Showing posts with label ramesh rao. Show all posts
Showing posts with label ramesh rao. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

TAK PAYAH MANSUH AKTA HASUTAN, SURUH PEGUAM DAP 'MANSUH' BELA PENJENAYAH DULU! @PDRMsia @KBAB51 @RameshRaoAKS

Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao mendakwa kadar jenayah mampu dikurangkan sehingga 50% sekiranya peguam-peguam pro-DAP berhenti membela penjenayah.


Dakwaan itu dikhabarkan menerusi akaun Twitternya, @RameshRaoAKS.

Jika difikirkan semula, ada benar juga dakwaan yang dikatakannya, kerana kebanyakan kelakuan jenayah yang berlaku tidak mendapat balasan yang sepatutnya.

Pembelaan terpilih seperti ini membuatkan penjenayah semakin berani untuk melakukan apa sahaja. 

Kenapa? Buat apa nak takut kalau ada 'payung besar' yang jaga. Kalau pihak berkuasa 'jentik', PKR dan 'mahasewel' kan ada untuk berdemo nyatakan soladiriti mereka. 

Tuntut keadilan lah kononnya.

Pelajar, pensyarah UM berarak bantah Akta Hasutan

Contoh terbaru adalah berkaitan Akta Hasutan 1948

Tadi mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya baru saja selesai berarak nyatakan soladiriti mereka kepada 'penjenayah' yang baru didakwa dibawah akta ini - Prof Dr. Azmi Sharom (SINI)

Kononnya nak 'bersoladiriti', rupanya ada udang disebalik batu, pemimpin PKR boleh pula hadir 'berpolitik' dalam kampus dan sama-sama dengan mahasiswa mendesak PM Najib Razak mansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.

Bayangkan kalau akta ini dimansuh... Huru-hara tak negara kita? Ada cadangan lain? (SINI)

Konklusinya mudah jer, Akta Hasutan 1948 wajar diteruskan.

Selain itu, contoh lain adalah berkait dengan pertubuhan haram, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.


Sudah terang-terang PPS ini beroperasi secara haram kerana tidak mendaftar dengan ROS, kenapa masih mahu melawan undang-undang? Sampaikan Lim Guan Eng berani mencabar Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar walaupun dia sedar dia sedang 'menegakkan benang yang basah'.

Apa yang membuatkan Lim Guan Eng berani sebegitu ya?

Ini sebabnya...


Sebabnya adalah seorang peguam DAP 'CELAKA' ini akan membela penjenayah-penjenayah..

Patutlah tergedik-gedik nak hapuskan Akta Hasutan.. 

P/S: Apa-apa pun... kena tukar AG dulu....


Saturday, May 31, 2014

#PRKTelukIntan: "@limkitsiang, YOUR GAME IS OVER DUDE!! TAHNIAH BN! TAHNIAH DATUK MAH SIEW KEONG!!"


Saya percaya, DAP pasti sudah jangka akan keputusan PRK Teluk Intan hari ini, dimana kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti 238. Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Mah Siew Keong diatas kemenangan ini.


Pengerusi DAP, Lim Kit Siang (LKS) sebenarnya sudah tahu akan perkara ini kerana menyedari bahawa permainannya untuk menguasai Parlimen P.76 Teluk Intan dengan meletakkan calon boneka Dyana Sofya KANTOI!! Jika anda semua perasan, sejak semalam lagi dia sudah mula berhenti berkempen untuk Dyana.


Jika dilihat dimedia sosial, LKS bertalu-talu dihentam dan dikritik. Amaran awal juga sudah diberikan kepadanya. Antara yang menarik ialah tweet dari akaun Twitter Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu:

"LIM KIT SIANG, YOUR GAME IS OVER DUDE!!"



Ternyata penduduk Teluk Intan tidak bodoh dan sudah serik diperbodohkan dibawah pemerintahan DAP!!

Tuesday, May 6, 2014

#PRKBukitGelugor & #PRKTelukIntan: PAS 'WAJIB' BERTANDING DEMI #Hudud!!!!


PAS HARUS GUNAKAN PELUANG INI SEBAIK MUNGKIN, BUKTIKAN KETELUSAN ANDA!!

Berdasarkan SUMBER:

PAS digesa bertanding di Bukit Gelugor dan Teluk Intan bagi menjelaskan kepada kaum Cina mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud sekaligus membuktikan PKR, DAP dan PAS sepakat di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat (PR).


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, PAS perlu menggunakan peluang ini untuk melaksanakan agenda utama mereka dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

"Jadi saya minta Timbalan PAS Mohamad Sabu ambil peluang ini untuk bertanding di Bukit Gelugor dan jelaskankan kepada kaum Cina apa itu hudud.

"Ini adalah landasan terbaik untuk PAS membuktikan hudud boleh diterima oleh kaum Cina." katanya kepada pemberita di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), hari ini.

Ramesh turut menggesa ahli ulama PAS perlu mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjelaskan hudud kepada rakyat dan ini adalah landasan terbaik kepada PAS membuktikannya.

Ramesh hadir ke ROS bagi menghantar surat meminta penjelasan mengenai status terkini parti DAP yang didakwanya masih belum diiktiraf ekoran kontroversi pada pemilihan Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.

Beliau kemudiannya mendesak agar ROS membuat kenyataan dan penjelasan terbuka terhadap status parti DAP sebelum penamaan calon Bukit Gelugor dan Teluk Intan bermula.

"Bolehkah mereka (DAP) bertanding di Bukit Gelugur dan Teluk Intan sebab surat (dari ROS) pada Disember tahun lalu jelas memberitahu DAP tidak boleh membuat sebarang keputusan atau menandatangani apa jua surat kerana Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.

"Kita mahu pertandingan di Bukit Gelugur dan Teluk Intan secara sihat serta bersih dan ROS mesti jawab secara terbuka kepada rakyat," ujarnya.

Sunday, April 20, 2014

PENANG KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG.. APA SUMBANGAN KARPAL WAHAI @cmlimguaneng ?


Kecoh apabila Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang) mengumumkan bahawa mendiang Karpal Singh diberi penghormatan pengkebumian negeri.

Kenapa? Secara rasionalnya, pada saya ini tidak menjadi apa-apa kesalahan sekiranya mahu memberi penghormatan kepada mana-mana 'wira' yang meninggal dunia, yang menjadi masalahnya ialah perkara yang diumumkan Lim Guan Eng, iaitu:
"Bendera Pulau Pinang di seluruh negeri akan dikibarkan separuh tiang sehingga mendiang Karpal akan dikebumikan pada Ahad ini."
PERSOALAN
  • APAKAH DARJAT MENDIANG KARPAL SINGH SEHINGGA DIBERIKAN PENGHORMATAN SEDEMIKIAN RUPA? DIA SAMA SEPERTI AHLI PARLIMEN NEGERI PULAU PINANG YANG LAIN, CUMA PUNYAI KELEBIHAN DENGAN JAWATAN PENGERUSI KEBANGSAAN DAP.
  • RASANYA SELEPAS INI, SETIAP KALI ADA KEMATIAN MELIBATKAN AHLI PARLIMEN PULAU PINANG, SAYA MAHU LIM GUAN ENG UMUMKAN KIBARAN BENDERA NEGERI SEPARUH TIANG. BOLEH?
KENAPA PENGHORMATAN SEPERTI INI TIDAK DIUMUMKAN SEWAKTU PEJUANG NEGARA GUGUR DI LAHAD DATU SEBELUM INI?



ANDA PERLU TAHU BAHAWA KARPAL SINGH ADALAH ANAK KEPADA PENENTANG PEJUANG MAT KILAU?

PENENTANGAN DI PAHANG DAN SUMBANGAN RAM SINGH 
Pengenalan

J.P. Rodger memegang jawatan Residen British di Pahang pada bulan Oktober 1888. Seperti di Perak, pengenalan sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu yang kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka. Penentangan sistem Residen oleh orang Melayu di Pahang berkesudahan dengan satu pemberontakan yang meletus pada tahun 1891 di bawah pimpinan Dato’ Bahaman dari Semantan, Tok Gajah dan anaknya Mat kilau.

Sebab-sebab berlaku penentangan di Pahang
1. Perasaan tidak puas hati Sultan

Hubungan Sultan Ahmad dengan British sememangnya tidak memuaskan sejak lama lagi. Hal ini disebabkan Sultan Ahmad masih menyimpan perasaan benci terhadap British kerana memberi bantuan ketika menentang saudaranya Wan Mutahir dalam Perang Saudara di Pahang. Oleh sebab itu, Wan Ahmad enggan menerima Residen British, tetapi dengan adanya tekanan dari British, Wan Ahmad terpaksa mengalah dan menerima Residen pada bulan Oktober 1888 iaitu J.P. Rodger.

Sultan Ahmad berasa kecewa apabila baginda sedar bahawa kekuasaannya semakin berkurangan. Kedudukan baginda dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak berfungsi kerana keputusan adalah diputuskan oleh Residen. Kekuasaannya semakin tercabar apabila pihak British menunjukkan sikap lebih mempercayai putera baginda iaitu Tengku Mahmud. Akibatnya, Sultan Ahmad mengambil keputusan meninggalkan Pekan dalam bulan Disember 1889 dan berangkat ke Pulau Tawar. Tengku Mahmud telah dilantik sebagai wakil Raja.

Walaupun penglibatan Sultan Ahmad dalam penentangan tidak dapat ditentukan dengan jelas, namun sikap anti-Inggeris baginda sudah menjadi pendorong kepada golongan yang menentang British. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika terdapat berita yang mengatakan Wan Ahamd mempunyai hubungan sulit dengan golongan penentang.

2. Perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar

Langkah-langkah yang diambil oleh J.P. Rodger untuk memperkenalkan peraturan-peraturan baru telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar Pahang. Para pembesar telah kehilangan hak mereka untuk mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, pentadbir keadilan dan sebagainya. Daerah-daerah diwujudkan dan diletak di bawah pengawal British yang dipanggil pemungut cukai dan majistret, misalnya Daerah Pekan oleh F. Belfield, Kuantan oleh A.H. Wall. Residen pula mengambilalih peranan pembesar sebagai penasihat Sultan. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun para pembesar dibayar elaun sebagai ganti rugi tetapi jumlahnya adalah kecil, misalnya, Orang Besar Berempat menerima $100 sebulan, Orang Kaya Semantan $70 sebulan dan orang Kaya Berlapan $20 sebulan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar. Pada tahun 1891, mereka bangkit menentang pentadbiran British.

3. Perasaan tidak puas hati Dato’ Bahaman

Dato’ Bahaman menentang pihak British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun yang setanding dengan elaun Orang Besar Berempat, iaitu sebanyak $100 sebulan. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70 sebulan sahaja. Dato’ Bahaman juga berasa marah apabila British membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan, aiitu daerah di bawah jagaanya tanpa kebenaran daripada beliau. Beliau telah menulis sepucuk surat bantahan kepada majistret di Temerloh, iaitu E.A. Wise tetapi beliau gagal mendapat keadilan daripada majistret Temerloh. Sebaliknya, Dato’ Bahaman diberi amaran kerana tindakannya itu.

4. Perasaan tidak puas hati Tok Gajah

Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863), beliau dianugerahi gelaran Orang Besar Raja. Tok Gajah pula berperasaan anti-Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak oleh pihak British pada Januari 1890. permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya dalam penentangannya terhadap British.

5. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang

Pengenalan beberapa perubahan oleh British seperti sistem lesen dan permit telah mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat Pahang. Sebagai contoh, mereka terpaksa memperolehi lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia. Rakyat juga tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka. Mulai 1 Januari 1891, British mengenakan cukai ke atas tanah yang diperolehi (kecuali tanah warisan). Kadar cukai adalah tertakluk kepada kategori tanah. Rakyat juga membantah terhadap sistem kerah yang dilaksanakan oleh British bagi projek-projek awam.

6. Perasaan banci orang asing

Mengikut Jang Aisjah, perasaan benci orang asing (Xenophobia) juga bertanggungjawab bagi peletusan pemberontakan Pahang. Rakyat Pahang tidak puas hati dengan kehadiran orang asing, terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang Sikh. Di Pahang, terdapat juga ramai orang Eropah dan Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. Sikap kesombongan serta kejahilan mereka terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang Melayu. Perasaan anti-orang asing jelas kelihatan apabila Dato’ Bahaman dan Mat Kilau Seringkali menyerang pedagang-pedagang Cina di Pahang.

Proses pemberontakan

Peristiwa yang membawa kepada meletusnya pemberontakan ialah tindakan tidak wajar British di Lubuk Trua. Ketika melakukan penyiasatan di tempat itu, Pemangku Pemungut Hasil dari Semantan telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana dituduh mengambil hasil-hasil hutan tanpa kebenaran. Ketiga-tiga orang yang tertuduh telah dibicarakan di Lubuk Trua. Tindakan ini merupakan satu penyelewengan kerana kebiasaannya perbicaraan dijalankan di Ibu Pejabat Daerah di Temerloh. Hal ini juga menunjukkan pihak British merasa mereka lebih berkuasa.

Dato’ Bahaman bertindak untuk membebaskan orang-orang tawanan itu dengan menyerang hendap ke atas pasukan kerajaan dan kemudian menyerang balai polis Lubuk Trua. Pada 21 Disember 1891, Temerloh pula diserang dan ditawan. Pihak British telah bertindak balas beberapa hari selepas peristiwa itu berlaku. Satu pasukan yang dipimpin oleh Hugh Clifford telah mara ke Semantan tetapi terpaksa berundur ke Temerloh kerana banjir.

Pihak British mendesak Sultan Ahmad supaya memberi kerjasama kepada pemerintah dalam menhadapi ancaman Dato’ Bahaman. Oleh sebab adanya desakan dan secara kebetulan hubungannya dengan Dato’ Bahaman tidak begitu baik, Sultan Ahmad telah bersetuju. Sultan Ahmad dan puteranya keduanya iaitu Tengku Ali telah menyerang Semantan pada 14 Januari 1892 tetapi Dato’ Bahaman telah mengundurkan diri terlebih dahulu. Sultan Ahmad telah mengumumkan pengampunan dan meminta golongan penentang pulang ke rumah masing-masing.

Tengku Ali telah diarahkan mengawal tempat itu tetapi tidak berupaya untuk menyekat kemaraan Dato’ Bahaman kerana orang-orang Melayu menyokongnya. Dato’ Bahaman telah menawan semula Lubuk Trua pada awal bulan Mac 1892. Peristiwa itu menyebabkan Clifford dan wakil Raja menyerang Semantan dan sekali lagi Dato’ Bahaman telah berundur. Bolo dan Cempaka dimusnahkan. Clifford telah cuba meneruskan tindakan ke atas golongan penentang tetapi Sultan Ahmad mencegahnya memandangkan bermulanya bulan puasa iaitu pada akhir bulan Mac 1892.

Keberanian Dato’ Bahaman telah memberi semangat kepada pembesar-pembesar Melayu yang lain untuk turut menentang British. Atas usaha Tok Gajah, pertemuan telah diadakan dan dalam pertemuan itu, semua pembesar telah bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Selanjutnya, atas cadangan Tok Gajah, keputusan telah diambil untuk menentang British secara besar-besaran. Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan dilaksanakan secara serentak. Dato’ Bahaman akan mengambil Semantan, Sultan Ahmad dikehendaki mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Tembeling.

Rancangan tersebut dimulakan dengan serangan oleh Panglima Muda pada 5 April 1892. Dua orang bangsa British daripada Syarikat Penyelidikan Pahang telah dibunuh dan kemudian pasukan Panglima Muda mara ke Pekan. Orang-orang Melayu telah memberi sokongan kepadanya dan ini menyulitkan pihak British. Gerakan penentang British ternyata telah terjejas kerana di medan perjuangan yang lain, keadaan telah berubah. Wan Ahmad yang berada di Pulau Tawar telah mengubah fikiran dan memujuk Tok Raja yang datang mengadapnya supaya tidak menyertai penentangan itu. Tok Gajah juga telah menyertai Sultan Ahmad dan yang menyedihkan, kedua-duanya bertindak ke atas Dato’ Bahaman kemudiannya.

Dato’ Bahaman telah berjaya menawan Semantan. Sekali lagi pihak British meminta Wan Ahmad menyertai pemerintah untuk menentang Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman pada 8 Mei 1892. Sementara itu, pasukan Clifford dan Leftenan Kolonel Walker, terus bertindak menyerang Budu pada 21 Mei 1892 tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan diri lalu bersatu dengan Dato’ Bahaman yang berada di Cheka.

