Thursday, July 18, 2013

#HinaIslam: PASANGAN ALVIN DAN VIVIAN JUNJUNGAN #PR BAKAL DIPENJARA!!


Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.“Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penjara lima tahunDi bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pula berkata mereka dijangka tampil bersama peguam pada jam 8.30 pagi.

“Setakat ini Polis Kuala Lumpur gagal menghubungi mereka selepas diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Namun, mereka menghantar SMS kepada pegawai penyiasat di Seremban dan memberitahu akan datang ke Bukit Aman.

“Difahamkan tindakan mereka ke Bukit Aman atas nasihat peguam yang akan mewakili mereka. Sekiranya gagal hadir, polis akan menge-luarkan waran tangkap,” katanya.

Chin Wah berkata, kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis selepas menerima tiga laporan polis daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Isnin lalu pasangan itu disoal siasat hampir 11 jam di pejabat SKMM, di Jalan Tun Razak, di sini, bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalah guna kemudahan media sosial.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Umat Islam marahTindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam. - SUMBER

INILAH YANG DIBANGGAKAN PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA.. BUKTINYA? 


lagi!!

[FOTO] #PRU13: Gambar Nurul Izzah Berpelukan Dengan Sundal. [KLIK!]

http://tenteramaya.blogspot.com/2013/04/foto-pru13-gambar-nurul-izzah.html


#PRKKualaBesut: SPR TAK MAHU GUNA DAKWAT KEKAL PADA 24 JULAI INI? HABIS TU?


Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan untuk menggunakan dakwat kekal adalah daripada pembangkang dan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kemudian pelaksanaannya mendapat pertikaian pihak pembangkang sendiri.

"Yang cadang guna dakwat kekal Yang Berhormat Anggota Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali) dalam jawatankuasa (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya), yang cadang dakwat ini mereka, kita ni ikut, padahal SPR mencadangkan biometrik supaya (guna) cap jari (supaya) tak boleh lari.

"Itu (biometrik) cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) - mencadangkan penghapusan penggunaan dakwat kekal berkata isu dan polemik dakwat kekal itu berpanjangan berikutan pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka.

Mengenai sistem biometrik, Annuar berkata Malaysia mempunyai system pendaftaran komprehensif berasaskan kad pengenalan yang mempunyai kawalan begitu ketat dan kemas.

"Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat, bila kita buat dakwat kekal, ada orang timbulkan pula termasuk berasa was-was air sembahyang sah atau tidak.

"Jika sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat kekal berikutan banyak negara tidak menggunakan sistem calit di jari pada masa ini," katanya.


Shahidan juga berkata jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah 13,268,147 orang dan jumlah yang mengadu berhubung PRU13 hanyalah 1,469 orang atau 0.0013 peratus.

SUMBER

P/S: Better guna biometrik daripada dakwat kekal.. kesian anggota polis yang bertugas ambil report kat balai tu... heheehe

[VIDEO] #PRKKualaBesut: DUN #N01KualaBesut DILANDA RIBUT!! #PrayForKualaBesut!!!!


Kesian akan penduduk di DUN N01 Kuala Besut. Mari kita sama-sama doakan mereka semua terselamat dan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa. Amin......

MY SLIDESHARE UPLOAD