Friday, August 2, 2013

SEDIH! LUAHAN HATI BLOGGER TERANIAYA.


Kami antara penulis di blog 'Kelatetoday' ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan yang teranianya yang sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah mulai bangkit mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan. Bermulanya kami dengan team cyber 'Kelate' iaitu pada awal Februari 2013 kira-kira 3 bulan sebelum PRU, ada antara kami didatangkan daripada Pasir Gudang Johor oleh rakan blogger yang dikenali dengan 'YY' sebelum diperkenalkan dengan seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan team media negeri tersebut, kemudian ditempatkan di war room berhampiran dengan bandar Kota Bharu.
Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.
Bayangkanlah selama tiga bulan kami bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya kami berputih mata, apa yang dijanjikan pada kami semuanya bohong belaka, tiada ihsan sedikit pun mereka pada kami orang berjuang, perasaan benci kami terhadap sikap tidak telus individu yang ber'imej' Umno ini sekaligus membuatkan kebencian kepada Umno juga mulai berputik. Adakah perasaan ini yang membelenggu rakyat Kelantan sehingga mereka  tekad menolak BN ? Fikir saya bersendirian..... Sebagai salah seorang jentera maya yang berperanan untuk membantu BN dalam menghadapi PRU 13 yang lalu, kami tidak sepatutnya dibebankan dengan permasalahan kewangan sehingga menyebabkan kami hilang fokus dan sering memikirkan mengenai tanggungan yang belum kami selesaikan ekoran ketidakjujuran pihak yang menguruskan peruntukkan berkenaan. Kami sesama sendiri lebih banyak bercakap mengenai masalah tangunggan yang kami hadapi daripada bercakap mengenai tugas kami yang sepatutnya.
Suci ikhlas macammana sekalipun berjuang, kami tetap mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga, tidak semestinya bila ikhlas kami tidak perlu makan, kami tidak perlu memberi nafkah kepada keluarga dsbnya. Tapi kenapa pihak yang diberi amanah oleh Umno ini langsung tidak memikirkan nasib kami ? Sanggup menyeleweng hak kami ! Adakah begini wajah Umno yang sebenar ? Adakah ini cara Umno berjasa kepada pejuangnya ? Tidakkkkkk!!! Maaf kami ingin katakan, Umno di Johor tidak seteruk Umno di Kelantan, pengurusan Umno disini masih lagi baik dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, masih lagi berhati perut.....!!!! Tapi Umno di Kelantan............? 
Kami tidak pasti sampai bilakah keadaan didalam Umno Kelantan ini akan berlanjutan, kami tidak faham macammana seorang individu yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab boleh diberi kepercayaan untuk mengurus hal yang berkaitan dengan kewangan, takkanlah Umno Kelantan sudah ketandusan individu-individu yang beramanah ? Hairan sungguh kami dibuatnya!!! Nak tahu kenapa ?Tunggu !!! Kerana kami punyai banyak cerita untuk dibongkarkan mengenai seorang individu yang menyeleweng peruntukkan jentera maya BN Kelantan selepas ini, modus operandinya cukup licik !!! 

1 comment:

Jane Duncan said...

Banyak kali sudah ditegur! UMNO peringkat atasan dibutakan oleh sikap kerakusan ahli-ahli UMNO peringkat bawahan yang memang berperangai jahat dan mengotorkan nama baik UMNO itu sendiri! Aku adalah anak pejuang UMNO peringkat akar umbi, dan darah perjuangan bangsa sentiasa meledak untuk memperbaiki nasib bangsa, namun aku yakin tiada akan diberi peluang untuk diketengahkan! Yang sedihnya, Kebanyakan ketua-ketua UMNO peringkat cawangan masih dengan sikap malaun mereka yang hanya akan melingkupkan UMNO ! UMNO peringkat atasan mesti ada satu sistem penelitian dan measurement yang baik dan boleh dipercayai untuk mengukur penglibatan sebenar rakyat marhain yang masih tetap setia dengan UMNO! Jangan biarkan pelahap bangsa menjahanamkan masa depan bumi dan rakyat tercinta ini!

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive