Saturday, January 4, 2014

BENARKAH @NajibRazak BELI JET PERIBADI? INI KENYATAAN @PMOMalaysia


Tidak ada pesawat khas baru (yang disebut sebagai jet peribadi oleh blogers di laman web dan media sosial) yang dibeli oleh kerajaan Persekutuan mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan beberapa penulis blog di internet.

Sebaliknya terdapat beberapa fakta yang salah dan tidak tepat berhubung laporan penggunaan pesawat khas kerajaan untuk Perdana Menteri dalam laporan blog-blog berkenaan, tegas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat.


Dalam kenyataan itu, PMO menjelaskan kerajaan sebelum ini memiliki lima buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900.


Semua lima pesawat khas kerajaan itu diperuntukkan untuk kegunaan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan-sultan, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang-orang kenamaan.

"Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan," jelas PMO dalam kenyataan itu, sekaligus bermakna tinggal empat buah sahaja pesawat khas yang dimilki oleh kerajaan.

Bagaimanapun pada tahun lepas, dua buah pesawat telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib.
Pesawat BBJ dihantar untuk penyelenggaraan di antara Januari hingga Julai 2013.
Manakala pesawat ACJ319 yang menggunakan nombor pengenalan (call sign) 9M-NAA diekornya pula diselenggara, termasuk dicat semula di antara 15 Jun hingga 8 Oktober tahun yang sama.

Untuk rekod, ACJ319 adalah pesawat rasmi yang sering dilihat digunakan oleh Najib dan beroperasi menggunakan nama "NR1" atau "Perdana 1".

Sejajar dengan perkara itu, bagi menampung kekurangan pesawat khas, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain iaitu ACJ A320.



Pesawat ACJ A320 yang menggunakan call sign 9H-AWK diekornya itu disewa di antara 1 Februari hingga 31 Disember 2013 setelah pesawat BBJ didapati memerlukan lebih masa untuk diselenggara, jelas kenyataan PMO itu lagi.

Pesawat ACJ320 yang disewa inilah yang dilaporkan oleh beberapa laman blog beroperasi menggunakan nama "Perdana 2″ atau "NR2″ dan disertakan ulasan huruf berkenaan "kebetulan sama dengan singkatan nama Najib" -- sekaligus mencetuskan persepsi kononnya ia pesawat peribadi yang baru dibeli Najib.

Kenyataan PMO itu bagaimanapun tidak menyebut semua empat pesawat khas kerajaan atau sebuah yang disewa itu boleh diluluskan untuk kegunaan mana-mana individu bagi tujuan peribadi, termasuk oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. - BNBBC

Friday, January 3, 2014

[VIDEO] HIMPUNAN #TURUN #GulingKerajaan DIANJURKAN KHAS UNTUK @rafiziramli BUAT 'COME BACK'?

Berkait entri saya sebelum ini, rujuk (SINI) dan (SINI)..


VIDEO dari Channel Youtube BNBBC:


Daripada video tersebut, jelas menunjukkan bahawa taktik Rafizi Ramli sama sekali GAGAL dan berjaya membuktikan bahawa dia adalah seorang 'mastermind yang gagal'. Penerangan penuh telah dijelaskan oleh suara latar dalam video ini. Sila dengar betul-betul.


KISAH RAFIZI DAN BUDAK GEMBALA

Air laut pun ada pasang surut tetapi Rafizi Ramli cukup bimbang beliau hilang glamour selepas isu National Fidlot Centre (NFC).

Pengarah Strategi PKR itu juga tidak mahu hilang sanjungan oleh rakan-rakan dalam parti juga dalam Barisan Nasional (BN) sehingga ada memberinya gelaran sebagai whistle blower.

Beliau juga macam tidak peduli apabila kena dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu mendedahkan penyata bank National Feedlot Corporation (NFCorp), yang melibatkan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
RAFIZI ingin terus jadi tumpuan

Justeru itu, ahli parlimen Pandan akan buat bising apa sahaja isu yang beliau rasa boleh julang namanya.

