Saturday, February 8, 2014

[Analisis] KLOUT SCORE PEMIMPIN BN VS PR.. SIAPA LEBIH #SyokSendiri?


Setelah meneliti dan membuat perbandingan Klout Score pemimpin Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat, ternyata pemimpin BN GAGAL dan SYOK SENDIRI. Bukan niat saya mahu balun pemimpin BN, tapi demi kebaikan parti. Kalau tak diketuk, tak bergerak mereka ini. Kenapa saya cakap mereka SYOK SENDIRI? Baca dibawah:
SUMBER: 
Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut. 
Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :- 
  • 1. tidak berminat
  • 2. pandang remeh
  • 3. terlalu sibuk dengan perkara lain
  • 4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau
  • 5. SYOK SENDIRI
Bagaimana pula dengan analisis Hashtag melalui Hashtracking? Tiada langsung muka pemimpin BN dilaman Twitter, sedangkan Pilihanraya N.25 Kajang bakal berlangsung tak lama lagi. Ingin saya katakan sekali lagi disini, PEMIMPIN BN GAGAL DALAM MEDIA SOSIAL
Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.

Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.
Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 
Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN
Now, saya akan tunjukkan perbandingan Klout Score untuk Pemimpin BN VS Pakatan Pula: 

Ketua Penerangan UMNO - BOLEH TAHAN

Pengerusi Biro Media Sosial Pergerakan Pemuda UMNO - NYARIS 

Ketua Pemuda UMNO/Menteri KBS - AGAK BAIK

Menteri SKMM- NYARIS

Bagaimana pula dengan pemimpin pembangkang? Dikalangan semua pemimpin BN VS PR, Tian Chua mendapat tempat tertinggi, dengan 79 points. Hurm Kenapa ya Klout Score mereka lebih tinggi? Adakah kerana MEDIA SOSIAL TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN BN? Maka, ambil lah langkah inisiatif cepat untuk menangani masalah ini. So, siapa lebih Syok Sendiri?





Jangan pula pergi bercuti dimasa semua berpenat lelah mempertahankan hak (melayu) berkaitan isu video Malai Sii Teresa Kok. 

TERBAIK LAH YOU!!

#Kangkung PUNCA @teresakok BERANI CAKAP "Malai Sii" KERANA MELAYU BERPECAH!!

"Kangkung" satu lagi agenda dari pihak DAP untuk memperlekehkan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Kerana "kangkung" itu lah juga orang Melayu sendiri bertindak memperlekehkan sesama bangsa. "Kangkung" satu fenomena baru yang di cetuskan oleh DAP.

Saya melihat gelagat gelagat pihak pihak Pakatan Rakyat yang memperlekehkan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak sejak beliau memberikan contoh tentang penurunan harga barangan semasa. "Kangkung" dijadikan contoh dan pihak pihak Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan Najib Razak terus memperlekehkan usaha beliau dalam menjelaskan kepada rakyat bahawa setiap isu kenaikkan harga barangan bukan semuanya terletak dan diputuskan oleh kerajaan sebaliknya para peniaga, pemborong yang selalunya memainkan harga pasaran.

Saya tidak mahu mengulas mengenai harga barangan ataupun "Kangkung" tetapi saya mahu bercakap mengenai apa yang saya ketahui dan juga apa yang saya lihat keadaan hari ini yang mana kaum Chauvinist DAP menjadikan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai alat propaganda mereka untuk melemahkan moral bangsa Melayu itu sendiri.


Ini yang berlaku hari ini yang kita dapat lihat ramai sudah orang orang Melayu menjadi pak turut kepada Chauvinist DAP dengan memperlekehkan pemimpin Melayu daripada UMNO. Mungkin kita merasakan ianya adalah pekara baru bahawa Chauvinist DAP mempergunakan Melayu padahal hakikat yang sebenar propaganda ini sudah lama diamalkan oleh Chauvinist DAP.

Sewaktu zaman Komunis mengganas di Tanah Melayu, pihak pasukan keselamatan terutama Polis dilabelkan "Anjing Kerajaan". Ianya berterusan dan rata rata Chauvinist DAP memberikan ludah kepada pihak Polis. Ini hakikat sebenar yang berlaku pada waktu itu kerana pihak Polis merupakan musuh utama Komunis dalam menggagalkan usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.


