Showing posts with label good service & tax. Show all posts
Showing posts with label good service & tax. Show all posts

Monday, May 5, 2014

INI LAGI BAIK DARI DEMO #BantahGST : VIDEO PM @NajibRazak BERBASIKAL BERSAMA 10,000 RIBU RAKYAT!!


Datuk Seri Najib Razak hari ini menyertai 10,000 peserta program berbasikal di ibu negara 'KL Car Free Morning' edisi kelima dalam usaha mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya.

VIDEO:


Perdana Menteri yang pertama kali menyertai program itu kelihatan lengkap berpakaian sukan berwarna merah ala-ala seorang penunggang basikal profesional selain memakai topi keledar dan berbasikal sejauh kira-kira tiga kilometer di kawasan berdekatan KLCC.


Program dua jam itu bermula pada 7 pagi dari KLCC ke sekitar kawasan berdekatan membabitkan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang. - BH

Thursday, April 24, 2014

KENYATAAN DARI @PDRMsia MENGENAI STATUS 'KEHARAMAN' #HimpunanBantahGST 1 MEI INI


Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CPB) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

Berikut adalah kenyataan yang dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia

Wednesday, April 16, 2014

#GST: BUKTI PAS KERAH AHLINYA HADIR HIMPUNAN BANTAHAN PADA 1 MEI INI..


Dah terang-terang bahawa Good Service & Tax (GST) adalah benda yang mengurangkan beban rakyat. Tapi pelik, kerana pembangkang masih membantah dan tidak setuju dengan perlaksanaannya yang bakal dilancarkan pada april 2015 ini.

Yang menariknya, PAS siap keluarkan surat khas untuk mengerah ahlinya hadiri himpunan bantahan GST yang akan diadakan pada 1 mei ini. Nampak sangat mereka sudah terdesak kerana ramai yang tidak bodoh membantah GST.

Walhal, Anwar sendiri sudah 'declare' bahawa PAKATAN akan laksanakan GST ini sekiranya mereka memerintah.

Kalau BN mereka bantah, kalau mereka nak buat apa pun OK. Grr!!

MY SLIDESHARE UPLOAD