Namun, banyak pendedahan beliau memakan diri atau terkantoi kerana fakta tidak benar dan tidak tepat.

Sejak itu, kredibiliti beliau mula terhakis apabila pelbagai isu yang cuba dibongkarkan akhirnya memakan diri sendiri Cuma caranya Rafizi apabila sudah kantoi beliau akan beralih isu lain..

Rafizi sebelum ini pernah mendakwa bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyalahgunakan kuasanya dan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung isu Awan Megah Sdn Bhd.

Berang dengan tuduhan tersebut, Zahid mengambil keputusan untuk saman Rafizi sebanyak RM10 juta.

Rafizi kemudiannya menarik balik kenyataan beliau.

Bgaimanapun Rafizi dengan bongkak mengatakan tindakan beliau menarik balik tidak bererti beliau meminta maaf. Mungkin ini sifat Melayu yang tidak ada adab tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan memohon maaf.

Berhubung dengan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia, Rafizi tanpa memahami kaedah laporan tersebut terus mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan angka GFI adalah luar jangkaan kerana penggiraannya tidak ambil kira perbezaan perdagangan terkumpul menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Mungkin Rafizi rasa segala pendedahannya bagus dan benar belaka

Justeru itu, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang manyatakan penyalahgunaan wang sebanyak RM174 billion adalah disebabkan oleh penentuan harga perdagangan yang salah dan bukannya kerana jenayah mahupun rasuah.

Dalam hal ini sebenarnya, Rafizi cuba menutup kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang aktif di dunia dan mengalihkan kepada isu kononnya Malaysia mengeksport modal haram.

Rafizi meneruskan siri pendedahan tahun 2013 beliau dengan mengaitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan kes sogokan wang berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih hanya berdasarkan pendedahan akuan bersumpah (SD) setebal 31 muka surat yang dibuat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tidak terkejut dengan dakwaan tersebut, Abdul Gani bersetuju beri surat kuasa bagi memudahkan Rafizi memeriksa akaun bank miliknya di mana-mana negara.

Bagi menutup malu pendedahan beliau kantoi lagi, beliau segera menegaskan sekiranya hasil pencarian bukti beliau gagal menunjukkan sebarang salahlaku Abdul Gani, Timbalan Pendakwaraya kes liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah perlu meminta maaf kepada Peguam Negara itu.

Ini sudah pelik, Rafizi yang bersungguh-sungguh mendedahkan penyelewengan Peguam Negara, sudah kantoi orang lain pula perlu minta maaf.

Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Aziah Ali sebelum ini telah membuat keputusan bahawa SD tersebut bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Penutup siri pendedahan kantoi Rafizi adalah isu laporan Bank Dunia yang mengatakan kerajaan menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga meminta supaya satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu tersebut.

Rafizi tidak sedar bahawa kenyataan yang disebutkannya itu adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013 di mana sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014.

Manakala Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya menjelaskan, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya dan inisiatif ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008.

Rakyat Malaysia terutamanya penyokong pembangkang seharusnya sudah boleh berfikir dengan matang sama ada untuk mempercayai atau tidak kata-kata pemimpin di mana integriti dan kredibilitinya sudah musnah sama sekali.

Banyak lagi cerita-cerita kantoi Rafizi sepanjang 2013 yang rakyat sudah maklum dan menjelang 2014 ini pula Rafizi dah set akan lebih kerap adakan sidang media untuk bangkitkan macam-macam semasa.

Perihal Rafizi ini mengingatkan cerita budak gembala dengan serigala. Ramai tahu apa jadi pada budak gembala itu apabila terlalu kerap membohongi orang kampung dengan mendakwa ternakannya dibaham serigala.

Akhirnya, apabila serigala betul-betul membaham ternakannya dan beliau menjerit meminta tolong, orang kampung tidak percaya lagi. - BNBBC

Thursday, January 2, 2014

#TanyaIbdil: SUDAH TIBA MASA @ibdil UNDUR DIRI SEBELUM DIUNDURKAN!!

