Monday, August 5, 2013

KETUA JENTERA SIBER KELANTAN BERSAMA LABU-LABUNYA.


Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, mungkin telah timbul sedikit pertanyaan daripada semua pembaca. Itu adalah kerana saya rasa mungkin belum tiba masa untuk saya buat pendedahan sepenuhnya. Selain itu adalah kerana menghormati Bendahari UMNO Kelantan, Dato Hanafi Mamat kerana menyuruh kami 'postpone' dahulu entri kami seperti yang ditulis di laman blog GELOMBANG KICK:
# Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

Tapi disebabkan mahu menuntut hak kami. Saya telah dedahkan siapa manusia itu. Beliau adalah Eizwan bin Abdullah. Ada ura-ura mengatakan bahawa kegiatannya mengencing orang telah kantoi ditangan Tok Pa, dan beliau telah dipecat daripada menjadi Pegawai Media kepada Tok Pa. Berita ini saya dapat ketika Post Mortem PRU-13 bersama Tok Pa di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.

Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:
1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.
2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. 
3.Elaun yang dijanjikan 
Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah declare untuk bayar elaun kami selepas PRU. Last2, habuk pun takda!

Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya.

IKUTI KISAH DARIPADA MANGSANYA YANG LAIN:

KAKI RAYAU KB:

GELOMBANG KICK:
KELATE TODAY






Saturday, August 3, 2013

LAGI BLOGGER TERANAYA DIKENALPASTI! SIAPA YANG BUAT?


Siapa sebenarnya Dot Dot Dot tersebut? 

Saya adalah seorang blogger yang paling muda dan 'JUNIOR' dikalangan Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dot. Pada Asalnya saya dipanggil oleh Saudara 'YY' kerana saya di'recommend'kan oleh abang saya atas bakat yang saya perolehi dalam bidang editing. Selain itu, kerana saya adalah budak lepasan SPM yang tiada sumber pendapatan dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran.

Saya bermula dengan ilmu yang kosong dan alhamdulillah kini saya berjaya mengenali dunia blog dengan lebih dalam lagi. Ini adalah hasil dari tunjuk ajar rakan sekumpulan saya iaitu Double-Y , Tentera Maya , Gelombang Kick dan Kelate Today. Terima kasih semunya.

Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dottersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.

Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang disuruh. Bersengkang mata siang dan malam untuk memuaskan hati Dot Dot Dot apabila melihat hasil kerja saya. Tetapi kerja saya umpama 'melepas batuk ditangga'.

Patutkah seorang pejuang yang memperjuangkan untuk memastikan Umno merampas Kelantan dilayan seperti ini? Adakah ini sifat semulajadi Dot Dot Dot yang hanya mementingkan 'kroni'nya sahaja dan menutup sebelah mata apabila memandang orang selain 'kroni'nya.

Saya lampirkan beberapa hasil kerja editing saya sebagai bukti semasa saya berkhidmat di dalam Team Jentera Siber Kelantan yang lepas. Anda juga boleh melihat video-video tersebut di dalam Channel 'TukarKelantan13' di Youtube.






Saya berasa sangat kecewa dan sedih apabila mendapat tau yang saya 'dikencing' oleh Dot Dot Dot. Melaui kajian saya yang tak seberapa ini, punca Umno susah untuk merampas Kelantan adalah kerana adanya pemimpin yang bersikap 'kaki kencing' seperti individu yang diamanahkan untuk menjaga Team Jentera Siber Kelantan. Tidak mustahil saya menjadi seorang penyokong PAS akibat adanya sifat seperti individu tersebut di dalam Umno.

Akibat dari sifat 'kaki songlap' dan 'kaki kencing' Dot Dot Dot tersebut, saya yang teraniaya ini terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk menampung perbelanjaan pelajaran saya di Universiti. Terbantut segala niat dan usaha saya untuk belajar berdikari dan memiliki diploma atau ijazah dengan hasil wang titik peluh sendiri tanpa menyusahkan orang tua atau ahli keluarga yang lain.



Friday, August 2, 2013

SEDIH! LUAHAN HATI BLOGGER TERANIAYA.


Kami antara penulis di blog 'Kelatetoday' ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan yang teranianya yang sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah mulai bangkit mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan. Bermulanya kami dengan team cyber 'Kelate' iaitu pada awal Februari 2013 kira-kira 3 bulan sebelum PRU, ada antara kami didatangkan daripada Pasir Gudang Johor oleh rakan blogger yang dikenali dengan 'YY' sebelum diperkenalkan dengan seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan team media negeri tersebut, kemudian ditempatkan di war room berhampiran dengan bandar Kota Bharu.
Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.
Bayangkanlah selama tiga bulan kami bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya kami berputih mata, apa yang dijanjikan pada kami semuanya bohong belaka, tiada ihsan sedikit pun mereka pada kami orang berjuang, perasaan benci kami terhadap sikap tidak telus individu yang ber'imej' Umno ini sekaligus membuatkan kebencian kepada Umno juga mulai berputik. Adakah perasaan ini yang membelenggu rakyat Kelantan sehingga mereka  tekad menolak BN ? Fikir saya bersendirian..... Sebagai salah seorang jentera maya yang berperanan untuk membantu BN dalam menghadapi PRU 13 yang lalu, kami tidak sepatutnya dibebankan dengan permasalahan kewangan sehingga menyebabkan kami hilang fokus dan sering memikirkan mengenai tanggungan yang belum kami selesaikan ekoran ketidakjujuran pihak yang menguruskan peruntukkan berkenaan. Kami sesama sendiri lebih banyak bercakap mengenai masalah tangunggan yang kami hadapi daripada bercakap mengenai tugas kami yang sepatutnya.
Suci ikhlas macammana sekalipun berjuang, kami tetap mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga, tidak semestinya bila ikhlas kami tidak perlu makan, kami tidak perlu memberi nafkah kepada keluarga dsbnya. Tapi kenapa pihak yang diberi amanah oleh Umno ini langsung tidak memikirkan nasib kami ? Sanggup menyeleweng hak kami ! Adakah begini wajah Umno yang sebenar ? Adakah ini cara Umno berjasa kepada pejuangnya ? Tidakkkkkk!!! Maaf kami ingin katakan, Umno di Johor tidak seteruk Umno di Kelantan, pengurusan Umno disini masih lagi baik dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, masih lagi berhati perut.....!!!! Tapi Umno di Kelantan............? 
Kami tidak pasti sampai bilakah keadaan didalam Umno Kelantan ini akan berlanjutan, kami tidak faham macammana seorang individu yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab boleh diberi kepercayaan untuk mengurus hal yang berkaitan dengan kewangan, takkanlah Umno Kelantan sudah ketandusan individu-individu yang beramanah ? Hairan sungguh kami dibuatnya!!! Nak tahu kenapa ?Tunggu !!! Kerana kami punyai banyak cerita untuk dibongkarkan mengenai seorang individu yang menyeleweng peruntukkan jentera maya BN Kelantan selepas ini, modus operandinya cukup licik !!! 

MY SLIDESHARE UPLOAD