Friday, January 3, 2014

[VIDEO] HIMPUNAN #TURUN #GulingKerajaan DIANJURKAN KHAS UNTUK @rafiziramli BUAT 'COME BACK'?

Berkait entri saya sebelum ini, rujuk (SINI) dan (SINI)..


VIDEO dari Channel Youtube BNBBC:


Daripada video tersebut, jelas menunjukkan bahawa taktik Rafizi Ramli sama sekali GAGAL dan berjaya membuktikan bahawa dia adalah seorang 'mastermind yang gagal'. Penerangan penuh telah dijelaskan oleh suara latar dalam video ini. Sila dengar betul-betul.


KISAH RAFIZI DAN BUDAK GEMBALA

Air laut pun ada pasang surut tetapi Rafizi Ramli cukup bimbang beliau hilang glamour selepas isu National Fidlot Centre (NFC).

Pengarah Strategi PKR itu juga tidak mahu hilang sanjungan oleh rakan-rakan dalam parti juga dalam Barisan Nasional (BN) sehingga ada memberinya gelaran sebagai whistle blower.

Beliau juga macam tidak peduli apabila kena dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu mendedahkan penyata bank National Feedlot Corporation (NFCorp), yang melibatkan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
RAFIZI ingin terus jadi tumpuan

Justeru itu, ahli parlimen Pandan akan buat bising apa sahaja isu yang beliau rasa boleh julang namanya.

Namun, banyak pendedahan beliau memakan diri atau terkantoi kerana fakta tidak benar dan tidak tepat.

Sejak itu, kredibiliti beliau mula terhakis apabila pelbagai isu yang cuba dibongkarkan akhirnya memakan diri sendiri Cuma caranya Rafizi apabila sudah kantoi beliau akan beralih isu lain..

Rafizi sebelum ini pernah mendakwa bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyalahgunakan kuasanya dan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung isu Awan Megah Sdn Bhd.

Berang dengan tuduhan tersebut, Zahid mengambil keputusan untuk saman Rafizi sebanyak RM10 juta.

Rafizi kemudiannya menarik balik kenyataan beliau.

Bgaimanapun Rafizi dengan bongkak mengatakan tindakan beliau menarik balik tidak bererti beliau meminta maaf. Mungkin ini sifat Melayu yang tidak ada adab tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan memohon maaf.

Berhubung dengan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia, Rafizi tanpa memahami kaedah laporan tersebut terus mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan angka GFI adalah luar jangkaan kerana penggiraannya tidak ambil kira perbezaan perdagangan terkumpul menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Mungkin Rafizi rasa segala pendedahannya bagus dan benar belaka

Justeru itu, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang manyatakan penyalahgunaan wang sebanyak RM174 billion adalah disebabkan oleh penentuan harga perdagangan yang salah dan bukannya kerana jenayah mahupun rasuah.

Dalam hal ini sebenarnya, Rafizi cuba menutup kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang aktif di dunia dan mengalihkan kepada isu kononnya Malaysia mengeksport modal haram.

Rafizi meneruskan siri pendedahan tahun 2013 beliau dengan mengaitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan kes sogokan wang berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih hanya berdasarkan pendedahan akuan bersumpah (SD) setebal 31 muka surat yang dibuat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tidak terkejut dengan dakwaan tersebut, Abdul Gani bersetuju beri surat kuasa bagi memudahkan Rafizi memeriksa akaun bank miliknya di mana-mana negara.

Bagi menutup malu pendedahan beliau kantoi lagi, beliau segera menegaskan sekiranya hasil pencarian bukti beliau gagal menunjukkan sebarang salahlaku Abdul Gani, Timbalan Pendakwaraya kes liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah perlu meminta maaf kepada Peguam Negara itu.

Ini sudah pelik, Rafizi yang bersungguh-sungguh mendedahkan penyelewengan Peguam Negara, sudah kantoi orang lain pula perlu minta maaf.

Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Aziah Ali sebelum ini telah membuat keputusan bahawa SD tersebut bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Penutup siri pendedahan kantoi Rafizi adalah isu laporan Bank Dunia yang mengatakan kerajaan menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga meminta supaya satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu tersebut.

Rafizi tidak sedar bahawa kenyataan yang disebutkannya itu adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013 di mana sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014.

Manakala Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya menjelaskan, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya dan inisiatif ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008.

Rakyat Malaysia terutamanya penyokong pembangkang seharusnya sudah boleh berfikir dengan matang sama ada untuk mempercayai atau tidak kata-kata pemimpin di mana integriti dan kredibilitinya sudah musnah sama sekali.

Banyak lagi cerita-cerita kantoi Rafizi sepanjang 2013 yang rakyat sudah maklum dan menjelang 2014 ini pula Rafizi dah set akan lebih kerap adakan sidang media untuk bangkitkan macam-macam semasa.

Perihal Rafizi ini mengingatkan cerita budak gembala dengan serigala. Ramai tahu apa jadi pada budak gembala itu apabila terlalu kerap membohongi orang kampung dengan mendakwa ternakannya dibaham serigala.

Akhirnya, apabila serigala betul-betul membaham ternakannya dan beliau menjerit meminta tolong, orang kampung tidak percaya lagi. - BNBBC

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive