Tuesday, November 26, 2013

#PRKampus: RINTIHAN @penggerakUM DIDENGARI. #WifiUM BAKAL DINAIKTARAF!! @RazaliIbrahim @tunfaisal


PENGGERAK MAHASISWA UM BERTEMU DATUK SHABERY CHIK UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH #WifiUM.

Logo PENGGERAK MAHASISWA UM
FB: https://www.facebook.com/penggerakmahasiswa
TWITTER: http://twitter.com/penggerakUM
Setelah sekian lama pelajar-pelajar Universiti Malaya merungut kerana kelajuan Wifi di sekitar kampus mereka 'mundur'. Tapi tidak lagi pada selepas ini, kerana Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya telah bersemuka dengan Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Shabery Chik bagi membincangkan tentang masalah ini.

Dipetik dari laman FB Datuk Shabery Chik:

Bersama-sama Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya di KKMM
(Mendengar rintihan perlukan tambahan kelajuan WiFi, Insyallah akan bantu.)
#WifiUM BAKAL DINAIKTARAF.


Terima kasih diucapkan kepada Menteri SKMM kerana sudi mendengar rintihan pelajar ini. Sepanjang kepimpinan Pro-Menipu, pernahkah mereka menitikberatkan apa masalah yang dialami pelajar? Banyak prasarana dirosakkan, akhirnya orang lain juga yang susah-susah. 

PRO-MENIPU TAK PERNAH DENGAR RINTIHAN PELAJAR, HANYA PANDAI SALAHKAN KERAJAAN.

Ingat, fikir masak-masak sebelum undi calon MPP anda nanti. Pilihlah yang berkrediabiliti tinggi dan boleh menjadi 'connection' dikala kita memerlukan. 

TOLAK PRO-MENIPU!!










PANAS: AKHIRNYA, PAS BERSETUJU UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN UMNO!!!


Agak terkejut dan tidak sangka bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi buka mulut untuk bermuzakah bersama UMNO. Alhamdulillah, syukur.

TONTON VIDEO DIBAWAH:


Ini adalah satu permulaan yang baik dan diharap ia dapat membuka mata kepada segelintir penyokong melayu "taksub pakatan" bahawa ini adalah nilai yang patut dibuat bagi mengekalkan majoriti melayu di negara kita.

SOKONG!!

Monday, November 25, 2013

#PRKampus: ADAKAH PRO-MENIPU #UM AKAN BAKAR PONDOK PENGAWAL PADA TAHUN INI?? @ShaberyC @RazaliIbrahim @TunFaisal


Pro-M Universiti Malaya sangat sinonim dengan penipuan. Dibawah adalah infografik mengenai sedikit sebanyak tentang kronologi penipuan mereka ketika beberapa Pilihan Raya Kampus lepas.


Semua retorik dan provokasi yang dicetuskan mereka supaya dapat menarik undi simpati dapat dibongkar dengan mudah. Ini adalah tidak ada satu pun rancangan mereka yang menampakkan itu adalah perancangan insan yang berideologi tahap mahasiswa. Apa lagi penipuan pada tahun ini ye?

4 hari lagi adalah merupakan tarikh bagi pelajar-pelajar Universiti Malaya mengundi barisan MPP baru mereka. Tidakkah anda sayang akan Universiti tertua di Malaysia ini? Kepada pelajar-pelajar yang akan mengundi barisan MPP baru mereka, pilihlah barisan/kepimpinan yang mempunyai sifat PENGGERAK MAHASISWA dan diharap anda tidak agi termakan dengan 'wayang' Pro-M lagi pada Pilihan Raya Kampus kali ini.

Untuk lebih sensasi, klik [SINI]


MY SLIDESHARE UPLOAD