Friday, April 11, 2014

DANA ASING 100JUTA SUARAM YANG DIREMBAT @tianchua & @SivarasaRasiah ADALAH HASIL SEJAK 1998?


Berkait entri sebelum ini (SINI)

Transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.


Maklumat daripada bekas anggota Suaram.
  • Dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.
  • Wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.
  • Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.
  • Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.
  • Selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi. National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi
Baca juga disini.. Dipetik dari SUMBER
10 Agen SUARAM Dalam Kerajaan 
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara. 
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. 
 
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd. 
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan. 
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Wednesday, April 9, 2014

KANTOI! @tianchua & @SivarasaRasiah BERGABUNG SONGLAP DANA PARTI RM100 JUTA UNTUK BANTU @AzminAli


Tak sangka betul, wayang yang dimainkan Tian Chua menjadi. Sebelum ini mati-mati disangkakan bahawa SUARAM menajanya untuk jatuhkan Azmin, sedangkan sebaliknya. Hakikatnya, Tian Chua dan Sivarasa telah seleweng wang parti hasil dana dari SUARAM sebanyak RM100 Juta!! Banyak tu..

Tian Chua dikatakan sudah bergabung dengan Team Azmin/Anwar untuk membantu menempatkan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Mungkinkah dana 100 juta tersebut akan digunakan dalam kempen Azmin? Disebabkan itu juga, Tian Chua kemungkinan besar menarik diri dari persaingan timbalan presiden.

Kemunculan Saifudin juga sebenarnya mahu membantu Azmin untuk mengalahkan Khalid. Bila terjadi pelanggaran diantara Saifudin dan Khalid, maka Azmin boleh berkempen dan mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya Anwar sudah pun menjanjikan kerusi MB Selangor pada Azmin, itu pun jika beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR. Atas alasan tersebut, Azmin mengunakan segala-gala yang beliau ada untuk pastikan beliau menang pada kali ini.

Untuk lebih spesifik sila RUJUK SINI

Manakala ini adalah petikan entri saya sebelum ini: 

Kenapa SUARAM pilih TIAN CHUA?

Ini adalah kerana Tian Chua adalah merupakan jentera kuat SUARAM yang paling 'cemerlang'.


Cemerlang dari sudut apa? 

Sambung baca dibawah...




Memetik semula penulisan dari blog Double-Y:
SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat. 
Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.  
Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.  
Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.  
Selanjutnya
DAH LAMA BUAT KERJA NI KER?

Untuk pengetahuan anda, menurut sumber dalaman PKR, salah satu 'tugasan' Tian Chua sebelum ini adalah Isu Lahad Datu.

Menurut My Massa dalam artikelnya bertajuk 'Video Kronologi Penglibatan Pembangkang Dalam Insiden Lahad Datu?' :
"Pada 7 Mac 2013, bekas pengasas PKR mendedahkan bahawa insiden di Lahad Datu dibiayai oleh Suaram" [...]

Tuesday, April 8, 2014

KEBAIKAN GOOD SERVICE & TAX #GST YANG WAJIB DIKETAHUI


Kebanyakan kritikan pembangkang terhadap Bajet 2014 lebih bersifat politik semata-mata. Antara yang menjadi sasaran ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1April 2015. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat kononnya GST menzalimi dan membebankan kehidupan rakyat. Ia sebenarnya adalah usaha pembangkang untuk mewujudkan momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pembangkang tidak menghiraukan fakta sebenar GST yang akan dilaksanakan kerajaan mulai April 2015. Ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan satu usaha mensabotaj pelaksanaannya.

Sepatutnya pembangkang melihat pelaksanaan GST secara holistik dan realistik. Pembangkang juga sepatutnya sedar bahawa ianya akan mula dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang.

Tempoh ini memberi peluang kepada peniaga dan syarikat untuk membuat persediaan, memberi rang kepada rakyat memahaminya di samping kerajaan masih bersedia menerima pandangan mengenainya.

Namun, menyatakan pelaksanaan GST akan menindas rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (miskin) dan sederhana adalah satu tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan kebaikannya belum dirasai lagi. Nyata sekali bahawa pembangkang cuba memberikan persepsi buruk mengenai pelaksanaan GST.

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat juga.

Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga bayaran. Apabila GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan sebanyak 8-10 peratus. Kita yakin dengan penubuhan jawatankuasa pemantau GST yang ditubuhkan kerajaan nanti dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerajaan juga dari masa ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat kesan daripada pelaksanaan GST.

Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas, pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.

GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan.

Ini dapat menggalakkan pelaburan, mendorong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran global yang berdaya saing. Pertumbuhan ekonomi negara pula akan mencipta pekerjaan dan meningkat pendapatan. Pelaksanaan GST di 160 negara di dunia membuktikan GST adalah sistem percukaian yang baik, cekap dan adil kerana semua orang membayar cukai berdasarkan penggunaan.

Kesimpulan, GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5 juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat bertahan lama. - Source

MOHD AYOP ABD RAZID
BPDN, Jabatan Penerangan,
Putrajaya

BOLEH JUGA RUJUK SINI