Saturday, December 21, 2013

RANCANGAN PM @NajibRazak UNTUK TAHUN 2014-2017 DIDEDAHKAN?

TRANSFORMASI POLITIK

Tahun 2013 sudah berada dipenghujung, tahun 2014 pula sedang menjengah jendela rakyat dengan seribu satu cabaran. Tatkala ramai di kalangan rakyat kian mengeluh dengan kenaikan demi kenaikan atas alasan rasionalisasi subsidi yang direncanakan 'pakar ekonomi' negara yang dipelopori PEMANDU, EPU yang diketuai oleh Idris Jala , Wahid Omar dan beberapa korporat swasta yang dibawa masuk kepimpinan DS Najib ke dalam pentadbiran kerajaan, jentera penyokong alam maya juga sudah mula mengeluh dan hilang semangat . Ia dapat dilihat dalam penulisan-penulisan mereka. 

Meskipun DS Najib menyedari tindakan-tindakan ini adalah tidak baik dan tidak populis sekaligus boleh dilihat sebagai boleh membunuh momentum sokongan rakyat terhadap parti yang diketuainya, DS Najib terus menerus melaksanakan apa yang dirasanya 'PERLU' buat negara. Bohonglah jikalau pentadbiran DS Najib membisu dan memekakkan telinga terhadap keluhan-keluhan ini kerana ia akan menjadi faktor-faktor penentu kemenangan-kekalahan UMNO Barisan Nasional pada PRU 14.

Aku yakin , DS Najib punyai agenda dan strategi yang ampuh untuk melakukan 'pembetulan politik' bagi fasa 2014-2017. Apa yang dilihat ketika ini adalah pentadbiran DS Najib terus menerus melakukan 'pembetulan ekonomi' buat negara. Mungkin rakyat ketika ini memerlukan sedikit kesabaran bagi mengharungi zaman Kenaikan Barang sebelum zaman menerima Habuan tiba. Percaya lah pentadbiran DS Najib tidak segila dan sebodoh sepertimana yang dijangka pembangkang. Namun pentadbiran DS Najib perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang sangat tidak memihak kepada mereka. Janganlah melakukan kesilapan sehingga membuat perkara-perkara yang tidak mencerminkan 'pembetulan ekonomi' sedang dijalankan seperti parti-parti keraian yang mewah, perbelanjaan peribadi pemimpin-pemimpin yang di luar kotak pemikiran orang-orang kampung, isu rasuah, projek-projek Kerajaan yang terbengkalai dan sebagainya. - MyHomeSoil

#KonsertDestini: PENANGAN ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA GAMATKAN DATC #UiTM SHAH ALAM!!


Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM Shah Alam yang menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Jaclyn Victor, Hafiz, Awie, Amy dan Adira mengamatkan suasana Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) dengan kehadiran ribuan penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM serta badan-badan korporat.


Awie ketika mendendangkan lagu Sejati & Terima Kasih Sayang


Konsert amal yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 dan 21 Disember ini bertujuan mengumpul dana Tabung Pendidikan Destini Anak Bangsa iaitu sebuah tabung amanah bagi membantu anak-anak lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma di UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). -MyMahasiswa

NANTIKAN HARI KE-2 MALAM INI!!!

IHSAN BLOG YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

Friday, December 20, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: AIDA DICERAI PULAK? MANA SATU BETUL NI?

Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.

“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD