Menurut kata pengadu, kenderaan beliau telah diparkir di satu kawasan di bandar Sepang dan tidak ada langsung tanda bahawa tempat itu adalah larangan parking.
LOKASI: Hadapan Kondominium Cyberia Smarthomes, Cyberjaya.
MASA: Tak pasti (lingkungan pukul 8:00 a.m)
Tambahan pula terdapat beberapa buah kenderaan lain yang di letakkan di tempat sama dan pengadu langsung tidak menyangkakan bahawa tempat tersebut adalah kawasan larangan.
Pengadu mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dan berunding serta meminta maaf diatas kesilapan tersebut tetapi pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran tetap mengunci kenderaan beliau serta mengarahkan beliau membuat bayaran kompaun.
Sangkakala tidak menyalahkan penjawat awam tersebut tetapi ada maklumat yang mengatakan bahawa terdapat satu arahan daripada kerajaan Negeri yang meletakkan sasaran saman dan ianya perlu dicapai setiap bulan.
Ini telah membuatkan penguatkuasa bertungkus lumus untuk mencapai sasaran pengeluaran saman tersebut dan jangan lupa, dengan arahan ini juga telah membuatkan penguatkuasa hilang pertimbangan untuk menggunakan kuasa budibicara mereka.
Bagi Sangkakala, ini adalah satu penganiayaan kepada rakyat sedangkan slogan kerajaan negeri Selangor ialah negeri berkebajikan.
Kebajikan apa kalau dah sampai menidakkan perikemanusiaan diantara penjawat awam khususnya penguatkuasa dengan masyarakat.
Apakah dengan pencapaian sasaran pengeluaran saman itu juga sebenarnya untuk membiayai gaji Menteri Besar serta EXCO kerajaan yang melambung tinggi?
Jawapan kepada soalan ini ada pada rakyat Selangor dan kepada mereka yang pernah menerima nasib yang sama seperti pengadu tadi, fikir fikirkanlah nilai kerajaan Pakatan yang ada sekarang.
Apa yang Sangkakala lihat, keperitan rakyat sudah menjadi kebahagiaan mereka dan penderitaan rakyat adalah untuk kesenangan mereka (kerajaan negeri).
Source: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/01/gempar-kakitangan-majlis-perbandaran.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, January 27, 2014
TIDAK ADIL!!! PERIBADI @NajibRazak DISERANG BOLEH, BILA @n_izzah KENA SERANG MAHU 'PRIVACY?
Gambar semasa majlis perkahwinan Nurul Izzah & Raja Shahrir |
- "Take care sayang, sleep tight Izzah, my Princess of the misty light; New resolution, for the upcoming; New year, new dawn, new beginning". (Jaga diri sayang, tidur lena Izzah, Puteriku dalam cahaya yang berkabus; Azam baharu untuk tahun baharu; Fajar baharu, permulaan baharu)
- "mulanya duka kini lara teman tiada hanyalah sendu bila rindu mula membara itulah tanda cinta padu"
- "Almighty God, it is only to You I depend on to hear and answer my sincere and heartfelt prayers. Grant me this and I will be forever grateful" (Tuhan yang Maha Kuasa, hanya kepada Engkaulah aku berserah untuk mendengar dan memakbulkan doa-doaku yang jujur dan tulus ikhlas. Makbulkan doaku dan aku akan bersyukur buat selama-lamanya)
-
- "Sesungguhnya kehidupan ini bukan mudah, kita sama-sama kuatkanlah iltizam untuk memperbaiki keadaan, Allah akan menghulurkan bantuan-Nya pada kita".
"Turunkanlah kasih sayang pada hamba-Mu dan keluarga hamba-Mu ini, kuatkanlah ikatan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat kami".
- "Lindungilah kami dari pengaruh syaitan yang direjam dan bantulah kami hamba-hamba-Mu agar memahami dan mendalami agama-Mu secara ikhlas"
- "God is Great, to Him we submit. Our lives, choices and feelings are of Your grace. Hear out your humble servant, let not she be disgraced" (Tuhan Maha Besar, kepada-Nya kita berserah. Hidup, pilihan dan perasaan kami bergantung kepada sifat Maha Pemurah-Mu. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini, jangan biarkan dia dimalukan).
- "Simbahan cahaya bulan mengembang, Bayangan sebalik pokok gaharu, Kalau bahaya menimpa abang, Jagalah Harith, Safiyah semampu"
- "Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak"
- "Aku memohon pada-Mu agar hati yang keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami."
- "Lancang kuning lancang pusaka, Nampak dari Tanjung Tuan, Kalau kering laut Melaka, Barulah saya lupakan puan".
- "Masuk hutan berburu musang, Musang mati diselit seluar, Macam mana hati tak bimbang, Ayam di sangkar disambar ular".
- "Akar nibong meresap-resap, Tanah Segambut dibawa perahu, Kampung terbakar keluar asap, Hati terbakar siapa yang tahu".
- "Mendoa mengenang arwah tok yan, Bertongkat dagu membawa diri, Mata mengantuk mahu dilayan, Mengharap rindu si tuan puteri."
BERIKUT ADALAH DOKUMEN PENCERAIAN NURUL IZZAH:
ULASAN: PEMBANGKANG DENGAN BEBAS MENYERANG PERIBADI KELUARGA PM. SALAH SATUNYA ADALAH ISU RUMAH RM110 JUTA DI NEW YORK.
Printscreen dari blog OMAKKAU
RUJUK (SINI) UNTUK ENTRI PENUH |
TETAPI
APABILA PEMIMPIN PEMBANGKANG KENA, MEREKA MAHU 'PRIVACY'? APAKAH INI BALASAN TERHADAP PERKARA BURUK YANG DIBUAT MEREKA?
