Wednesday, August 21, 2013

#PemilihanUMNO2013: ZED ZAIDI SEMBILU MAHU BERTANDING EXCO PEMUDA ATAS PLATFORM SENIMAN?

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mengesahkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.

Katanya, keputusan itu diambil setelah beliau mendapat sokongan padu daripada ahli di 191 bahagian pergerakan itu di seluruh negara untuk bertanding jawatan tersebut.

“Saya lihat mereka bersungguh-sungguh memberikan sokongan penuh kepada saya untuk bertanding khususnya sebagai Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu.

“Pada masa ini saya hanya menggalas jawatan timbalan pengerusi sahaja, kalau boleh mereka mahu saya pegang portfolio lebih tinggi supaya peranan artis lebih berkesan dalam Umno dalam memulihkan imej menjelang PRU14,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasratnya yang ingin bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu pada Oktober depan.

Dalam pada itu katanya, penglibatan penggiat seni dalam BN itu sekali gus memulihkan imej parti pemerintah itu yang dikritik teruk pembangkang pada PRU13 lalu yang memanipulasikan golongan artis untuk kepentingan politik pembangkang.

“Sekurang-kurangnya apabila wakil Seniman diangkat dalam pergerakan itu, kita dapat melahirkan satu pemimpin dalam industri seni dalam Umno itu sendiri dan dapat menyerang balas kritikan serta hentaman artis pro-pembangkang pada pilihan raya lalu,” katanya.

Selain itu jelasnya, pembabitan penggiat seni dalam parti itu dapat menaikkan imej Umno di mata rakyat dengan menjadikannya sebagai alat propaganda untuk menarik minat masyarakat untuk kembali menyokong Umno-BN menjelang PRU14 akan datang.

“Pembangkang sudah mulakan dulu (lahirkan perintis), kalau kita tidak ada, macam mana kita hendak hadapi PRU14 nanti.

"Kita perlu mulakan dari sekarang, sekurang-kurangnya di bawah Biro Kebudyaan dan Kesenian ini, kita dapat menaikkan imej Umno di mata rakyat,” katanya lagi.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan. - SINAR HARIAN

Tuesday, August 20, 2013

PEMUDA UMNO BANTAH BLACKLIST CCRIS #PTPTN. TU KERJA GILA!

Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keduanya, Khairy Janaluddin, berkata kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.
"Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

"Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihanan peribadi.," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Daruk Seri Idris Jusoh semalan bahawa PTPTN akan menyenarai hitamkam peminjam yang ingkar menerusi CCRIS di bawah Bank Negara.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.

Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi, katanya. - BERNAMA

TERKINI DARI MESIR! HOSNI MUBARAK AKAN DIBEBASKAN! #SaveEgypt #HosniMubarakProtest


Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang pernah digulingkan dengan kuasa media sosial (twitter) semasa kebangkitan rakyat pada 2011 lepas diwar-warkan akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 telah ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, bermula dari rasuah hinggalah ke pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam ini dilihat dan dipercayai mempunyai agenda oleh pihak tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir pada ketika ini. Maka bermulalah The Second Wave of Arab Spring.

Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.
Menurut sumber lain juga, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutamanya di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana ratusan penembak tepat telah siap sedia mengambil tempat masing-masing dan bersedia melepaskan tembakan pada bila-bila masa sahaja.

Perhimpunan di seluruh negara itu nampaknya masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

SUMBER

MY SLIDESHARE UPLOAD