Dalam bulan Jun 1892, British menyerang Jempul dan menawannya. Keadaan ini menyebabkan Sultan Ahmad menasihatkan Tok Gajah supaya melarikan diri kerana bimbang British akan mengambil tindakan ke atasnya. Oleh itu, dalam bulan Ogos 1892, Tok Gajah melarikan diri untuk menyertai Mat Kilau dan Dato’ Bahaman yang berada di Tembeling. Oleh sebab tekanan-tekanan seterusnya, mereka terpaksa berundur ke Sempadan Kelantan dalam bulan September 1892. Malangnya, Panglima telah terbunuh dalam bulan Oktober 1892.
Melalui Tok Raja yang bertugas sebagai orang perantaraan, usaha telah diambil untuk menghentikan penentangan. Perundingan telah dimulakan dalam bulan Disember 1893 tetapi Mat Kilau dan Mat Lela, putera Dato’ Bahaman, enggan mengambil bahagian. Perundingan yang berjalan sehingga bulan April 1894 tidak memberi sebarang hasil.

Selepas perundingan mengalami kegagalan, perjuangan orang-orang Melayu semakin bersemangat. Hal ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh Engku Syed dari Paloh. Ketika ini Dato’ Bahaman telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikutny a dari Besut dan Ulu Lebir. Pada 12 Jun 1894, penentangan meletus kembali apabila golongan penentang menyerang Kuala Tembeling. Seorang anggota polis iaitu Ram Singh (*) yang mendapat luka parah akibat ditikam telah dapat melepaskan diri menaiki sampan ke Pulau Tawar. Golongan penentang telah cuba mendapatkan bantuan dari Tok Raja dari Pulau Tawar tetapi gagal. Hal ini menyebabkan penentang telah cuba membina kubu pertahanan di Jeram Ampai. Satu angkatan tentera British yang besar telah menyerang Jeram Ampai dan menawannya pada 29 Jun 1894. Akhirnya golongan penentang telah berundur ke Kelantan dan Terengganu.

Pihak British telah meminta Kerajaan Siam supaya campur tangan. Akhirnya, dalam bulan November 1895, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau serta 4 orang pengikutnya telah menyerah diri kepada pihak Siam dan kemudian dihantar ke Siam. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau terus menetap di Terengganu dan dikatakan meninggal dunia di sana.


oleh SP Star NOTA: (*) RAM SINGH ANGGOTA POLIS BRITISH ADALAH PENDEKAR YANG SANGAT GIGIH DALAM MEMPERTAHANKAN KEKUASAAN PENJAJAH BRITISH. BELIAU ADALAH BAPA KEPADA PEJUANG GIGIH MALAYSIAN MALAYSIA SEKARANG INI YANG KITA SEMUA KASIHI IAITU ENCIK KARPAL SINGH ANAK LELAKI RAM SINGH. TAHNIAH KEPADA ENCIK KARPAL SINGH KERANA MENERUSKAN PERJUANGAN BAPANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA.

http://pondokdungun terengganu. blogspot. com/

PESANAN:

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hariMahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Padapengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa,satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Friday, April 18, 2014

#MH370: SAYA CABAR @anwaribrahim SELESAIKAN #IsuAirSelangor DALAM 1 SAAT!!! JANGAN CAKAP JE LEBIH!!


Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.

Baca dibawah:

PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagai PENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.  


HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU? 


Berdasarkan laporan dari Rakyat News:

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor. 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi. 
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air. 
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini. 
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat. 
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat. 
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.

ULASAN PENULIS: 

SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!!

INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'.

KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN? 

SAYA CABAR ANWAR SAHUT CABARAN RAMESH!! 

Wednesday, April 16, 2014

@KhalidIbrahim: SILA BUBARKAN DUN SEGERA!!! KESIAN KAT RAKYAT SELANGOR!!! @NajibRazak


Semakin hari, semakin huru-hara Selangor sejak pemerintahan PKR selepas PRU-12 (2008) lepas. Sebelum PKR berjaya rampas Selangor dari BN, bermacam-macam janji manis yang dilemparkan oleh mereka.


MANIFESTO PAKATAN UNTUK NEGERI SELANGOR
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD/BACA

Nampaknya, sekali lagi Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Sdr Ramesh Rao Krishnan Naidu 'buat hal'...


