Tuesday, September 24, 2013

#PemilihanUMNO: CALON FAVOURITES TELAH DIUMUMKAN SECARA 'PERSONAL'!!

Penganalisis Politik profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah membariskan beberapa nama yang beliau fikir harus diberi lebih perhatian dalam pemilihan Umno yang akan datang.

Antara nama yang beliau sebut ialah, Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita, dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Saifuddin Abdullah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan,” kata Prof Agus dalam Facebook rasminya hari ini.

PEMIMPIN PELAPIS PARTI

“Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding?” tanya Prof Agus.

Beliau berkata, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana melihat Datuk Mukhriz sebagai jelmaan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tegas menyatakan ini adalah tanggapan yang tidak adil pada Datuk Mukhriz. Jika pun beliau masih dibayangi oleh ayahnya, saya fikir beliau tetap memahami aspirasi rakyat terkini,” ujar Prof Agus dalam Facebooknya.

Oleh sebab itulah beliau mahu melihat ahli UMNO menerima pencalonan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis parti itu dan sekiranya UMNO terus berkuasa di negara ini, untuk melihat Mukhriz menjadi pemimpin negara seterusnya.

JAWATAN MAJLIS TERTINGGI

Tentang Datuk Nur Jazlan Mohamed, Prof Agus berkata, dalam pemilihan UMNO tahun 2008, beliau membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi kemudiannya terpaksa menarik diri kerana tidak cukup pencalonan.

“Apapun jawatan yang ditandingi Datuk Jazlan, saya beharap beliau dipilih oleh seramai 150,000 perwakilan kali ini. Sebagai seorang akauntan, beliau mempunyai idea baru untuk membawa perubahan kepada UMNO,” kata Prof Agus.

Rugi rasanya untuk negara jika pemimpin seperti Datuk Nur Jazlan diketepikan kerana untuk terus bertahan, UMNO perlukan pemimpin yang mempunyai jiwa dan roh pemimpin yang dapat memahami tuntutan dan keperluan semasa rakyat dan negara, tegas beliau.

Seorang lagi calon yang bertanding ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang mempertahankan jawatannya di Majlis Tertinggi.

“Berkelulusan dari Universiti Malaya, saya melihat beliau berkeupayaan untuk meremajakan parti itu dengan menarik minat anak muda kepada UMNO,” ujar Prof Agus.

Tambah beliau lagi, “Gaya politiknya yang menerima perbezaan pendapat dan sederhana dalam banyak hal sepatutnya didokong oleh para perwakilan kerana sikap politik seperti inilah yang diperlukan oleh UMNO untuk kekal relevan dalam arus politik negara seterusnya.”

PEMUDA UMNO

Begitu juga dengan Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan kita. Berkelulusan Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Prof Agus melihat beliau sebagai pemimpin muda yang dinamik, enegertik dan mempunyai idea yang segar.

Seorang kawan memberitahu Prof Agus, yang Khairy tidak sesuai menjadi pemimpin pelapis kerana semangat Melayunya yang kurang disebabkan sikapnya yang liberal.

“Tetapi saya berhujah sebaliknya, sikap liberal Khairy itulah kelebihan kerana ini menunjukkan beliau telah menonjolkan imejnya bukan sahaja sebagai pemimpin UMNO semata, tetapi juga sebagai pemimpin nasional,” jawab Prof Agus.

WANITA UMNO

Bagi Wanita pula, Prof Agus teruja dengan tindakan Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Wanita.

Mengikuti perkembangan politik Wanita UMNO setakat ini, Suraya adalah seorang pemimpin yang mendekati rakyat. Berkelulusan dalam bidang undang-undang, Suraya dilihat sebagai seorang yang aktif melaporkan aktiviti hariannya bersama rakyat melalui facebook beliau.

Sikap beliau menunjukkan tahap kepekaannya yang tinggi kepada isu-isu masyarakat dan negara.

“Oleh itu saya lega apabila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita kerana beliau adalah antara pemimpin yang saya harap memainkan peranan untuk memacu Malaysia ke depan,” kata Prof Agus. - The Malaysian Times

#PemilihanUMNO: DS @Mustapha_Mohamed WAJIB DIKEKALKAN DALAM BARISAN MT DEMI #GelombangMerah & #TukarKelantan!! #TokPa4MT


KLIK SINI UNTUK KE FB GROUP 'We Love Tok Pa'

Dato ' Sri Mustapa Mohamed (Tok Pa) merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Ahli Parlimen Jeli, Kelantan dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Telah dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963.

1969 - Menamatkan pengajian di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College), Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada tahun 
1973.

1982 - Mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada dari Boston University, Amerika Syarikat.

Kerjaya pertama - Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Selain itu, Tok Pa ialah b
ekas Pengarah Eksekutif (CEO), Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tok Pa pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. - TUKAR KELATE

#PemilihanUMNO: ADAKAH CALON MT #no60 @tunfaisal RELEVAN? #TF4MT


Pada awalnya saya terkejut apabila KJ mengumumkan nama Tun Faisal (TF) antara empat nama dari 'Team Pemuda' yang mendapat pengesahan dan sokongan (endorsement) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kenapa saya kata pilihan tepat...?

Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda, calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda.

Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14.

Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM


Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan.

Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.

rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda

Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India 
ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat 

Kenapa saya kata TF pilihan yang tepat...?

Kerana hasrat untuk 'meremajakan' UMNO tidak mungkin dapat direalisasikan jika pemimpin tersebut tiada pengalaman berdamping bersama kumpulan anak muda tidak mungkin mereka mampu memahami kehendak dan hasrat golongan muda serta belia terutama mahasiswa.

Mungkin apa yang saya nyatakan menyakitkan mata sahabat pembaca yang terdiri dari kumpulan kecil 'haters' kepada TF. Mungkin juga ada yang kata"alaa..balaci TF yang tulis, biasalah mesti jilat bos dia..."

Bro...

Kalau ada exco yang aktif mendekati golongan muda selain TF, sila nyatakan. Saya boleh senaraikan satu persatu program serta bentuk pendekatan yang digunakan oleh TF. Tapi cukuplah setakat ini dulu, saya bimbang nanti ada dua tiga kerat yang histeria apabila membaca kerja-kerja yang telah dilakukan oleh TF di peringkat akar umbi.

Buat ahli perwakilan, ini peluang pertama kali untuk kita pilih pucuk pimpinan tertinggi parti. Sebagaimana saya jelaskan pada perenggan pertama artikel ini iaitu saya bukan hendak berkempen bagi pihak Tun Faisal, saya cuma nak cerita kenapa peluang perlu diberikan kepada calon Majlis Tertinggi UMNO no.60 ini.

Selebihnya terserah kepada saudara ahli akar umbi UMNO, kerana undi di tangan saudara... YY

MY SLIDESHARE UPLOAD