PAKATAN RAKYAT TAK PROFESSIONAL!!


Adakah ini sikap seorang mahasiswa yang diagung-agungkan oleh Pakatan Rakyat? Kita masing-masing punyai akal fikiran yang sempurna untuk menilai siapa mahasiswa dan siapa mahasewel. Pada pendapat saya, penahanan Adam Adli ini sudah kukuh untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah institusi yang tidak professional untuk memerintah sesebuah negara. Mujur Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan Malaysia. Bayangkan kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah... Tidak mustahil ganerasi-Y sedia ada akan menjadi bodoh dan bertingkah-laku seperti Adam Adli itu. Mereka hanyalah diperkudakan oleh Anwar Ibrahim.

RUJUK DIBAWAH: 
Aktivis mahasiswa pro-pembangkang, Adam Adli Abd. Halim (gambar) ditahan polis hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.
Adam Adli ditangkap di tepi jalan tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang. 
"Bekas pelajar itu ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bagi membantu siasatan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Kenyataan itu dipercayai dibuat oleh Adam Adli dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada Isnin lalu. 
Difahamkan, penahanan Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengajak orang ramai gulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan. 
"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.
"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube.
Adam Adli merupakan penuntut UPSI yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam satu demonstrasi 17 Disember lalu.
Dalam laman Twitternya, Adam Adli turut mengemas kini status penahanan itu sekitar pukul 3 petang ini. 
"Saya ditahan polis di Bangsar Utama. Kini dibawa ke Balai Polis Jinjang..," katanya - UTUSAN.

MY SLIDESHARE UPLOAD