Monday, January 27, 2014

TIDAK ADIL!!! PERIBADI @NajibRazak DISERANG BOLEH, BILA @n_izzah KENA SERANG MAHU 'PRIVACY?


Berikut adalah antara luahan hati oleh bekas suami kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim sepanjang kontroversi mereka.(SINI)
Gambar semasa majlis perkahwinan Nurul Izzah & Raja Shahrir
1 Januari:
  • "Take care sayang, sleep tight Izzah, my Princess of the misty light; New resolution, for the upcoming; New year, new dawn, new beginning". (Jaga diri sayang, tidur lena Izzah, Puteriku dalam cahaya yang berkabus; Azam baharu untuk tahun baharu; Fajar baharu, permulaan baharu)
29 Disember:
  • "mulanya duka kini lara teman tiada hanyalah sendu bila rindu mula membara itulah tanda cinta padu"
27 Disember:
  •  "Almighty God, it is only to You I depend on to hear and answer my sincere and heartfelt prayers. Grant me this and I will be forever grateful" (Tuhan yang Maha Kuasa, hanya kepada Engkaulah aku berserah untuk mendengar dan memakbulkan doa-doaku yang jujur dan tulus ikhlas. Makbulkan doaku dan aku akan bersyukur buat selama-lamanya)

  • "Sesungguhnya kehidupan ini bukan mudah, kita sama-sama kuatkanlah iltizam untuk memperbaiki keadaan, Allah akan menghulurkan bantuan-Nya pada kita".

  • "Turunkanlah kasih sayang pada hamba-Mu dan keluarga hamba-Mu ini, kuatkanlah ikatan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat kami".
     
  • "Lindungilah kami dari pengaruh syaitan yang direjam dan bantulah kami hamba-hamba-Mu agar memahami dan mendalami agama-Mu secara ikhlas"
  •  
  • "God is Great, to Him we submit. Our lives, choices and feelings are of Your grace. Hear out your humble servant, let not she be disgraced"  (Tuhan Maha Besar, kepada-Nya kita berserah. Hidup, pilihan dan perasaan kami bergantung kepada sifat Maha Pemurah-Mu. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini, jangan biarkan dia dimalukan).
19 Disember:
  • "Simbahan cahaya bulan mengembang, Bayangan sebalik pokok gaharu, Kalau bahaya menimpa abang, Jagalah Harith, Safiyah semampu"
18 Disember:
  • "Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak"
9 Disember:
  • "Aku memohon pada-Mu agar hati yang keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami."
3 Disember:
  • "Lancang kuning lancang pusaka, Nampak dari Tanjung Tuan, Kalau kering laut Melaka, Barulah saya lupakan puan".
29 November:
  • "Masuk hutan berburu musang, Musang mati diselit seluar, Macam mana hati tak bimbang, Ayam di sangkar disambar ular".
29 November:
  • "Akar nibong meresap-resap, Tanah Segambut dibawa perahu, Kampung terbakar keluar asap, Hati terbakar siapa yang tahu".
28 November:
  • "Mendoa mengenang arwah tok yan, Bertongkat dagu membawa diri, Mata mengantuk mahu dilayan, Mengharap rindu si tuan puteri."
Bukan niat nak campur nak campur hal peribadi mereka, tetapi ini adalah kerana ada pihak yang menafikan penceraian tersebut. Padahal, ini bukannya keaiban, tetapi TAKDIR.

BERIKUT ADALAH DOKUMEN PENCERAIAN NURUL IZZAH:

 



ULASAN: PEMBANGKANG DENGAN BEBAS MENYERANG PERIBADI KELUARGA PM. SALAH SATUNYA ADALAH ISU RUMAH RM110 JUTA DI NEW YORK.

Printscreen dari blog OMAKKAU
RUJUK (SINI) UNTUK ENTRI PENUH
 TETAPI 

APABILA PEMIMPIN PEMBANGKANG KENA, MEREKA MAHU 'PRIVACY'? APAKAH INI BALASAN TERHADAP PERKARA BURUK YANG DIBUAT MEREKA?

Rujukan: HARAKAH DAILY
Adakah ini adil? Sudah tentu tidak bukan? Pihak pembangkang tidak patut melakukan sebegitu, manakala sentimen yang dikeluarkan oleh bloggers pro-UMNO tidak langsung memburukkan keperibadian pemimpin mereka. Sila baca DiBAWAH:

SOURCE:
Pantun Blogger Sangkakala untuk dijadikan iktibar oleh Nurul Izzah:

Jangan cuba menumbuk lesung..
Jika alu tiada di tangan..
Jika benar Izzah terpesong..
Harap kembali ke pangkal jalan.