"Anjing Kerajaan"menjadi modal Chauvinist pada waktu itu dan ianya telah berterusan sehingga ke hari ini tanpa orang Melayu sedar. Tak dinafikan ada bangsa Melayu yang sedar mengenai propaganda komunis, namun hari ini semakin ramai bangsa Melayu lupa akan ideologi komunis yag berterusan berselindung di sebalik nama parti DAP.

Hari ini Polis tidak lagi digelarkan sebagai "Anjing Kerajaan" sebaliknya mereka Cauvinist DAP menambah gelaran tersebut dengan menjadikannya "Polis Anjing UMNO". Nama UMNO digunakan oleh Chauvinist semenjak DAP ditubuhkan agar dapat menghasut bangsa Melayu melihat Polis itu adalah budak suruhan UMNO. Modus propaganda mereka ini sebenarnya telah berjaya hari ini apabila sentimen Melayu menghina Polis sudah kerap berlaku. Malah jika ada Chauvinist Cina yang menghina pihak Polis, penyokong Melayu Chauvinist mempertahankan penghinaan tersebut dan turut sama memperlekehkan pihak Polis.


Lihat sahaja sekarang ini apabila Chauvinist DAP menghina pemimpin Melayu terutama YAB Najib Razak. Yang menjadi tukang sorak adalah Melayu yang lupa bahawa Chauvinist DAP telah mempergunakan mereka untuk menghina pemimpin sendiri. Ini lah realiti hari ini yang mana orang Melayu lupa bahawa DAP adalah satu serpihan Komunis yang akan kekal sampai bila bila mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

YAB Najib Razak adalah bangsa Melayu, beliau membawa mesej kepada dunia bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan dari dunia kelas ke tiga. Najib Razak pemimpin negara yang memberikan gambaran jelas kepada seluruh dunia bahawa orang Melayu boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara. Mana mana negara lain tidak ada pemimpin yang berbangsa Melayu selain dari Malaysia, Brunei dan juga negara serumpun Indonesia.


Chauvinist DAP sedang bertepuk tangan melihat sesama Melayu terus berpecah belah. Chauvinist DAP terus bersorak riang kerana orang Melayu telah lupa akan penghinaan yang mereka Chauvinist DAP lakukan pada tanggal 5.5.2013. Chauvinist DAP mahu orang Melayu lupa akan agenda yang telah dilakukan DAP untuk menawan Malaysia ini sepertimana parti PAP menawan Singapura.

Melayu hari ini bodoh sejarah.......

- Malay Rights

HOT! ISTERI PM @NajibRazak TAMPIL JAWAB SEMUA TOHMAHAN PEMBANGKANG!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi,Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.

Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat,bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut,mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.Cuma,mereka hairan,terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.Saya mana ada pegawai,saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

1) ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIIBUU,19 OKTOBER 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian.Nauzubillah.Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.Saya juga takut gelap.Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya,saya tidak diberikan kekebalan.Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

2) CINCIN BERLIAN BERHARGA RM24 JUTA
Saya berani bersumpah,cincin itu tidak ada di tangan saya.Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.Beliau adalah'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway,no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.Ia sampai pada 16 April 2011.Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

3) BERJOLI DI LUAR NEGARA
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah.Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita.Kita mahu buat kerja,bukan glamour.Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011.Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah.Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan.Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun,saya tidak minat berjoli.

4) PEMBAZIRAN PROJEK PERMATA
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.Sebagai anak bekas guru,saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik.Semuanya mereka satukan.Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

5) BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH
Seperti kebanyakan isteri pemimpin,saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita.Itulah adab sopan melayan tetamu.Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin,jam,perhiasan diri dan sebagainya.Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu,sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain?

Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati.Dan,apabila telah diberi,saya pun memakainya.Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas,cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.Itu hak mereka.Saya tidak boleh menghalang.Tetapi,malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.Yang penting,saya percaya pada apa yang saya lakukan

6) ISU 'FIRST LADY'
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama,peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden,Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama. Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita. Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

7) ISU MENJADI PERDANA MENTERI KEENAM
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.Kalau dia orang biasa pun,saya akan bersama dia.Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib kata,sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu.Mereka tak dapat suami,mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri. Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib.

Bagi saya senang,tak salah setiap orang ada cita-cita.Tapi,caranya kena betul.Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu. Pembaca yang amat dikasihi,Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini.Apa yang lahir,adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu. Saya serahkan kepada Allah.Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah.Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri yang baik kepada saya.Ingat zaman nabi dulu,bila orang kutuk baginda,baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor


MY SLIDESHARE UPLOAD