Rujukan: HARAKAH DAILY |
SOURCE:
Pantun Blogger Sangkakala untuk dijadikan iktibar oleh Nurul Izzah:
Jangan cuba menumbuk lesung..
Jika alu tiada di tangan..
Jika benar Izzah terpesong..
Harap kembali ke pangkal jalan.
Perahu naga mudik ke hulu..
Singgah bermalam di tanjung tuan..
Mungkinkah Izzah bertindak melulu..
Hingga tergadai hubungan perkahwinan.
Singgah bermalam di tanjung tuan..
Anak ayam mati berlaga..
Pengundi dikejar untuk habuan..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga.
Anak ayam mati berlaga..
Mati berlaga di dalam kepok..
Hubungan perkahwinan tidak terjaga..
Bagaimana pula pengundi selonggok.
Sama-sama kita doakan semoga Nurul dapat mempertahankan keluarganya dan kembali ke jalan yang benar. Doa kita agar Nurul akan mengutamakan dan menyelamatkan keluarganya. Tak perlulah terlalu mengejar dan tamakkan pangkat dan kuasa, Tak perlulah mengutamakan politik. Pengundi Lembah Pantai pun dahulu ramai yang mengadu tidak terjaga dan jarang dilawati Nurul, jangan sampai keluarga pun terubang ambing. Jangan biarkan anak-anak dan keluarga menjadi mangsa politik. Belajarlah dari pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh keluarga Nurul disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh bapa Nurul sendiri, Anwar Ibrahim dan juga belajarlah dari pengalaman pahit yang melanda anak-anak, adik beradik dan keluarga `uncle kesayangan' Nurul, Azmin Ali. Amiiin....
P/S: Hope semuanya berjalan lancar dan saya berdoa agar keadaan rumah tangga Izzah kembali OK.
Saturday, January 25, 2014
TERLANJUR: KENAPA PEMBANGKANG BOLEH BUAT RUMAH PEMULIHAN TETAPI KERAJAAN TAK BOLEH?
Menurut sumber blog rakan, Gelombang Kick:
Pada 1 Oktober 2010, Rosmah dilaporkan akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari.
Rosmah berkata, "Satu pendekatan saintifik dan sistematik perlu dicontohi dari negara-negara lain bagi menubuhkan pusat seperti ini di Malaysia," katanya.
Bagaimanapun menurut Rosmah, ianya terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan pusat itu, namun pusat itu amat diperlukan bagi melindungi remaja serta anak mereka supaya disemai dengan benih perpaduan, jati diri, akhlak mulia dan nilai agama tinggi.
"Sekiranya dapat ditubuhkan, kita perlu mengolahkan pendekatan itu mengikut budaya dan pemikiran negara kita," katanya.
Rosmah juga meminta agar keutamaan diberikan dari segi mengasuh, mendidik dan membimbing kanak-kanak sejak kecil supaya mereka menjadi individu yang sempurna apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan Sekolah Harapan Ali Rustam yang dikritik rakus pihak pembangkang
TETAPI
Bukan niat saya mahu mempertikai usaha murni ini. Tengoklah sendiri apa yang dilakukan pihak pembangkang ketika 'adik beradik' pihak kerajaan mahu melakukan benda yang sama satu tahun lepas? Semuanya mengkritik hebat dan penuh tentangan. Ada yang mengatakan bahawa usaha itu tidak berasas. HAHAHA!
Apa yang menariknya ialah siap ada golongan pemimpin mereka yang keluarkan dalil demi merosakkan imej kerajaan. Patutkah ini berlaku?
Ternyata penubuhan RPA ini adalah retorik politik pembangkang semata-mata kerana jika benar pembangkang ini murni dan mahu membantu golongan remaja terlanjur ini. SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENYOKONG PENUH USAHA TERSEBUT TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK!
Ketika Ali Rustam mencadangkan supaya golongan remaja kahwin awal, pembangkang kata ianya akan menyebabkan penceraian akibat ketidakmatangan pemikiran mereka. Bagaimana pula di Kelantan? Sedangkan golongan 'educated' seperti Nurul Izzah Anwar pun boleh bercerai kan? Ini semua ketentuan Allah.
Ternyata pembangkang ini adalah golongan yang RETORIKA!!!
*Nota: Al-Fatihah kepada Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru meninggal dunia lewat malam semalam. Semoga Arwah ditempatkan dengan golongan beriman.
Apa yang menariknya ialah siap ada golongan pemimpin mereka yang keluarkan dalil demi merosakkan imej kerajaan. Patutkah ini berlaku?
Ternyata penubuhan RPA ini adalah retorik politik pembangkang semata-mata kerana jika benar pembangkang ini murni dan mahu membantu golongan remaja terlanjur ini. SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENYOKONG PENUH USAHA TERSEBUT TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK!
Ketika Ali Rustam mencadangkan supaya golongan remaja kahwin awal, pembangkang kata ianya akan menyebabkan penceraian akibat ketidakmatangan pemikiran mereka. Bagaimana pula di Kelantan? Sedangkan golongan 'educated' seperti Nurul Izzah Anwar pun boleh bercerai kan? Ini semua ketentuan Allah.
Ternyata pembangkang ini adalah golongan yang RETORIKA!!!
*Nota: Al-Fatihah kepada Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru meninggal dunia lewat malam semalam. Semoga Arwah ditempatkan dengan golongan beriman.
Subscribe to:
Posts (Atom)