Ibdillah Ishak - Jelas terpampang bahawa seorang Exco merangkap Pengerusi Biro Media Baru bagi Ejen Pendesak (Pergerakan Pemuda) bagi parti keramat Melayu - UMNO, adalah seorang yang bodoh sombong, malas, pemalas, tidak bertanggungjawab dan yang paling mengecewakan ialah - TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN

Daripada apa yang saya dapat kesan melalui 'updates' di akaun Instagram dan Twitter (Facebook - mungkin 'on the way' sebab dah dekat DUA MINGGU dia masih tidak approve friend request yang saya hantarkan). Saya lihat Ibdil ini adalah individu yang sentiasa merasakan dirinya macho dan masih khayal dibuai dengan 'Lifestyle' yang dia amalkan, 

Apa yang saya boleh tekankan disini ialah Ibdil adalah individu yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DAN SUDAH TIBA MASA DIA BERUNDUR SEBELUM DIUNDURKAN.

Desas desus ada mengatakan bahawa Ibdil telah pun menerima 'Bad-Signal' oleh 'Chief' Pemuda UMNO, iaitu YBhg Khairy Jamaluddin disebabkan kegagalannya melaksanakan tugas, sekaligus daripada apa yang dibuatnya ini telah menghilangkan bisa pejuang media maya Pro-UMNO. Setuju?

Saya pelik dan tertanya, kemana Ibdil pergi ketika puak pembangkang sedang berhimpun untuk 'menggulingkan' kerajaan? Adakah dirumah? Diluar negara? atau sedang asyik menghisap cigar lagi? 

Saya tak henti 'monitor' hashtags #GulingKerajaan di Twitter, namun sangat mengecewakan kerana tiada walau SATU pun tweet daripadanya. Ini adalah sangat memalukan!! 

P/S: Jom baca baik punya cerita daripada kawan aku...

DOUBLE-Y: 
Misteri kehilangan Pengerusi Biro Media Baru Ibdillilah Ishak pada malam menjelang Tahun Baru 2014 iaitu malam puak haram jadah PR berhimpun konon mahu gulingkan kerajaan telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada penggiat dan aktivis media sosial pro UMNO. 

Malah tarikh akhir kemaskini akaun Twitter dan Instagram milik Ibdil seminggu yang lalu turut memperlihatkan tiada sebarang maklumat atau informasi yang boleh digunakan oleh aktivis media sosial pro BN untuk mempertahankan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak.

Selain itu, Ibdil juga telah 'diperjelaskan' mengenai tugas/tanggungjawabnya selaku Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia oleh rakan saya tersebut. 

Petikan artikel:

Selaku Pengerusi, Ibdil sepatutnya malu kerana kebanyakkan kemaskini mengenai Himpunan Turun diperolehi daripada pengendali-pengendali portal dan juga rakan bloggers serta facebookers yang turun membuat liputan atas dasar sayang kepada BN. 
Di mana maruah Pengerusi Biro Media Baru apabila tiada seorang pun para sukarelawan yang turun membuat liputan malam tadi mewakili Biro Media Baru Pemuda UMNO?

Jika Ibdil tidak mengambil langkah drastik merangka hala tuju Biro Media Baru dalam masa terdekat dengan mengadakan pertemuan bersama setiap kumpulan aktivis media sosial pro BN, tidak mustahil situasi perang siber bakal menyaksikan jentera BN kembali ketinggalan. 
Kegagalan Ibdil menggerakkan Biro Media Baru di saat kerajaan pimpinan PM DS Najib Tun Razak dianggap perkara yang memalukan institusi pemuda serta barisan kepimpinan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin. 
Sepatutnya Ibdil membuktikan kemampuannya selaku Pengerusi BMB dengan menjadikan Himpunan Guling/TURUN malam tadi sebagai 'tasking' pertama untuk Biro Media Baru Pemuda UMNO pusat di bawah pimpinannya.

MY SLIDESHARE UPLOAD