Thursday, July 24, 2014

#PrayForMH17: SETELAH PENAT SPIN, AKHIRNYA RUSSIA MENGAKU MEREKA TEMBAK PESAWAT #MH17 !!! #JusticeForMH17

"Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’.  Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam. -Astro Awani

Tuesday, July 15, 2014

MAJORITI SOKONG CAJ 'VEP' TERHADAP KENDERAAN SINGAPURA!

Berdasarkan analisis di media sosial, majoriti rakyat Malaysia menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya Malaysia mengenakan caj permit kemasukan kenderaan (VEP) asing kepada kereta berdaftar di Singapura.

PETIKAN AKHBAR:

Kebanyakan pengguna menganggap ia langkah tepat selepas kerajaan sekian lama membenarkan kenderaan asing memasuki negara ini secara percuma dan ramai juga yang mencadangkan supaya jumlah caj dinaikkan lebih tinggi daripada RM100 yang dicadangkan Pemuda Umno Johor, kelmarin.

Malah, ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap kerajaan menganaktirikan rakyat sendiri dengan mengenakan pelbagai bayaran dan menarik semula pelbagai subsidi, namun tidak mengenakan bayaran setimpal kepada orang luar.

Seorang perunding komunikasi Faisal Nazrin Zainuddin, 30, berkata, kebanyakan kereta dari Singapura diketahui memasuki negara ini untuk mengisi petrol dan membeli barangan yang kebanyakannya menerima subsidi kerajaan.

"Memang ada had (pembelian petrol) tetapi dari segi penguatkuasaan, saya rasa tidak menyeluruh. Ini (caj VEP) satu lagi sumber pendapatan (negara)," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kelonggaran ketara kepada pesalah trafik Singapura.

"Saya banyak kali terserempak dengan kenderaan Singapura memandu sangat laju di lebuh raya. Polis kita mencari pesalah trafik Malaysia sehingga ke rumah, pejabat tetapi kenapa undang-undang itu seolah-olah tidak dikenakan kepada orang luar?," soalnya.

Sementara itu, peguam Siti Nurzafirah Padzil, 27, berkata, cadangan mengenakan VEP kepada kenderaan Singapura amat disetujui.

"Singapura penyebab kesesakan lalu lintas di Johor Bahru dan mereka memenuhi ruang letak kereta pasar raya besar untuk beli barangan runcit di Malaysia," katanya.

Pandangan mereka dikongsi sebahagian besar pengguna media sosial yang memberi komen berhubung cadangan caj VEP itu.

"Singapura bijak dapatkan duit daripada orang luar tetapi Malaysia tidak tahu (melakukan perkara sama), hanya tahu dapatkan duit daripada orang sendiri dengan menaikkan harga," menurut seorang pengguna media sosial.

Ada pula yang berpendapat kereta Singapura patut dikenakan caj tinggi kerana kebanyakan penduduk negara jiran itu membeli petrol RON95 yang bersubsidi di Malaysia.

"Apabila ditegur, ajak pula kita bertumbuk. Apa dah jadi dengan penguatkuasaan," komen pengguna Facebook.

Singapura berusaha mengurangkan kesesakan pintu sempadan negaranya mengumumkan caj VEP dinaikkan dari S$20 (RM51) kepada S$35 (RM90) bermula 1 Ogos ini. - SINAR

Saturday, July 12, 2014

#PrayForGaza: SERANGAN ISRAEL TERHADAP GAZA BUKTI MEREKA TAKUT ISLAM BERSATU!! #GazaUnderAttack

PUNCA SERANGAN OLEH REGIM ISRAEL TERHADAP GAZA --> PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN PALESTINE


Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza. 
Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu. 
"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka. 
"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini. 
Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan. 
Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah. 
Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat. 
Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967. 
Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang. 
Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza. 
Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza. 
"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel. 
"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya. 
Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah. 
"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya. 
Sementara itu, Mahmoud pada Selasa menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera. 
SUMBER


896 RAKYAT PALESTIN DITAHAN SEJAK KEMPEN PENAHANAN ISRAEL BERMULA


Embedded image permalink
Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan sebanyak 896 rakyat Palestin dari beberapa bahagian Tebing Barat sejak kempen penahanan Israel bermula pertengahanan Jun, menurut Palestinian Prisoner Society pada Selasa lalu. 
66 penangkapan dilakukan pada malam semalam termasuklah 24 orang rakyat Palestin dari tanah Palestin 1948, 36 orang rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan 6 orang dari Bethlehem, Tulkarem, Ramallah dan Jericho. 
Sementara itu, Palestin Center for Prisoner Studies berkata lebih dari 1555 orang rakyat Palestin telah ditahan dalam suku kedua tahun 2014, sementara 1175 orang lagi telah ditangkap dalam suku pertama tahun yang sama. Statistik keseluruhan mendedahkan bahawa 2370 penahanan telah dijalankan sejak awal tahun 2014. 
SOURCE: Palestine Kini 
AHLI PARLIMEN HAMAS ASHQAR: TIADA KEDAMAIAN SEHINGGA SERANGAN DITAMATKAN, PENGEPUNGAN DIANGKAT
Embedded image permalink

Ahli Parlimen (MP) HAMAS Ismail al-Ashqar menegaskan bahawa Pihak pejuang tidak akan menjamin keamanan kepada penjajah Israel sehingga mereka menamatkan serangan dan mengangkat pengepungan ke atas Gaza. 
Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa keamanan hanya akan dicapai dengan syarat-syarat yang ditetapkan pejuang. 
Pesawat tempur Israel terus melakukan serangan ke atas bangunan awam di Semenanjung Gaza manakala pihak pejuang membalas dengan menghantar roket ke arah sasaran Israel. 
Bagi pihaknya, jurucakap HAMAS Husam Badran menulis dalam laman Facebooknya pada Selasa bahawa memberhentikan serangan roket merupakan ‘mimpi Zionis’. Beliau menambah bahawa Israel yang memulakan serangan, manakala penduduk Palestin hanya mempertahan diri dan tanah air mereka. 
SOURCE: Palestine Kini

MY SLIDESHARE UPLOAD