Tuesday, August 20, 2013

TERKINI DARI MESIR! HOSNI MUBARAK AKAN DIBEBASKAN! #SaveEgypt #HosniMubarakProtest


Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang pernah digulingkan dengan kuasa media sosial (twitter) semasa kebangkitan rakyat pada 2011 lepas diwar-warkan akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 telah ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, bermula dari rasuah hinggalah ke pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam ini dilihat dan dipercayai mempunyai agenda oleh pihak tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir pada ketika ini. Maka bermulalah The Second Wave of Arab Spring.

Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.
Menurut sumber lain juga, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutamanya di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana ratusan penembak tepat telah siap sedia mengambil tempat masing-masing dan bersedia melepaskan tembakan pada bila-bila masa sahaja.

Perhimpunan di seluruh negara itu nampaknya masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

SUMBER

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive