Tuesday, April 15, 2014

#HUDUD: KALAU NAK LAKSANAKAN, NAK TAK NAK PAS KENA PUJUK LAGI 40 MP PR NON-MUSLIM


PAS Perlu Sokongan 40 Ahli Parlimen Bukan Islam PR 

PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata:

  • PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.
  • 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

“Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,”.
Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah.


Monday, April 14, 2014

#MH370: #CIA TAHU DIMANA PESAWAT BERADA.. JANGAN MEMBISU!! #PrayForMH370


Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.


“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. - SOURCE

** ANTARA KES LAIN YANG DIRANCANG CIA IALAH SERANGAN 11 SEPTEMBER DAN PEMBUNUHAN PUTERI DIANA

Sunday, April 13, 2014

BLUE WAVE ARMY: PASTIKAN TIADA PILIH KASIH @ahmadmaslan

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD