Showing posts with label transformasi. Show all posts
Showing posts with label transformasi. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

RANCANGAN PM @NajibRazak UNTUK TAHUN 2014-2017 DIDEDAHKAN?

TRANSFORMASI POLITIK

Tahun 2013 sudah berada dipenghujung, tahun 2014 pula sedang menjengah jendela rakyat dengan seribu satu cabaran. Tatkala ramai di kalangan rakyat kian mengeluh dengan kenaikan demi kenaikan atas alasan rasionalisasi subsidi yang direncanakan 'pakar ekonomi' negara yang dipelopori PEMANDU, EPU yang diketuai oleh Idris Jala , Wahid Omar dan beberapa korporat swasta yang dibawa masuk kepimpinan DS Najib ke dalam pentadbiran kerajaan, jentera penyokong alam maya juga sudah mula mengeluh dan hilang semangat . Ia dapat dilihat dalam penulisan-penulisan mereka. 

Meskipun DS Najib menyedari tindakan-tindakan ini adalah tidak baik dan tidak populis sekaligus boleh dilihat sebagai boleh membunuh momentum sokongan rakyat terhadap parti yang diketuainya, DS Najib terus menerus melaksanakan apa yang dirasanya 'PERLU' buat negara. Bohonglah jikalau pentadbiran DS Najib membisu dan memekakkan telinga terhadap keluhan-keluhan ini kerana ia akan menjadi faktor-faktor penentu kemenangan-kekalahan UMNO Barisan Nasional pada PRU 14.

Aku yakin , DS Najib punyai agenda dan strategi yang ampuh untuk melakukan 'pembetulan politik' bagi fasa 2014-2017. Apa yang dilihat ketika ini adalah pentadbiran DS Najib terus menerus melakukan 'pembetulan ekonomi' buat negara. Mungkin rakyat ketika ini memerlukan sedikit kesabaran bagi mengharungi zaman Kenaikan Barang sebelum zaman menerima Habuan tiba. Percaya lah pentadbiran DS Najib tidak segila dan sebodoh sepertimana yang dijangka pembangkang. Namun pentadbiran DS Najib perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang sangat tidak memihak kepada mereka. Janganlah melakukan kesilapan sehingga membuat perkara-perkara yang tidak mencerminkan 'pembetulan ekonomi' sedang dijalankan seperti parti-parti keraian yang mewah, perbelanjaan peribadi pemimpin-pemimpin yang di luar kotak pemikiran orang-orang kampung, isu rasuah, projek-projek Kerajaan yang terbengkalai dan sebagainya. - MyHomeSoil

Friday, September 13, 2013

JIKA AKAR UMBI GAGAL. MAKA, GAGAL LA SELAMANYA #TransformasiUMNO #TF4MT @Zahid_Hamidi @tunfaisal


TRANSFORMASI UMNO DINILAI DI BAHAGIAN DAN CAWANGAN, BUKAN DI PUSAT

Ahli di peringkat cawangan dan bahagian yang menentukan pemimpin macam mana yang akan diangkat ke dalam `pool' kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Jika mereka memilih pemimpin yang baik di bahagian, maka, pemimpin yang baik yang akan mengisi tampuk kepimpinan negeri dan pusat. Jika pemimpin yang bermasalah yang mereka pilih, maka, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengisi kepimpinan negeri dan ahli-ahli UMNO tidak mungkin mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan di peringkat Pusat. Ahli UMNO dari bahagian lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada undi melainkan di bahagian mereka sahaja. Pilihan untuk mengangkat dan menyingkirkan pemimpin di peringkat bahagian adalah hak dan pilihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Maka gunakanlah pilihan itu sebaik-baiknya.... - TUNFAISAL DOT COM-

WAWANCARA BERSAMA ANTARA POS

Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.
"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

"Cuma mereka kena buat pilihan sama ada pilihan mereka menaikkan seseorang pemimpin itu adalah kerana parti dan perjuangan agama bangsa dan negara, ataupun kerana pemimpin itu boleh memberi pulangan dari segi material, sumbangan dan sebagainya.

"Maksudnya mereka kena bezakan, di peringkat cawangan sekalipun, adakah pemimpin yang mereka pilih beri nilai tambah kepada parti atau sebenarnya mereka pilih calon ini kerana kepentingan mereka sendiri,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau diminta mengulas gesaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ang meminta perwakilan parti menolak pemimpin “warlords” atau “demang politik” yang membolot wang, kuasa serta bertelagah sesama sendiri pada pemilihan Umno Oktober depan.

Zahid dalam akhbar New Straits Times hari ini berkata, golongan demang politik berkenaan adalah duri dalam daging kepada perjuangan parti serta menjadi penghalang kepada usaha Umno untuk memperkukuhkan diri.

Tun Faisal yang bersetuju dengan pandangan Zahid berkata, perubahan dalam Umno hanya boleh dilakukan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin parti itu untuk mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi.

Katanya lagi, pemimpin yang mengutamakan jawatan dan kuasa memang seharusnya ditolak kerana akan memberikan implikasi yang buruk kepada parti seterusnya menjejaskan usaha parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.

"Kerana dikhuatiri ianya akan menjadi wabak yang akan memperlihatkan Umno terlalu sinonim dengan politik wang sedangkan realitinya kebelakangan ini pembersihan demi pembersihan dibuat yang mana boleh dikatakan hari ini imej Umno agak bersih dari segi imej politik wang.

"Jadi kalau ada elemen yang sebegini, sewajarnya perwakilan menolak pemimpin yang mempunyai pendekatan yang sedemikian,"katanya. - ANTARA POS

Saturday, March 23, 2013

#Transformasi Let's Transform #WeLovePM To #WeLoveBN !!


Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan "I Love PM" yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada "I Love BN" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.

"Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Rimbunan Kasih di Tanjung Besar di sini hari ini. - UTUSAN

Wednesday, March 20, 2013

#PRU13: SENARAI TARIKH PEMBUBARAN DUN. SIAPA BAKAL JADI KERAJAAN?


Jika dilihat kembali gambar dibawah, tarikh yang dipaparkan adalah menunjukkan bahawa tarikh keramat PRU-13 paling lewat sekali ialah lebih kurang sebulan lagi. Dah sedia nak mengubah destini kita untuk 5 tahun akan datang? Pastikan anda tidak salah memilih dan kita sendiri sudah lihat apa yanf berlaku sepanjang penggal ini. Anda mahukan Transformasi atau Reformasi? Adakah anda mahu hidup dengan turun ke jalanan untuk bersuara atau anda mahukan keselesaan seperti yang dinikmati sekarang diteruskan? Cth: Dapat BR1M setiap tahun



Tarikh Pembubaran Parlimen dan DUN Secara Automatik Pada yang belum tahu, foto di bawah menunjukkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri. 
Manakala parlimen bubar secara automatik pada 30 April 2013 jika parlimen masih tidak dibubarkan sebelum tarikh tersebut bagi membolehkan PRU 13 dilangsungkan.
Elok umum awal-awal, senang sikit rakyat Malaysia yang merantau nak plan cuti untuk balik mengundi. 
Doa banyak-banyak supaya esok atau lusa PM akan umum tarikh bubar parlimen, kalau tak tunggu esok pulak, dan begitulah seterusnya ya? 
Ingatkan malam tadi nak umum tarikh pembubaran, tapi andaian meleset. Apapun bila tiba tarikh tersebut jadilah pengundi yang bijak. Bijak memilih negara bersih!!!!


Tepuk dada, tanya iman... Mana pilihan anda?


ATAU


Renung-renungkan............

MY SLIDESHARE UPLOAD