Thursday, January 26, 2012

PANAS !!! HINDRAF DAH SEDAR DAN NAMPAK PERMAINAN JAHAT BARD'OT !!! TARIK DIRI DARI ABU PKR !!! UMNO SEMAKIN KUAT !!



Baru baru ini kita disajikan dengan lakonan Chegubard dan beberapa pemimpin ABU dan Hindraf cuba menghasut dan memainkan provokasi perkauman yang merbahaya.

Pada kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Apa yang tidak dilaporkan oleh media pakatan, tindakan ABU membawa Hindraf untuk menghentam parti orang Melayu malah penganjur membuat provokasi pada waktu maghrib ketika umat Islam sedang bersembahyang.

Rentetan daripada kejadian tersebut, Chegubard cuba mengheret kaum india untuk bermusuh dengan kaum melayu. PKR sedar sokongan kaum India semakin kurang maka hasutan dan provokasi adalah jalan terakhir untuk mencetuskan ketegangan kaum.

Percaturan PKR mempergunakan Hindraf untuk mempergunakan kaum India ternyata satu kesilapan yang besar apabila selepas majlis tersebut lebih seribu orang kaum India telah keluar parti.

Pihak Hindraf menyedari mereka turut diheret sama dalam isu perkauman kerana matlamat penubuhan Hindraf hanyalah untuk membela kaum India dan bukannya bermusuhan dengan kaum lain.

Berikut adalah kenyataan terkini daripada Hindraf yang tidak mahu dipergunakan oleh PKR sebagai alat untuk kepentingan politik Chegubard dan ABU.

Hindraf does not support ABU, but supports ‘ABUR’ (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism)
(Free Malaysia Today) - The Hindu Rights Action Force (Hindraf) has withdrawn its support for the “Anything But Umno” (ABU) movement and has advised members against attending ABU events.
In a statement today, Hindraf supreme council member, S Jayathas, said that the decision was reached following an emergency meeting of the five-member Hindraf supreme council chaired by de facto leader P Uthayakumar (photo).
Hindraf said that it was not siding with any party but will fight against racism directed against the Indians.
“Hindraf does not support ABU, but supports ‘ABUR’ (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism),” said Jayathas.
“Hindraf will not allow ABU, Bersih (election watchdog), Pakatan or any other party to make use of Hindraf for their personal agenda,” he added.
This statement comes in the wake of an incident last Saturday when an event jointly organised by ABU and Hindraf in Jalan Kebun, Klang, was disrupted by alleged Umno supporters.
In the fracas that ensued, one Hindraf supporter was injured. Participants said that racist slurs were hurled against the Indians present at the event.
Hindraf added that the decision (to withdraw support for ABU) was arrived following a video clip of the alledged assault.
Subsequently, Hindraf has been receiving numerous phone calls regarding the incident.
No public condemnation
Turning to the Pakatan, Hindraf said the coalition did not provide sufficient “security” for the Hindraf members at the event.
“(The fracas) was silently watched over by PAS, PKR, and ABU leaders who were seated on the stage and there was no public condemnation of the interruption,” it added.
Following the incident, ABU has filed a police report yesterday.
Hindraf also said that it will only support Pakatan in the upcoming general election when the alliance officially endorses in writing Hindraf’s 18-point demand and give its word that it will implement all the demands when it comes to power.
The demands call for an end to institutionalised racism targeting poor Indians.
Hindraf added that it will continue to speak up for the Indian poor without fear or favour, whether it is against the BN government or Pakatan.
Jayathas’ statement, however, does not seem to have the full support of other Hindraf leaders, with several national coordinators stating that they would continue to work with ABU.


Psssttt : Allah tu Maha Mengetahui. Sat ja kalau dia nak tunjukkan kebenaran!!! 

SUMBER : INFO4THETRUTH 

Wednesday, January 25, 2012

KISAH SEBENAR MENGENAI NFC YANG WAJIB DIBACA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!


Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka. 

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. 

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang, 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

Sumber : Parpukari

Monday, January 23, 2012

PANAS !! AHLI UMNO MEROSAKKAN CERAMAH DAN PUKUL AHLI HINDRAF HINGGA SEPARUH KOMA !!!


''Siapa yang ganas? Siapa yang kurang ajar? Apakah UMNO mahu kami dari Pakatan Rakyat membuat perkara yang sama di program2 UMNO? Apakah polis boleh biarkan begitu saja apa yang kami buat???? 

Namun kami dari Pakatan Rakyat bukan seperti UMNO parti 'gua batu' tidak bertemadun dan tidak berpelajaran yang hidup hanya pikir perut dan bawah perut.''

Sila klik untuk besarkan imej


Ini ialah status update dari page popular Kami Benci Saiful Bukhari.

Untuk pengetahuan umum, kita masih belum ada bukti apa-apa untuk membuktikan bahawa ini ialah punca dari ahli UMNO !! Puak pembangkang sudah mula melemparkan rekayasa bahawa ini berpunca dari ahli UMNO. Saya mohon PDRM buat siasatan secepat mungkin supaya dapat menyelesaikan pertelingkahan ini dengan segera. Harap-harap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi selepas ini. Impak ini dapat menjatuhkan maruah kaum sendiri. Justeru, Kaum melayu akan dipandang serong oleh kaum lain. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mengamalkan kesepakatan agar tiada kacau bilau. Harap video ini dapat dijadikan pedoman.

P/S : Nk tuduh siasat la dulu sayang oiiii :D

''DULU, KINI, SELAMANYA"

Sunday, January 22, 2012

BUKTI AJARAN PAS TELAH SESAT !!!! WAJIB BACA DAN SHARE !!

Sila 'Double Click' untuk besarkan imej

Wahai kaum-kaum Adam dan Hawa sekalian.. Renung-renungkanlah.

PAS DAH SEMAKIN SESAT !!

Saturday, January 21, 2012

MAKLUMAT PENUH: SYARAT PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)





Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.

Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
Peserta didapati muflis; atau
Peserta meninggal dunia.


Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:


Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) :


ASB Sejahtera; dan
ASW 2020 Bandar
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:


-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%


Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.


Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama

Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)


Dokumen Sokongan


Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinanDokumen Pengesahan Pendapatan

Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.

Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.



BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen



P/S : SEMOGA BERJAYA !!

Friday, January 20, 2012

Takziah. Azwan Pilus ke rahmatullah.

Al-fatihah buat penyanyi Izwan Pilus yg telah meninggal dunia sekitar jam 6.20ptg tadi.Sumber mengatakan arwah meninggal akibat lung infection.Arwah kini masih di Hospital Ampang.
Berita ini telah disahkan oleh berapa rakan artis telah dihubungi oleh Aril AF,adik arwah sendiri.

Sumber dr bbrpa rakan media & rakan2 artis.TQ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Akhirnya Peguam Negara Failkan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim. Alhamdulillah.





Syukur Allhamdullilah, Peguam Negara baru sahaja menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat yang membabitkan si Peliwat Anwar Ibrahim dan mangsa liwat Saiful Bukhari pada jam 4.15 petang tadi.


Syukur, keadilan buat Saiful Bukhari masih lagi diperjuangkan demi sisa sisa maruah yang ada. Amin....


Semoga dimahkamah rayuan kelak Anwar Ibrahim akan mendapat penghakiman yang seadilnya. Kami para rakyat yang ingin melihat keadilan diteggakkan akan terus berada bersama Saiful Bukhari.


Terima kasih buat semua yang menyokong keadilan ini. Allah bersama kita semua dalam mendapatkan keadilan yang Hak.

Gomo juga memohon maaf pada Peguam Negara berkenaan artikel sebelum ini. im sorry Sir, hehehe





P/S: Kebenaran semakin hampir. InsyaAllah.....





Sumber : 
http://www.papagomo.com/

MB Kedah (DS Azizan Abdul Razak) Tetap Bertegas Laksana AUKU Di KUIN. Apa Cerita Ni?? Kata PR tak Setuju Ngan AUKU??? Lu Sembang Keling la!!


Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). 

Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

"Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana," katanya Mohd Syahid.

KUIN adalah institut pengajian di bawah kerajaan negeri Kedah.

MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.

Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telahpun tamat.

Dalam kenyataan medianya, Mohd Syahid berkata tindakan Azizan itu "sedikit sebanyak" menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang janjikan dalam buku Jingga jika memerintah.

"Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat? Jika ya, maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada AUKU seperti Selangor. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

"Saya yakin mahasiswa akan menolak Ustaz Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang," tegas Mohd Syahid. 

