Sunday, February 9, 2014

@PDRMsia MULAKAN SIASATAN VIDEO KLIP LANGSI TERESA KOK!!


Polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumpul semua laporan polis dan memulakan siasatan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang dikaitkan dengan Anggota Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima 300 laporan polis berhubung perkara itu daripada pelbagai pihak.

“Siasatan telah kita mulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh,” kata Zahid dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Kajang, Sabtu.

Klip video sepanjang hampir 12 minit itu memaparkan Kok selaku pengacara dan tetamu undangannya mengeluarkan kenyataan menyindir kerajaan dalam pelbagai isu termasuk isu keselamatan membabitkan lanun di Sabah.

Kenyataan Zahid disambut baik, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera memaklumkan keputusan siasatan kepada rakyat.

“Kita mahu tahu…kalau tak ada tindakan pun, kena beri penjelasan sama ada terdapat unsur hasutan atau tidak. Jangan sampai berlarutan,” kata Khairy ketika ditemui pemberita pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Negara Kedua di Kuala Lumpur.

Manakala di Kota Baharu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pemimpin wanita DAP itu memang patut menerima kecaman hebat daripada rakyat negara ini kerana kebiadapannya.

“Ini perlu Teresa hadapi. Dia yang mulakan dahulu dan ini bukan kali pertama dia buat. Dia melukakan hati banyak pihak,” katanya.

Md Alwi ditemui ketika mengetuai kira-kira 500 orang terdiri darippada anggota UMNO serta sebuah NGO, Barisan Darul Naim (Badar) mengadakan bantahan secara aman berhubung video biadap Kok di Taman Hijau, tengah hari tadi.

Penngerusi Badar Kamaruddin Kassim berkata penerbitan klip video Kok itu diibaratkan “bermain api” dan dikhuatiri mencetuskan keadaan tidak baik di negara ini.- pisau

#KedahBerselawat: ALLAH MAHA KUASA! SAMBUTAN LUAR BIASA WALAUPUN DISABOTAJ ANASIR JAHAT! #MahabbatulRasul


Alhamdulillah, saya begitu tidak sangka sambutan terhadap Program Mahabbatul Rosul (Kedah Berselawat) amat luar biasa walaupun ada anasir yang cuba mensabotaj program keagamaan ini. Tahniah saya ucapkan kepada hampir 40,000 orang yang membanjiri Stadium Darul Aman, semalam. Meremang bulu roma saya tengok gambar diatas.

FYI, Program ini adalah untuk menyatu dan mengeratkan muhabalah sesama Islam selain memuji Rasulullah S.A.W (Selawat), ianya sama sekali tidak sama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus seperti yang diadakan di Stadium Darul Naim sewaktu PRU-13 tempoh hari & tiada surat untuk dipaksa hadir.

Anasir mana yang cuba mensabotaj program ini?

Sumber sahabat bloggers (rujuk SINI & SINI) mengatakan bahawa PAS Kedah cuba mensabotaj program ini dengan menukar 'template' banners yang digunakan. Hurm, bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak patut dibuat oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dasar ISLAM

Banner yang disabotaj..

banner sebenar..

Selain itu, ianya cuba dipolitikkan kerana mereka menganggap program ini adalah untuk 'Mileage' politik Kerajaan BN yang menerajui negeri Kedah sekarang. Tak sangka begitu sempit otak saf kepimpinan PAS Kedah kerana tidak dapat membezakan Program Keagamaan & Program Politik.

Daripada nama pun kita sudah dapat tahu apa motif, visi & misi program ini. Syukur Alhamdulillah kerana ideologi penduduk Kedah tidak sesempit seperti saf kepimpinan bekas pemerintah negeri mereka itu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir untuk berselawat bersama-sama rakyat dan seterusnya merasmikan program keagamaan ini. Gambar dibawah:

Sumber gambar dari blog KEDAH KE KL:

Dato Seri MB sendiri turun berarak

Alhamdullilah

berjalan lancar

walaupun cuba disabotaj..namun Allah tak mengizinkan kerja jahat pada kerja baik

Perasmian Mahabbatul Rasul.. oleh Dato Seri MB Kedah

Program seperti ini patut diadakan lebih banyak dan kerap lagi di negeri-negeri lain supaya dapat menyatukan semula islam/melayu di Malaysia yang semakin berpecah ini dek rancangan jahat DAP. Ini adalah supaya negara kita sentiasa dipenuhi barakah dan dapat menajamkan lagi dasar Islam di Malaysia.

Peringatan kepada PAS Kedah: Kalau program yang baik, walau disabotaj macam mana pun ianya tetap tidak akan berjaya kerana Allah Maha Mengetahui. Ikhlas dari saya, "Semoga Kedah diberkati".

Saturday, February 8, 2014

#CNY2014: DS @NajibRazak DI #KANGKUNG KAN KAUM CINA DI TAIPING? @ZambryAbdKadir #VMY2014

Sekarang ini, sedang berlangsung Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kebangsaan yang diadakan diperkarangan Wisma Perbandaran Taiping, Perak.

Tetamu kehormat ialah YAB Perdana Menteri Malaysia & Isteri. Turut hadir mengiringi PM ialah Menteri Perlancongan, MB Perak serta saf kepimpinan UMNO Perak.

Jamuan rakyat diadakan kepada hampir lebih 50,000 tetamu yang hadir. Kelihatan, kehadiran kaum cina amat memberangsangkan dan ini jelas membuktikan bahawa Najib diterima baik oleh kaum cina. Tidak seperti apa yang pemimpin DAP dakwakan.

FYI, jamuan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi menjayakan kempen 'Visit Malaysia 2014'. Tahniah diucapkan!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone