Sunday, May 19, 2013

@AdamAdli DITAHAN @PDRMsia KERANA MENGHASUT. INI BUKTI PAKATAN RAKYAT TAK PROFESSIONAL!!


Adakah ini sikap seorang mahasiswa yang diagung-agungkan oleh Pakatan Rakyat? Kita masing-masing punyai akal fikiran yang sempurna untuk menilai siapa mahasiswa dan siapa mahasewel. Pada pendapat saya, penahanan Adam Adli ini sudah kukuh untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah institusi yang tidak professional untuk memerintah sesebuah negara. Mujur Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan Malaysia. Bayangkan kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah... Tidak mustahil ganerasi-Y sedia ada akan menjadi bodoh dan bertingkah-laku seperti Adam Adli itu. Mereka hanyalah diperkudakan oleh Anwar Ibrahim.

RUJUK DIBAWAH: 
Aktivis mahasiswa pro-pembangkang, Adam Adli Abd. Halim (gambar) ditahan polis hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.
Adam Adli ditangkap di tepi jalan tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang. 
"Bekas pelajar itu ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bagi membantu siasatan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Kenyataan itu dipercayai dibuat oleh Adam Adli dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada Isnin lalu. 
Difahamkan, penahanan Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengajak orang ramai gulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan. 
"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.
"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube.
Adam Adli merupakan penuntut UPSI yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam satu demonstrasi 17 Disember lalu.
Dalam laman Twitternya, Adam Adli turut mengemas kini status penahanan itu sekitar pukul 3 petang ini. 
"Saya ditahan polis di Bangsar Utama. Kini dibawa ke Balai Polis Jinjang..," katanya - UTUSAN.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive