Wednesday, April 16, 2014

#GST: BUKTI PAS KERAH AHLINYA HADIR HIMPUNAN BANTAHAN PADA 1 MEI INI..


Dah terang-terang bahawa Good Service & Tax (GST) adalah benda yang mengurangkan beban rakyat. Tapi pelik, kerana pembangkang masih membantah dan tidak setuju dengan perlaksanaannya yang bakal dilancarkan pada april 2015 ini.

Yang menariknya, PAS siap keluarkan surat khas untuk mengerah ahlinya hadiri himpunan bantahan GST yang akan diadakan pada 1 mei ini. Nampak sangat mereka sudah terdesak kerana ramai yang tidak bodoh membantah GST.

Walhal, Anwar sendiri sudah 'declare' bahawa PAKATAN akan laksanakan GST ini sekiranya mereka memerintah.

Kalau BN mereka bantah, kalau mereka nak buat apa pun OK. Grr!!

SHAME ON YOU!! MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) SUBAHAT UNTUK JAYAKAN REFORMASI 2.0!!


Inilah jadinya apabila sesebuah negeri diperintah pembangkang, terutamanya oleh parti chauvanist DAP. Dengar khabarnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dikatakan telah 'bersubahat' bagi menjayakan Reformasi 2.0, seperti yang dilaporkan di blog CTS

HIMPUNAN LIWAT 2.0
Jika berpandukan pada jadual, 17/4/2014 (Khamis) adalah tarikh dimana Jelajah memprotes keputusan mahkamah terhadap hukuman 5 tahun penjara terhadap peliwat (Anwar Ibrahim) ini akan diadakan kampung halaman Anwar, iaitu di Permatang Pauh.

BODOH! MAKAN GAJI BUTA!
Rasanya, mungkin MPPP rasa terhutang budi teramat sangat pada Lim Guan Eng kot sampai buat-buat tak nampak 'banner-banner' bergantungan ditempat yang tidak dibenarkan tanpa mengambil apa-apa tindakan. Kalau peniaga melayu nak menjaja mencari sesuap nasi, tak payah buat aduan, tindakan sudah dibuat. Kesian, mereka masih dibuai mimipi... dalam tak sedar negeri dan bangsa sendiri dikhianati. 

Untuk lebih lanjut, baca petikan artikel dibawah:
CTS: 
Himpunan Haram Reformasi 2.0 Anwar Ibrahim diteruskan pula di Pulau Pinang dua hari lagi. Umum tahu, DAP menguasai Kerajaan Pulau Pinang. Apa yang umum tidak tahu adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah kuda tunggangan DAP. Buktinya, program haram Ketua Pembangkang mendapat restu daripada MPPP. MPPP memberi kelulusan ke atas sepanduk atau kain pemidang iklan program haram berkenaan. 
Adakah MPPP sebagai satu majlis di bawah Kerajaan Negeri bertindak seperti dicucuk hidung meluluskan satu program mengajak Rakyat menentang Kerajaan Pusat dan mempertahankan seorang yang didapati bersalah atas tuduhan meliwat? Tindakan MPPP ini harus dipersoalkan kerana program ini masih belum mendapat permit daripada pihak polis. Tindakan meluluskan sepanduk ini bermakna MPPP bersubahat mengajurkan perhimpunan haram di Pulau Pinang.



#HUDUD: HOT!! TG HADI AWANG SUDAH KASI WARNING PADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG KERAS HATI!!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.


"Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. - UTUSAN


MY SLIDESHARE UPLOAD