Showing posts with label calon MT. Show all posts
Showing posts with label calon MT. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

#PemilihanUMNO: INFO!! PERWAKILAN PERLU TITIK BERATKAN CALON MT BERPOTENSI BESAR INI!!


Dalam barisan calon-calon pilihan (CAI) seperti yang saya keluarkan semalam [sini]..

Saya amat tertarik dengan muka baru yang bagi pandangan saya, mereka sangat berpotensi besar untuk menyumbang kepada parti dan masyarakat sejagat. Saya tak pilih banyak hanya (DUA) sahaja. Dimana, calon-calon ini sudah saya pilih sejak mereka mengumumkan akan bertanding (Ahli Majlis Tertinggi).

Calon pertama:


PENGERUSI PTPTN, AHLI PARLIMEN LENGGONG & NAIB KETUA BAHAGIAN LENGGONG

Sebagai pengerusi PTPTN, YB Shamsul dilihat berpotensi dalam memperkasakan platform pendidikan, iaitu mendekati para mahasiswa dan atas inisiatif diskaun 30% yang diperkenalkannya untuk bayaran balik PTPTN baru-baru ini, secara tidak langsung telah menyedarkan golongan peminjam ingkar yang menganggap bahawa PTPTN adalah zalim (Pro-M), disamping telah menyumbang satu 'output' yag besar kepada dasar ekonomi negara.

YB Shamsul adalah seorang yang sangat lantang bersuara di Parlimen. Suara dan hujahnya begitu ditakuti pembangkang. Tak percaya? Saksikan video dibawah:





CALON KEDUA:


CALON NO.60
EXCO PEMUDA UMNO, PENGERUSI UNIT MEDIA BARU (UMB) DAN BN YOUTH CYBER TEAM, AJK BIRO IPT MAJLIS TERTINGGI UMNO & ANGGOTA ONLINE RAPID RESPONSE TEAM BN PRU-13

Saya percaya, ramai sudah mengenali siapa calon ini. Dia merupakan seorang yang sangat berpotensi bagi menajamkan serangan barisan jentera siber dan menjadikan kelebihan media baru ini sebagai anjakan paradigma kepada tarikan pengundi dan kemenangan parti.

Berdasarkan dengan  semua pengalaman yang TF ada, saya yakin dia boleh dan dia telahpun buktikannya semasa PRU-13 lepas. Tidak ketinggalan juga semasa semua PRK yang telah dijalankan sepanjang penggal sebelum ini. (cth: PRK Kuala Besut, PRK Manek Urai).

Selain punya kelebihan dalam media sosial, TF juga punyai keberanian untuk menyertai forum bersama pembangkang. Tak semua pemimpin berani macam ni.

________________________________________________________________________________

Saya agak kesal dengan sesetengah 'cai' yang dikeluarkan oleh beberapa bahagian, dimana mereka tidak titik beratkan potensi, tapi hanya memandang orang muda sebagai calon mentah dan tak layak menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Adakah ini dinamakan 'SELFISH'?

Salah satu contoh:

Bahagian mana punya ni? cuba teka?
haha
_________________________________________________________________________________

Mohon agar perwakilan fikir yang terbaik kepada UMNO dan agar calon ini diberi peluang supaya dapat memberi pembaharuan dalam parti keramat UMNO. InsyaAllah. 

Thursday, October 17, 2013

#PemilihanUMNO: PENDEDAHAN EKSKLUSIF 'CAI' AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO!! MANA LAGI 5?


Berikut adalah senarai calon Top 20 Ahli Majlis Tertinggi pilihan bagi Pemilihan UMNO penggal ini. Calon-calon ini adalah yang secara peribadinya, berpotensi untuk memberikan pembaharuan dalam UMNO dan yang bekerja. Siapa lagi 5? Jika punyai apa-apa pendapat, sila bentangkan diruangan KOMEN:

TIMBALAN PENGERUSI TETAP:



NAIB PRESIDEN:


DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
NO. CALON 01

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
NO. CALON: 02

DATO' PADUKA MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR
NO. CALON: 05

SENARAI TOP 20 CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI PILIHAN...
SIAPA LAGI 5??
SILA CADANGKAN DIRUANGAN KOMEN!!



SENARAI PENUH CALON:

1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
6. Tan Sri Annuar Musa
7. Datuk Zahidi Zainul Abidin
8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
9. Datuk Misri Barham
10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
12. Datuk Musa Sheikh Fadzir (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
14. Datuk Ab Aziz Kaprawi
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
17. Datuk Sohaimi Shahadan
18. Datuk Seri Idris Jusoh (Penyandang)
19. Datuk Seri Mahdzir Khalid
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
21. Dr Mohd Puad Zarkashi (Penyandang)
22. Datuk Halimah Mohamed Sadique
23. Yusoff Ishak
24. Mohd Ariff Abdul Aziz
25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (Penyandang)
26. Datuk Moktar Radin (Penyandang)
27. Datuk Ab Wahab Ibrahim
28. Zawawi Othman
29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
30. Datuk Rosni Zahari
31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penyandang/dilantik)
32. Datuk Abd Rahman Dahalan
33. Datuk Abd Latiff Ahmad (Penyandang)
34. Razali Husain
35. Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said
37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
38. Datuk Md Alwi Che Ahmad
39. Datuk Azman Shah Omar Shah
40. Datuk Seri Mohamad Hasan
41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Penyandang)
42. Datuk Maznah Abdul Hamid
43. Datuk Hamidah Osman
44. Datuk Hassan Malek
45. Mohd Sazili Shahibi
46. Abd Zarin Mohd Yasin
47. Datuk Mohamad Satim Diman
48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Datuk Idris Haron (Penyandang)
50. Datuk Mohd Zain Ismail
51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
52. Datuk Nur Jazlan Mohamed
53. Datuk Nasir Safar
54. Azlan Man
55. Dr Zubir Harun
56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
57. Mohsin Yusoff
58. Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
59. Datuk Ishak Ismail
60. Tun Faisal Ismail Aziz
61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
62. Datuk Ahmad Jaafar
63. Datuk Reezal Merican Naina Merican
64. Sapin @Sairin Karano @Karno


Tuesday, October 8, 2013

#PemilihanUMNO: MP LENGGONG ADA POTENSI BESAR UNTUK TERAJUI DASAR EKONOMI NEGARA. #ShamsulAnuar4MT



Saya bukan nak kempen, tetapi hanya mahu menulis tentang calon-calon yang sudah di 'monitor' sejak sebelum PRU-13 lagi. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ahli (P55) Parlimen Lenggong dan juga merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Seperti yang semua tahu, sebelum ini begitu banyak 'Peminjam Ingkar' dikesan. Tetapi daripada apa yang saya nampak, sejak Pengerusi PTPTN diambil alih oleh Dato' Shamsul, Kuantiti peminjam yang liat mahu membayar balik telah berkurang secara mendadak!.

Ini adalah bukti kebijaksanaan yang dimilikinya. Kebijaksanaan merupakan ciri-ciri utama yang patut ada pada pemimpin terutamanya pemimpin yang tergolong dalam Negara majmuk seperti Malaysia ini.

Dengan itu, secara tak langsung ianya menyumbang kepada kestabilan negara dalam semua aspek.


Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lalu, seramai 4,469 daripada 79,134 peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenarai hitam.  
“PTPTN menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta,” katanya, di sini, semalam.  
Atasi hutang tertunggak 
Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2013, membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.
“Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini,” katanya. 
Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 pada tahun lalu. 
Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lalu hanya RM4.48 bilion atau 48.04 peratus daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion.  
 BERITA HARIAN

#PemilihanUMNO: TAHNIAH @tunfaisal DIATAS PENCALONAN SEMULA. BUKTI #GelombangPemuda DIIKTIRAF!! @KhairyKJ



Jawatankuasa Pemilihan Umno hari ini membenarkan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam Pemilihan parti itu, 19 Oktober depan.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada satu sidang media pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Katanya menurut Fasal 9.5 Perlembagaan Parti, kelayakan hanya diberikan kepada calon yang pernah memegang mana-mana jawatan ahli MT dan Ahli Jawatankuasa Bahagian untuk satu penggal.

Bagaimanapun, jelasnya, Tun Faisal dibenarkan bertanding untuk jawatan ahli MT berdasarkan Fasal 10.15 iaitu bagi langkah kesempurnaan perjalanan parti.

Tambahnya lagi, Tun Faisal merupakan calon yang diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sementara itu, Tun Faisal dalam reaksinya berkata secara tidak langsung keputusan membenarkannya bertanding menunjukkan bahawa seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit untuk bertanding di peringkat MT berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam heiraki parti.

“Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa Jawatankuasa Pemilihan mengambil kira merit cadangan daripada Pergerakan Pemuda UMNO sekaligus menunjukkan institusi Pemuda UMNO dihormati dan pandangan pemuda khususnya ketua pergerakan itu, YB Khairy Jamaluddin diambil kira,” katanya dalam satu kiriman teks kepada Astro AWANI.

Sebelum ini Tun Faisal dan Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan MT UMNO kerana tidak memenuhi syarat minimum pertandingan bagi jawatan itu.

Menurut laporan, kedua-dua mereka hilang kelayakan kerana tidak pernah menjadi anggota jawatankuasa (AJK) Bahagian yang merupakan syarat kelayakan minimum bertanding jawatan MT. - SUMBER



VIDEO JAWAPAN OLEH AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN MENGAPA TUN FAISAL DIBENAR UNTUK BERTANDING SEMULA:






Tuesday, September 24, 2013

#PemilihanUMNO: ADAKAH CALON MT #no60 @tunfaisal RELEVAN? #TF4MT


Pada awalnya saya terkejut apabila KJ mengumumkan nama Tun Faisal (TF) antara empat nama dari 'Team Pemuda' yang mendapat pengesahan dan sokongan (endorsement) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kenapa saya kata pilihan tepat...?

Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda, calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda.

Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14.

Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM


Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan.

Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.

rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda

Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India 
ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat 

Kenapa saya kata TF pilihan yang tepat...?

Kerana hasrat untuk 'meremajakan' UMNO tidak mungkin dapat direalisasikan jika pemimpin tersebut tiada pengalaman berdamping bersama kumpulan anak muda tidak mungkin mereka mampu memahami kehendak dan hasrat golongan muda serta belia terutama mahasiswa.

Mungkin apa yang saya nyatakan menyakitkan mata sahabat pembaca yang terdiri dari kumpulan kecil 'haters' kepada TF. Mungkin juga ada yang kata"alaa..balaci TF yang tulis, biasalah mesti jilat bos dia..."

Bro...

Kalau ada exco yang aktif mendekati golongan muda selain TF, sila nyatakan. Saya boleh senaraikan satu persatu program serta bentuk pendekatan yang digunakan oleh TF. Tapi cukuplah setakat ini dulu, saya bimbang nanti ada dua tiga kerat yang histeria apabila membaca kerja-kerja yang telah dilakukan oleh TF di peringkat akar umbi.

Buat ahli perwakilan, ini peluang pertama kali untuk kita pilih pucuk pimpinan tertinggi parti. Sebagaimana saya jelaskan pada perenggan pertama artikel ini iaitu saya bukan hendak berkempen bagi pihak Tun Faisal, saya cuma nak cerita kenapa peluang perlu diberikan kepada calon Majlis Tertinggi UMNO no.60 ini.

Selebihnya terserah kepada saudara ahli akar umbi UMNO, kerana undi di tangan saudara... YY

#PemilihanUMNO: #YBShamsulAnuar4MT MENGAPA YB SHAMSUL PERLU DIBERI PELUANG DALAM KERUSI MT?


Seperti apa yang saya tuliskan sebelum ini mengenai YB Shamsul Anuar Haji Nasarah (baca profilnya diSINI), banyak sebab positif yang perlu dititikberatkan oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi Pemilihan kali ini.

MENURUT ASTRO AWANI:
"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, pada Ahad. 
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. 
"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya.

IMBAS KEMBALI


 

Monday, September 23, 2013

#PemilihanUMNO: PERTANDINGAN ADIK BERADIK CALON MT MADE IN PERAK..... KRONISME?

Sebanyak enam bahagian UMNO di negeri ini menyaksikan adik-beradik dan anak-beranak bertanding bagi jawatan utama di dalam bahagian yang sama selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup petang semalam.

Enam bahagian tersebut ialah Pasir Salak, Batu Gajah, Kampar, Parit Buntar, Gopeng dan Taiping

Di Pasir Salak, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian itu manakala anaknya, Dr. Faizal bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Di Batu Gajah pula menyaksikan tiga beranak bertanding jawatan utama di dalam bahagian itu iaitu Datuk Yusoff Kassim (Ketua bahagian) dan dua anaknya, Fadzil Akhma (Naib Ketua bahagian) dan Mohd. Hakim (Ketua Pemuda bahagian).

Situasi sama juga dapat dilihat di Kampar apabila Datuk Mohamed Radzi Manan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala anaknya, Nolee Ashilin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah bertanding jawatan Ketua Wanita bahagian.

Begitu juga di Parit Buntar yang menyaksikan Datuk Jamaludin Abdul Rahim bertanding jawatan Naib Ketua bahagian manakala anaknya, Mua'amar Ghadafi Jamal bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Berbeza pula di Gopeng iaitu Hamizura Osman bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian manakala kakaknya, Datuk Hamidah akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita bahagian.

Hamidah juga turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita di peringkat Pusat.

Di Taiping juga berlaku pertandingan melibatkan adik-beradik iaitu Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala adiknya, Shahril Azmir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Ketika mengulas situasi tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti asalkan layak.

Katanya, ahli keluarga bertanding di peringkat cawangan dan bahagian yang sama atau berlainan adalah suatu perkara yang biasa di dalam politik termasuk dalam kalangan parti-parti pembangkang.

"Parti pembangkang lagilah parti anak-beranak sebab dikuasai kaum keluarga di peringkat Pusat, apatah lagi di bahagian dan cawangan," ujarnya. - UTUSAN

Sunday, September 22, 2013

#YBShamsulAnuar4MT: KENALI CALON MAJLIS TERTINGGI NO.02!! YB SHAMSUL ANUAR HAJI NASARAH!!


YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004).

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini).

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa.

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009).

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi) di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki. - YY

MY SLIDESHARE UPLOAD