Siapa sebenarnya Dot Dot Dot tersebut?
Saya bermula dengan ilmu yang kosong dan alhamdulillah kini saya berjaya mengenali dunia blog dengan lebih dalam lagi. Ini adalah hasil dari tunjuk ajar rakan sekumpulan saya iaitu Double-Y , Tentera Maya , Gelombang Kick dan Kelate Today. Terima kasih semunya.
Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dottersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.
Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang disuruh. Bersengkang mata siang dan malam untuk memuaskan hati Dot Dot Dot apabila melihat hasil kerja saya. Tetapi kerja saya umpama 'melepas batuk ditangga'.
Patutkah seorang pejuang yang memperjuangkan untuk memastikan Umno merampas Kelantan dilayan seperti ini? Adakah ini sifat semulajadi Dot Dot Dot yang hanya mementingkan 'kroni'nya sahaja dan menutup sebelah mata apabila memandang orang selain 'kroni'nya.
Saya lampirkan beberapa hasil kerja editing saya sebagai bukti semasa saya berkhidmat di dalam Team Jentera Siber Kelantan yang lepas. Anda juga boleh melihat video-video tersebut di dalam Channel 'TukarKelantan13' di Youtube.
Saya berasa sangat kecewa dan sedih apabila mendapat tau yang saya 'dikencing' oleh Dot Dot Dot. Melaui kajian saya yang tak seberapa ini, punca Umno susah untuk merampas Kelantan adalah kerana adanya pemimpin yang bersikap 'kaki kencing' seperti individu yang diamanahkan untuk menjaga Team Jentera Siber Kelantan. Tidak mustahil saya menjadi seorang penyokong PAS akibat adanya sifat seperti individu tersebut di dalam Umno.
Akibat dari sifat 'kaki songlap' dan 'kaki kencing' Dot Dot Dot tersebut, saya yang teraniaya ini terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk menampung perbelanjaan pelajaran saya di Universiti. Terbantut segala niat dan usaha saya untuk belajar berdikari dan memiliki diploma atau ijazah dengan hasil wang titik peluh sendiri tanpa menyusahkan orang tua atau ahli keluarga yang lain.
No comments:
Post a Comment