Thursday, July 18, 2013

#PRKKualaBesut: PENDUDUK DUN #N01KualaBesut BAKAL TERIMA 500 UNIT RUMAH MAMPU MILIK!!


Hebat sungguh habuan yang bakal diterima oleh penduduk DUN N01 Kuala Besut sekiranya BN berjaya pertahankan kerusi di sana. Bukan sengaja MB Terengganu, DS Ahmad Said menabur janji sebegitu. Sekiranya 500 buah unit rumah tersebut dibina, secara automatikalnya petempatan dan peluang pekerjaan akan berkembang. So, ini akan membuka peluang kepada penduduk setempat supaya dapat lebih agresif dan secara tak langsung dapat mendapat hasil yang lebih lumayan dengan perkembangan petempatan tersebut. 

SEKIAN!

Dipetik dari blog PRK N01 KUALA BESUT:
500 buah unit rumah akan dibina di Kuala Besut jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini. 
Demikian menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sebagai janji kepada penduduk Kuala Besut jika memberikan kemenangan besar kepada calon BN. 
Projek itu bakal menjadi kesinambungan kepada projek 72 unit pangsapuri rumah mampu milik di Kampung Tok Saboh Kuala Besut yang bernilai 10 juta ringgit. 
“Kita buat bukan pilihanraya ini sudah rancang maknanya di Kota Bahru rumah siap 550 unit yang sedang dalam binaan 200 unit di Pulau Perhentian 32 bina untuk mangsa ombak kita berjanji menang selesa akan tambah lagi 500 maknanya lebih 1000 rumah di Kuala Besut ini,” Ahmad. 
Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Terengganu di Kuala Besut. 
Isu perumahan menjadi antara permasalahan membelenggu penduduk di Kuala Besut. 
Kebanyakan yang tidak mempunyai tanah persendirian, menyebabkan mereka terpaksa menyewa. 
“Kuala Besut ini masalah rumah kebanyakan penduduk kawasan Kuala Besut merupakan sewa sahaja dia tidak mempunyai tanah asas sendiri dari turun temurun sewa tanah jadi bersesuaian kerjaaan bina rumah baru seperti pangsapuri kebetulan dapat selesai masalah sekitar Kuala Besut.” 
Dalam pada itu, Ahmad Said mengakui kekurangan tanah kerajaan antara punca timbul isu perumahan. 
Dasar kerajaan negeri Terengganu adalah semua rakyat negeri itu berhak mendapatkan satu lot tanah untuk tapak rumah atau pertanian. 
Namun tidak ramai yang mampu memperoleh tanah milik persendirian.

#PRKKualaBesut: JANGAN TAKSUB AKAN POLITIK, KERNA ITU SEMUA AKAN BAWA KEPADA KEMUDARATAN!!


Umat Islam diingatkan bahawa perbezaan fahaman dan ketaksuban dalam berpolitik akan membawa kemudaratan dan kehancuran kepada negara dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik

"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya meluahkan rasa bimbang dengan masalah itu yang akhirnya merugikan rakyat khususnya umat Islam sendiri.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sosioekonomi) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zubir Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Mohd. Amin.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd. Shafie berkata, seluruh jentera BN dan UMNO perlu bergerak dan diselaraskan mulai sekarang bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.

Beliau risau sekiranya penyelarasan tidak dilakukan, matlamat untuk mempertahankan kekuasaannya di Kuala Besut tidak akan dicapai.

"Penyelarasan di segi gerak kerja perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh, saya bimbang sangat kalau kita tidak ada penyelarasan.

"Usaha ini penting untuk membolehkan kita menyelami kehendak dan keperluan rakyat seperti berkunjung dari rumah ke rumah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh penggerak jentera parti jangan membuang masa untuk memulakan gerak gempur bagi memastikan kemenangan BN dengan majoriti lebih besar pada 24 Julai ini. - UTUSAN



#PRKKualaBesut: #Salute!! RIDER TRAFIK PUTUS KAKI AKIBAT EKSIDEN KETIKA BERKHIDMAT! @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Satu kemalangan melibatkan pegawai Trafik didalam PRK N01 Besut. Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul 4.40 petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 .

Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line).


Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

MY SLIDESHARE UPLOAD