Beliau juga menegaskan bahawa mahasiswa mahu parti politik konsisten dengan menunaikan janji mereka memansuhkan akta berkenaan kerana "rakyat sentiasa menilai setiap tawaran yang diberikan".

"Saya juga yakin lima mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.

"Mahasiswa insan yang terdidik. Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ustaz Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.

"Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh," kata Mohd Syahid yang juga presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufik Abdul secara peribadi kesal dengan kenyataan Azizan yang dilapor enggan memohon maaf kepada lima mahasiswa itu dan sanggup ke mahkamah untuk membukti kebenaran.

"Hal ini kerana, saya masih memikirkan kemungkinan masih ada ruang rundingan atau sebagainya dalam menyelesaikan kes ini.

"Memandangkan dalam situasi sekarang, banyak pihak yang sedang mendesak agar segala macam bentuk akta yang dilihat sebagai zalim dan menindas rakyat seperti AUKU dan ISA dikaji semula dan dimansuhkan, masih ada pihak seperti KUIN yang ingin melaksanakannya," katanya.

Mohd Taufik juga menyifatkan tindakan terhadap mahasiswa itu dilihat lebih drastik berbanding dengan mana-mana mahasiswa yang dikenakan tindakan di institut pengajian tinggi awam.

Manakala kumpulan Lawyers For Liberty (LFL) mengecam tindakan Azizan yang mempertahankan penggunaan akta tersebut terhadap lima pelajar berkenaan kerana ia jelas melanggar artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun.

"(Ia juga) bercanggah dengan agenda reformasi Pakatan Rakyat yang mana menjanji untuk memansuhkan semua undang-undang yang menekan termasuk AUKU," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Sehuhungan itu, mereka menuntut supaya Azizan segera menggugurkan hukuman terhadap pelajar tersebut dan menangguhkan penggunaan akta berkenaan sebagai cerminan keseriusan komitmen kerajaan negeri terhadap polisi Pakatan rakyat.


Psst : Adakah ini agenda depa?

Sunday, January 15, 2012

GEMPAR!! KENYATAAN YULI DISONTOT ANWAR !! WOW !! SIAP JANJI NAK BAGI 1 JUTA ??

GEMPAR!!

Berikut adalah mesej dari Yuli mengenai tarikh, lokasi dan punca pertemuan,
Walaupun peristiwa sudah lama berlalu tetapi segala bukti boleh dicari berdasarkan bukti seperti tarikh penerbangan, imegresin, tarikh masuk hotel dan transaksi kad kredit.
Berikut adalah pendedahan awal Yuli.


"Sy xde bukti kuat utk buktikan ini semua maka dari itu sukar nampaknya nak hebohkan perbuatan DSAI terhadap sy..
Apalagi peristiwa ini dah lama sgt,,pd tariqh 6 juni 2010 silam d hotel nikko jakarta..
Awal mula nya sy tidak lansung bertemu Dato seri,,sy menemui sukma dulu di apartement rasuna dan sukma yg antarkan sy ke hotel nikko utk mememui DSAI..
Dia nak bagi wang sejuta ringgit namun hingga skrg janji itu tak di penuhi oleh beliau..."

Adakah ini benar??
Saya nak Anwar Ibrahim Jawab !!!

Saturday, January 14, 2012

Program Turun Padang Di Taiping Meriah !! 30 Ribu Rakyat Perak Utara Sambut Kedatangan PM !!

Taiping - Setelah bertahun-tahun, akhirnya PM kita, DS Najib Tun Razak telah malawat parlimen buat julung kalinya. Secara realitinya, majoriti rakyat terharu dengan kehadiran PM semalam.

Sejak dari petang lagi, Taiping telah dibanjiri dengan beribu-ribu rakyat. Pada jangkaannya, hanya 15ribu orang sahaja akan hadir, tetapi alhamdulillah.. Sambutan diluar jangkaan.

Makanan yang enak-enak belaka telah dihidangkan buat santapan rakyat. Terima kasih RM Katering!! Tetamu yang hadir boleh menjamu selera tanpa had disana.

Sebanyak lebih daripada 100 biji bas dari setiap pelusuk Perak Utara turut serta membanjiri majlis semalam. Semua Adun dan Ketua Bahagian juga turut serta.

Majlis diiringi dengan bacaan doa, ucapan PM dan MB Perak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis telah tamat jam 11.00 malam semalam.

