Thursday, April 17, 2014

TAKZIAH.. KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN DI GUA TEMPURUNG...


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez

Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat. - PERAK TODAY

FOTO KEMALANGAN: 
CREDIT TO PERAK TODAY




VIDEO

Wednesday, April 16, 2014

#MH370: [UNTOLD STORY] ROSMAH MANSOR ANTARA INDIVIDU PALING AMBIL BERAT DALAM ISU INI!!

FLASHBACK: DS ROSMAH BERSAMA KELUARGA PENUMPANG #MH370 SEMASA DI SELAWAT PERDANA (PUTRAJAYA)

Seperti yang kita semua tahu, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menggemparkan dunia, sudah pasti ianya memberi impak besar kepada waris kepada kesemua 239 penumpang dan krew pesawat tersebut. 

Disebalik itu, individu yang paling 'dibenci' dan 'bahan fitnah' pembangkang adalah salah seorang yang turut sama merasai impak tersebut. Menurut khabar rakan-rakan media, DS Rosmah dikatakan hingga mengeletar lutut dan lemah badan sejurus menerima berita kehilangan pesawat tersebut.


ANDA SEMUA BOLEH LIHAT SENDIRI KEIKHLASAN YANG DIPANCARKAN DARI AIR MUKA DS ROSMAH KETIKA BERTEMU DENGAN KELUARGA PENUMPANG PESAWAT UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL.
"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - DS Rosmah Mansor
itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu. 
Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari. Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal selamat MH370 walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan. 
[SELANJUTNYA]
'AMARAN DARI DS ROSMAH KEPADA PIHAK YANG 'BERKENAAN':


LUAHAN HATI DS ROSMAH:

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. 

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya. 

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. 

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. 

Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama. "Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi).
Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian),"katanya. Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. 

Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu. 

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. "Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. 

Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. "Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. 

Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut. "Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya. 

Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. 

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. 

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.
turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu. 

"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya. 

Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.

#DOAUNTUKMH370

@KhalidIbrahim: SILA BUBARKAN DUN SEGERA!!! KESIAN KAT RAKYAT SELANGOR!!! @NajibRazak


Semakin hari, semakin huru-hara Selangor sejak pemerintahan PKR selepas PRU-12 (2008) lepas. Sebelum PKR berjaya rampas Selangor dari BN, bermacam-macam janji manis yang dilemparkan oleh mereka.


MANIFESTO PAKATAN UNTUK NEGERI SELANGOR
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD/BACA

Nampaknya, sekali lagi Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Sdr Ramesh Rao Krishnan Naidu 'buat hal'...


Baru sahaja tak sampai sebulan dia telah buatkan Karpal Singh terkedu kerana "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat"(SINI). Tup tup... Hari ini, dia dengan ekstrimnya telah mendesak Khalid Ibrahim (MB Selangor) supaya membubarkan DUN Selangor dengan kadar segera, kerana Selangor bakal menjadi 'daging ratahan' godzilla PKR jika tindakan ini tidak diambil. 

SERIOUSLY!

Desakan itu disuarakan melalui tweet dari akaun Twitter peribadinya sendiri:

ULASAN PENULIS: 

Pada pandangan saya... Secara amnya, pembubaran DUN ini adalah WAJAR & WAJIB kerana ini bagi memastikan 'hak rakyat Selangor' terjamin dan mereka tidak lagi diperbodohkan angkara kerakusan PKR. Yang paling melampau adalah isu terkini, iaitu:

  • 'DISKAUN 7% UNTUK BUMIPUTERA (BELI RUMAH) TELAH DIMANSUHKAN DENGAN 'SLUMBER' OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR' 
  • UNISEL DITUTUP KERANA KERUGIAN RM37 JUTA
  • HOTEL 'QUALITY' MILIK PKNS TERPAKSA DITUTUP & MENYEBABKAN 105 STAFF KEHILANGAN KERJA.
  • ISU AIR
Tak pasal-pasal tempat menuntut ilmu dan mencari rezeki ditutup. Semasa pekung belum terdedah, Kerajaan Selangor heboh satu dunia katakan bahawa negeri Selangor mempunyai keuntungan berpuluh juta sepanjang pemerintahan PKR. Mana pergi wang puluh-puluh juta tu?

Dalam isu pemansuhan diskaun 7% bumiputera pula, bolehkah saya kategorikan PEMIMPIN MELAYU di Selangor sebagai BODOH? Habis tergadai hak Melayu/bumiputera yang pada asalnya adalah 'tuan rumah' di Tanah Melayu ini. 

Adakah rakyat Selangor masih lagi mahu mereka memerintah? Kalau mahu, SILAKAN... Itupun jika anda berhati KENTAL.

Pengurusan negeri tidak akan rugi jika tiada korupsi disebaliknya!! Banyak sangat raksasa dalam SUK Selangor tu.. BUBAR CEPAT!!

MY SLIDESHARE UPLOAD