TRANSFORMASI POLITIK
Tahun 2013 sudah berada dipenghujung, tahun 2014 pula sedang menjengah jendela rakyat dengan seribu satu cabaran. Tatkala ramai di kalangan rakyat kian mengeluh dengan kenaikan demi kenaikan atas alasan rasionalisasi subsidi yang direncanakan 'pakar ekonomi' negara yang dipelopori PEMANDU, EPU yang diketuai oleh Idris Jala , Wahid Omar dan beberapa korporat swasta yang dibawa masuk kepimpinan DS Najib ke dalam pentadbiran kerajaan, jentera penyokong alam maya juga sudah mula mengeluh dan hilang semangat . Ia dapat dilihat dalam penulisan-penulisan mereka.
Meskipun DS Najib menyedari tindakan-tindakan ini adalah tidak baik dan tidak populis sekaligus boleh dilihat sebagai boleh membunuh momentum sokongan rakyat terhadap parti yang diketuainya, DS Najib terus menerus melaksanakan apa yang dirasanya 'PERLU' buat negara. Bohonglah jikalau pentadbiran DS Najib membisu dan memekakkan telinga terhadap keluhan-keluhan ini kerana ia akan menjadi faktor-faktor penentu kemenangan-kekalahan UMNO Barisan Nasional pada PRU 14.
Aku yakin , DS Najib punyai agenda dan strategi yang ampuh untuk melakukan 'pembetulan politik' bagi fasa 2014-2017. Apa yang dilihat ketika ini adalah pentadbiran DS Najib terus menerus melakukan 'pembetulan ekonomi' buat negara. Mungkin rakyat ketika ini memerlukan sedikit kesabaran bagi mengharungi zaman Kenaikan Barang sebelum zaman menerima Habuan tiba. Percaya lah pentadbiran DS Najib tidak segila dan sebodoh sepertimana yang dijangka pembangkang. Namun pentadbiran DS Najib perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang sangat tidak memihak kepada mereka. Janganlah melakukan kesilapan sehingga membuat perkara-perkara yang tidak mencerminkan 'pembetulan ekonomi' sedang dijalankan seperti parti-parti keraian yang mewah, perbelanjaan peribadi pemimpin-pemimpin yang di luar kotak pemikiran orang-orang kampung, isu rasuah, projek-projek Kerajaan yang terbengkalai dan sebagainya. - MyHomeSoil
No comments:
Post a Comment