Nasi Lemak Breakfast And 1Malaysia Greetings

TAIPING, Jan 14 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak joined the people of Taiping today, shaking their hands and greeting them, in a walkabout and morning exercise.

Taiping, formerly known as Klian Pauh, began as a small mining town and went on to grow to become the first state capital of Perak. Much of its historical facade remain evident today, earning it the status of a heritage town.

Najib, who arrived here last night, joined about 4,000 people at the Esplanade in Taman Tasik Taiping for the morning exercise, dubbed the 1Malaysia Exercise.

He greeted them "Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia" to a loud applause from the crowd.

He then joined them for the 30-minute exercise which was also participated by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Tan Lian Hoe, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and wife Datin Seri Sharipah Zulkifli.

He then boarded a bus, heading for the Casual Market here.

The popular market was already in a hive of activities when he arrived there, with people thronging the food stalls for a breakfast.

Smiling, Najib alighted from the bus and soon people began crowding around him, shaking his hand and welcoming him.

He joined them for a nasi lemak, popiah and teh tarik breakfast.

The prime minister spent nearly an hour at the market, mingling with the people and talking to stall owners.

Police maintained order as a group of about 15 people attempted to hand over to Najib what they said was a copy of a police report against an enforcement officer of the Taiping Municipal Council, whom they claimed had mistreated one of them.

-- BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 11, 2012

Peluang Keemasan Bagi Yang Tidak Berpeluang Ke IPTA/IPTS !!

PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (JKMRM-MBM) mempelawa para belia yang tidak berpeluang ke IPTA/IPTS untuk mendapatkan latihan vokasional yang ditawarkan untuk Sesi Januari 2012. Senarai kursus seperti dibawah.

Berminat? Taip NAMA, ALAMAT, NO.TEL, EMAIL dan SMS ke 0128916767 (Rizan Hassan)

1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK
(1)
H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior

1B1K002-KOSMETOLOGI
(2)
MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik

(3)
N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis


1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN
(4)
K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan


1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN
(5)
HT-023-3 Pemandu Pelancong

(6)
HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman

(7)
L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan

(8)
L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri

(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti


1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR
(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor


1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)
(11)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die

(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik


1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER
(13)
IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer


1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI
(14)
E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan


1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)
(15)
FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran

GOOD LUCK !!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 9, 2012

BREAKING NEWS 901 : Anwar Ibrahim Dibebaskan.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar. 



Psst: Terlepas didunia tak semestinya akan terlepas di akhirat kelak. PEACE!!

BREAKING NEWS 901 : Verdict akan bermula

Pada ketika ini, tertuduh Anwar Ibrahim sudahpun memasuki kamar perbicaraan. 


Harap keputusan hari ini akan mengembirakan semua pihak. Pertahanankan keputusan mahkamah walaupun pahit.





BREAKING NEWS 901 : LIVE !!! KETIBAAN ANWAR DI MAHKAMAH !!! LIVE VIDEO !!! #Justice4Saiful901 #BebasAnwar901

Peliwat Disanjung Seperti Raja - Dunia Dah Terbalik ker???!!

Anwar baru sampai...




Bawah video hari ini... Suasana...



KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Insiden Pemecatan Dr. Hasan Ali, 10 Ribu Ahli Bakal Keluar Parti !!!

Diberitakan lebih kurang 10 ribu ahli Pas Selangor akan keluar parti dalam masa terdekat... mereka kini sedang berkumpul di kediaman Hasan Ali bagi menyatakan sokongan kepada Hasan Ali.

Mereka yang setia kepada PAS itu dipercayai kecewa dengan keputusan parti yang tidak mengenang budi Hasan Ali yang konsisten memperjuangkan Islam, selain menjadi nadi dan tonggak kebangkitan PAS Selangor.

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya



⁠Turut hadir sama memberi sokongan ialah Mantan Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa, Harun Din, Ismail Kamus dan lain-lain.

Presiden PAS Hadi Awang telah membuat kesilapan besar kerana tunduk di bawah telunjuk DAP! Jelas terbukti DAP menjadi "tuan" mereka.

Dikhabarkan Puak Anwarinas sedang merayakan pemecatan Hasan Ali bersama Anwar Ibrahim

Psst : Dr Hasan Ali wajar diberi tempat dalam UMNO.

MY SLIDESHARE UPLOAD