Baru sahaja tak sampai sebulan dia telah buatkan Karpal Singh terkedu kerana "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat"(SINI). Tup tup... Hari ini, dia dengan ekstrimnya telah mendesak Khalid Ibrahim (MB Selangor) supaya membubarkan DUN Selangor dengan kadar segera, kerana Selangor bakal menjadi 'daging ratahan' godzilla PKR jika tindakan ini tidak diambil. 

SERIOUSLY!

Desakan itu disuarakan melalui tweet dari akaun Twitter peribadinya sendiri:

ULASAN PENULIS: 

Pada pandangan saya... Secara amnya, pembubaran DUN ini adalah WAJAR & WAJIB kerana ini bagi memastikan 'hak rakyat Selangor' terjamin dan mereka tidak lagi diperbodohkan angkara kerakusan PKR. Yang paling melampau adalah isu terkini, iaitu:

  • 'DISKAUN 7% UNTUK BUMIPUTERA (BELI RUMAH) TELAH DIMANSUHKAN DENGAN 'SLUMBER' OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR' 
  • UNISEL DITUTUP KERANA KERUGIAN RM37 JUTA
  • HOTEL 'QUALITY' MILIK PKNS TERPAKSA DITUTUP & MENYEBABKAN 105 STAFF KEHILANGAN KERJA.
  • ISU AIR
Tak pasal-pasal tempat menuntut ilmu dan mencari rezeki ditutup. Semasa pekung belum terdedah, Kerajaan Selangor heboh satu dunia katakan bahawa negeri Selangor mempunyai keuntungan berpuluh juta sepanjang pemerintahan PKR. Mana pergi wang puluh-puluh juta tu?

Dalam isu pemansuhan diskaun 7% bumiputera pula, bolehkah saya kategorikan PEMIMPIN MELAYU di Selangor sebagai BODOH? Habis tergadai hak Melayu/bumiputera yang pada asalnya adalah 'tuan rumah' di Tanah Melayu ini. 

Adakah rakyat Selangor masih lagi mahu mereka memerintah? Kalau mahu, SILAKAN... Itupun jika anda berhati KENTAL.

Pengurusan negeri tidak akan rugi jika tiada korupsi disebaliknya!! Banyak sangat raksasa dalam SUK Selangor tu.. BUBAR CEPAT!!

Monday, February 10, 2014

RAMESH RAO KRISHNAN NAIDU PALING LAYAK GANTI KERUSI WAYTHAMOORTHY... @NajibRazak

Selepas perletakan jawatan Pengerusi Hindraf sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri isnin lepas, terbukti ianya satu kesilapan besar kerana selepas 8 bulan dia memegang jawatan itu,Waythamorty gagal menyatupadukan kaum India.

Untuk pengertahuan, ramai yang menentang perlantikan Waythamorty ini dulu. Apa yang saya mahu tekankan disini, siapa yang layak untuk gantikan tempatnya?

Setelah dianalisis dan diteliti dari entri rakan-rakan bloggers, individu yang layak ialah Ramesh Rao Krishnan Naidu :



Siapa Ramesh?

Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial, suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara, tak kira apa jua isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang, beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan. Semuanya kerana mahu rakyat Malaysia hidup aman damai berbilang kaum tanpa ada pemusuhan antara kaum. Boleh juga rujuk di SINI SINI & SINI

Kenapa dia penting kepada kaum India?
Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tiada syak lagi katanya tentang itu. Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa, seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak). 
Maka kata Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas. Ini sekaligus akan menarik minat bangsa yang tersebut untuk menyertai MIC. Kalau tidak dibuat sebegini adalah amat susah untuk memantapkan semula MIC. 
MIC kena open, semua orang India kena bersatu dibawah MIC. Baru diingat India adalah negara dan terdapat banyak bangsa dalam negara India. Kena pakai konsep tu dalam MIC. Kalau tidak digunapakai maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh semacam lepas hujan di negara kita ni. 
Hanya dengan berbuat begini saja akan menyelamatkan parti orang India yang terbesar dan begitu kukuh suatu masa dahulu di Malaysia bernafas kembali. MIC kena terbuka untuk terima cadangan sebegini. Baru la parti mereka akan kukuh kembali. 
Sedih tengok parti orang India ni gagal. Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.

Itu antara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.

Aku tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu.

Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum. 
Seterusnya




ANTARA VIDEO RAMESH RAO


MY SLIDESHARE UPLOAD