Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PANAS!! USTAZ KAZIM DEDAHKAN PEMIMPIN PAS GELARNYA 'ANAK BABI'!!

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.


Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC

#PAU2013: "SAYA BERBANGGA ADA NEGARA ISLAM SEPERTI MALAYSIA" - AHLI POLITIK HAMAS

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal memberikan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Malaysia di atas sokongan kepimpinan UMNO dan kerajaan Malaysia yang secara berterusan memberikan sokongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin.

VIDEO:




Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, di atas jemputan khas kepada Hamas untuk bersama-sama di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013.

"Kami berasa amat gembira kerana dapat bersama-sama di dalam perhimpunan Agung UMNO ini. Kami juga mengucapkan tahniah kepada UMNO di atas kemenangan pada pilihanraya umum yang lalu.

"Tahniah juga kepada UMNO,kepimpinan kerajaan serta rakyat Malaysia di atas pencapaian cemerlang yang dicapaikan oleh negara ini dan terima kasih di atas segala bantuan, sokongan dan keprihatinan Malaysia yang tidak pernah putus terhadap rakyat Palestin," ujarnya ketika bercakap kepada pemberita di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua delegasi Hamas dijemput untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan agung UMNO, di mana sebelum ini pertubuhan tersebut diwakili Ketua Biro Perhubungan Luar Negara Hamas, Usamah Hamdan pada perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Sementara itu, beliau berharap agar hubungan antara UMNO dan Hamas akan berterusan di dalam usaha untuk membantu rakyat di negara tersebut yang kini sedang ditindas oleh regim Zionis.

"Alhamdulilah perhubungan antara UMNO dan Hamas semakin baik dan kehadiran kami di sini adalah sebagai isyarat kepada perhubungan baik di antara dua parti ini.

"Apa yang nyata, hubungan antara Malaysia dan juga rakyat Palestin yang terjalin hari ini merupakan satu perhubungan yang tidak ada galang gantinya,"jelasnya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan perkembangan Malaysia di bawah pemerintahan UMNO sebagai tulang belakangnya, di mana pelbagai pencapaian baik dari sudut politik, ekonomi dan juga teknologi yang semakin berkembang.

"Sebagai seorang muslim, kami berbangga dengan adanya negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pencapaian yang begitu cemerlang dari pelbagai sudut, dan kami benar-benar berharap agar kami dapat belajar dan menimba pengalaman dari Malaysia," jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza bari-baru ini dan berharap agar lawatan seperti itu dapat diteruskan bagi membina hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Palestin.

"InsyaAllah, selepas ini kami akan membawa anda melawat Jurusalem dan Al Quds setelah Palestin berjaya mendapat kemerdekaan dan bebas sepenuhnya daripada jajahan dan taklukan Israel,"akhiri beliau. - UMNO Online

#PAU2013 BERMULA.. SELAMAT BERSIDANG KEPADA 5,726 PERWAKILAN!!!


Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula hari ini dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan. Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada pukul 9 pagi dengan tajuk 'When PowerIs Might Is There Hope For Global Moderation'.

Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu. Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD