Monday, October 28, 2013

Sunday, October 27, 2013

#PRKSgLimau: DULU MASA ARWAH AZIZAN ADA, DIHINA DIMAKI PAS. SEKARANG??? #BeraniHijrah #SL4SL


BILA Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyebut kematian Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak akibat kencing manis yang teruk, bukan main lagi orang-orang PAS pusing cerita kononnya ia menghina Allahyarham.

Padahal, semasa hayat Ustaz Azizan, mereka yang masih berjawatan dalam PAS buat macam-macam kepada Ustaz, hingga ada yang mendesak Ustaz Azizan perlu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Orang PAS, memang bersikap sedemikian. Kesalahan dan kesilapan orang, diperbesar-besarkan.


Kebaikan BN dan Umno disembunyikan. Mana pernah kta dengar orang PAS memuji Umno dan BN walaupun Umno dan BN banyak memberi keselesaan kepada PAS untuk berkembang?

Kalau Umno dan BN zaim, sudah lama PAS dikuburkan. Kalau BN dan Umno zalim, sudah lama DAP dihancurkan. Kalau Umno dan BN zalim, PKR tidak boleh menyerang dan memaki hamun Umno dan BN



Kalau kita semua waras, kita pasti berterima kasih kepada Umno dan BN kerana mereka menyediakan keselesaan dan keselama
tan kepada PAS, DAP dan PKR untuk terus memaki hamun kepimpinan Umno dan BN.
Makilah. Malahan, ada Ustaz-ustaz dari PAS berdoa agar Umno dan BN KO. Akhirnya, mereka yang KO. Allah bayar tunai.

Pun, mereka masih tidak sedar diri dan masih terus menyerang Umno dan BN.

Bekas MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengatakan Nabi Mohammad SAW semasa kecilnya, samalah macam Mamat-mamat di kampong. Pun orang PAS tak melenting macam mereka melenting terhadap Tan Sri Muhyiddin yang menasihatkan pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, lebih berhemah dalam menggunakan gula.

Orang PAS akan terus menghasut rakyat. Siang dan malam, mereka berceramah menanam perasaan benci kepada BN dan Umno.

Apa sahaja yang Umno dan BN buat, mereka akan maki, kutuk dan serang. Padahal, kebaikan yang dapat, mereka sama-sama menikmati.

Kalau kerajaan BN buat hospital, bukan penyokong Umno dan BN sahaja yang dapat menggunakannya.

Bila kerajaan buat masjid, orang Umno dan BN (yang beragama Islam) setakat singgah sholat sahaja, tetapi orang-orang PAS gunakan masjid untuk mereka tidur, mereka mandi dan menggunakan segala kemudahan yang ada.

Dalam masa yang sama, Nik Aziz kata Umno sama dengan komunis. Walaupun Nik Aziz sendiri sembayang di masjid yang kerajaan BN buat.

Hari ini, jangan terkejut kalau dengar ceramah orang-orang PAS menyanjung Allahyarham Ustaz Azizan kerana mereka sebenarnya mahu membayar hutang terhadap ustaz Azizan yang mereka hina ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar.

Pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, berhijrahlah. Berani Hijrah dari mengundi PAS kepada mengundi BN akan memberi satu tanda bahawa penghormatan semua kepada Allahyarham yang menerima penghargaan dari pemimpin-pemimpin Umno sendiri. - SUMBER

@PKamalanathan TIDAK BENARKAN KORBAN ATAU MAHU DIKORBANKAN? SILA JAWAB!!!



1. Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
2. Ibadah Qurban adalah ibadat bukannya adat.

3. Tiada kaum2 lain yang hadir ketika sembelihan berlaku, lebih-lebih lagi ianya adalah sewaktu cuti sekolah.

4. Sensitiviti Kaum adalah suatu yang subjektif, jangan dibuka ruang (flood gate) kepada semua kaum perjuangkan isu yang akan hilang kawalan dan sukar untuk dibendung. - WR

MY SLIDESHARE UPLOAD