Perahu naga mudik ke hulu..
Singgah bermalam di tanjung tuan..
Mungkinkah Izzah bertindak melulu..
Hingga tergadai hubungan perkahwinan.

Singgah bermalam di tanjung tuan..
Anak ayam mati berlaga..
Pengundi dikejar untuk habuan..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga.

Anak ayam mati berlaga..
Mati berlaga di dalam kepok..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga..
Bagaimana pula pengundi selonggok.


Sama-sama kita doakan semoga Nurul dapat mempertahankan keluarganya dan kembali ke jalan yang benar. Doa kita agar Nurul akan mengutamakan dan menyelamatkan keluarganya. Tak perlulah terlalu mengejar dan tamakkan pangkat dan kuasa, Tak perlulah mengutamakan politik. Pengundi Lembah Pantai pun dahulu ramai yang mengadu tidak terjaga dan jarang dilawati Nurul, jangan sampai keluarga pun terubang ambing. Jangan biarkan anak-anak dan keluarga menjadi mangsa politik. Belajarlah dari pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh keluarga Nurul disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh bapa Nurul sendiri, Anwar Ibrahim dan juga belajarlah dari pengalaman pahit yang melanda anak-anak, adik beradik dan keluarga `uncle kesayangan' Nurul, Azmin Ali. Amiiin....

P/S: Hope semuanya berjalan lancar dan saya berdoa agar keadaan rumah tangga Izzah kembali OK.

Saturday, January 25, 2014

TERLANJUR: KENAPA PEMBANGKANG BOLEH BUAT RUMAH PEMULIHAN TETAPI KERAJAAN TAK BOLEH?


Adakah anda masih ingat tentang apa yang dilakukan DS Rosmah, isteri kepada Perdana Menteri pada 1 Oktober 2010? Saya percaya, mungkin majoriti daripada anda tidak ingat kan?

Menurut sumber blog rakan, Gelombang Kick:

Pada 1 Oktober 2010, Rosmah dilaporkan akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari.
Rosmah berkata, "Satu pendekatan saintifik dan sistematik perlu dicontohi dari negara-negara lain bagi menubuhkan pusat seperti ini di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun menurut Rosmah, ianya terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan pusat itu, namun pusat itu amat diperlukan bagi melindungi remaja serta anak mereka supaya disemai dengan benih perpaduan, jati diri, akhlak mulia dan nilai agama tinggi.

"Sekiranya dapat ditubuhkan, kita perlu mengolahkan pendekatan itu mengikut budaya dan pemikiran negara kita," katanya.

Rosmah juga meminta agar keutamaan diberikan dari segi mengasuh, mendidik dan membimbing kanak-kanak sejak kecil supaya mereka menjadi individu yang sempurna apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan Sekolah Harapan Ali Rustam yang dikritik rakus pihak pembangkang

Dengan ikhlas hati saya nyatakan bahawa saya sokong dan puji dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Selangor ini..

TETAPI

Bukan niat saya mahu mempertikai usaha murni ini. Tengoklah sendiri apa yang dilakukan pihak pembangkang ketika 'adik beradik' pihak kerajaan mahu melakukan benda yang sama satu tahun lepas? Semuanya mengkritik hebat dan penuh tentangan. Ada yang mengatakan bahawa usaha itu tidak berasas. HAHAHA!

Apa yang menariknya ialah siap ada golongan pemimpin mereka yang keluarkan dalil demi merosakkan imej kerajaan. Patutkah ini berlaku?


Ternyata penubuhan RPA ini adalah retorik politik pembangkang semata-mata kerana jika benar pembangkang ini murni dan mahu membantu golongan remaja terlanjur ini. SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENYOKONG PENUH USAHA TERSEBUT TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK!




Ketika Ali Rustam mencadangkan supaya golongan remaja kahwin awal, pembangkang kata ianya akan menyebabkan penceraian akibat ketidakmatangan pemikiran mereka. Bagaimana pula di Kelantan? Sedangkan golongan 'educated' seperti Nurul Izzah Anwar pun boleh bercerai kan? Ini semua ketentuan Allah.

Ternyata pembangkang ini adalah golongan yang RETORIKA!!!

*Nota: Al-Fatihah kepada Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru meninggal dunia lewat malam semalam. Semoga Arwah ditempatkan dengan golongan beriman.

Thursday, January 23, 2014

ISU SAMAN: @tengkuAdnanReal KENA GAME DENGAN #BadutUMNO & #LoyarUMNO?


Usaha badut-badut UMNO memperalatkan Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menyelamatkan tengkuk mereka dari diserang oleh ahli dan penyokong UMNO adalah taktik lapuk yang sudah boleh dibaca. Mungkin mereka fikir, oleh kerana ramai yang menghormati Datuk Seri Tengku Adnan, serangan terhadap kebodohan dan kelalaian mereka akan dihentikan.

PENJELASAN LOYAR UMNO: 
Penjelasan Kenapa UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali

Saya menghormati Datuk Seri Tengku Adnan kerana selain dari beliau merupakan Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimen saya, beliau juga merupakan pemimpin UMNO yang tegas, berani dan banyak membantu ramai pemimpin dan ahli UMNO. Bagaimanapun menyeret Datuk Seri Tengku Adnan dalam hal ini bukan sahaja tidak bijak malah menyerlahkan lagi KETIDAK CERDIKAN badut-badut di ibupejabat UMNO.

Kenapa?

1. Yang MEMOHON penyelesaian di luar mahkamah adalah TIAN CHUA, EDITOR DAN PENGARANG ARTIKEL - jelas membuktikan mereka yang keberatan untuk meneruskan kes ini bukan UMNO. Tak kisahlah apa kerisauan 3 DEFENDAN ini. Sama ada mereka takut kalah, tak mahu pembohongan mereka terus menerus diingati oleh rakyat Malaysia selagi kes ini di dalam pembicaraan atau apa sekali pun, TAWARAN ini pastinya dibuat kerana mereka bimbangkan sesuatu.
2. Yang BERSETUJU dengan penyelesaian di luar mahkamah adalah UMNO, yang diwakili Peguam UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO - bermaksud, mereka mempunyai KUASA untuk menentukan apa saja syarat terhadap 3 DEFENDAN ini sebelum bersetuju dengan TAWARAN yang diberikan oleh mereka.

THE BEST DEAL yang ORANG BERKUASA ini boleh dapatkan untuk UMNO HANYALAH:-

1. rasa kesal Tian Chua - bukan permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO
2. penarikan artikel oleh Keadilan Daily - tanpa permohonan maaf yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO



Itu saja ke THE BEST DEAL dan keadilan yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO? Saya yakin, jika Datuk Seri Tengku Adnan ada bersama, keputusan mungkin berbeza.

Dalam kes Mustafa Ali, THE BEST DEAL yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO adalah untuk Mustafa Ali menyalahkan BLOGGER UMNO?

SEBAB itu saya nyatakan sebelum ini - MUNGKIN HANYA BLOGGER DAN PORTAL BERBAYAR UMNO sahaja yang akan mempertahankan tindakan (badut-badut UMNO) ini dan menyatakan ia sebagai tindakan yang betul dan UMNO telah MENANG PERANG PERSEPSI disebabkan tindakan ini. - source

Rasanya badut-badut UMNO ini kena layan video ini:


JOM layan artikel Double Y di bawah -

Tarik Saman Fitnah @tianchua - Tiga Kebodohan Peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun!


Tarik saman sebab Tian Chua kesal...?

Perbuatan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun menarik semula saman fitnah ke atas Tian Chua dan Keldaian Daily bukan sahaja peristiwa memalukan tetapi turut menyebabkan UMNO diperlekehkan oleh pembangkang.

Rata-rata ahli UMNO kesal dan kecewa dengan keputusan tersebut, mungkin penjelasan Hafarizam Harun sebelum ini gagal meredakan kekecewaan ahli UMNO sehingga memaksa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan turut mengeluarkan kenyataan media semalam :



Sikap pemurah Hafarizam yang mewakili UMNO sekaligus membuka ruang kepada Tian Chua memalukan UMNO melalui laman Twitter miliknya :


Bagi saya keputusan menarik semula saman sama sekali tidak boleh diterima malah kenyataan yang dikeluarkan juga agak dangkal!

Kenapa saya mengatakan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan dangkal?

Pertama - kerana Hafarizam terlalu bodoh sehingga gagal memahami bahawa Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan disebabkan ribuan laporan polis yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan UMNO.

Kedua - Hafarizam terlalu bodoh serta malas melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam apabila hanya akur dengan permintaan Tian Chua atas alasan dia telah menyatakan kekesalan dan berjanji menarik semula artikel fitnah yang disiarkan di laman Keldaian Daily.


Ketiga - Hafarizam terlalu bodoh kerana hanya bersetuju dengan permintaan Tian Chua tetapi tidak membuat gesaan supaya Tian Chua dan editor Keldaian Daily menyiarkan satu permohonan maaf secara terbuka di potal milik pembangkang kerana memfitnah UMNO sehingga menjejaskan maruah parti.

Benda mudah macam ini pun Hafarizam Harun yang bertaraf peguam tak boleh fikir?

WHAT IS VAT 69?

MY SLIDESHARE UPLOAD